Sunday, June 19, 2011



Selamat Hari Bapa!!!Walaupun ada yang memanggil ayah,abah,bapa,papa,daddy,abi dan apa jua panggilan bagi seorang seorang ayah,jasa mereka tetap sama iaitu membesarkan kita dari kecil hingga dewasa.Ucapkanlah SELAMAT HARI BAPA kepada mereka sementara masih berkesempatan untuk kita berbuat demikian.Sekadar ucapan ringkas pada hari ini terhadap mereka,ianya dapat mengukir senyuman di wajah dan kuntuman bahagia di hati mereka.

Hargai mereka seadanya.Kasih sayang mereka telah membentuk diri kita pada hari ini.Seorang bapa patut dihormati bukan ditakuti dan sebagai anak kita patut menerima bapa kita seadanya.Setegas mana mereka dalam usaha mendidik dan mengajar kita,jangan kita melihatnya dari pandangan yang negatif kerana dengan cara itulah mereka ingin melihat anak mereka berjaya.Bapa kita juga seorang manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.Semoga hari yang mendatang akan menambahkan lagi rasa sayang kita terhadap mereka!! SELAMAT HARI BAPA!