Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI




Lambaian Ramadhan menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w
pernah bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan
Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu
puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka,
ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu
bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang
banyak.
Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.

Alhamdulillah,bulan suci penuh barakah kini menjengah lagi.Ramadhan kali ini penuh istimewa apabila jatuh pada 1 Ogos 2011 bersamaan dengan bulan keramat bagi negara ini iaitu bulan kemerdekaan.Dalam kemeriahan untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kali ke-54,Ramadhan turut mengiringi kehidupan kita untuk sama-sama kita hayati dan merebut segala ganjaran pahala yang telah dijanjikanNya.

Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah
perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan
amalan ketaatan dan taqarrub kepada‐Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat‐sifat keras hati dan
keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini.Oleh itu,inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.Ini adalah jihad sebenar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.