Friday, August 28, 2009

CADANGAN IDEA UNTUK PENGANJURAN PROGRAM TEAM KARISMA


SEMBOYAN TELAH BERBUNYI DAN GENDANG TELAH DIPALU!!!!! Kepada semua ahli Team Karisma, untuk memastikan penglibatan besar anda dalam menjayakan program yang benar-benar sesuai dan dinamik, Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengharapkan agar anda semua dapat memberikan saranan mahupun cadangan yang bernas bentuk-bentuk program yang sesuai untuk disertai, dianjur mahupun dikendalikan oleh golongan muda khususnya mahasiswa. Idea dan buah fikiran anda bolehlah disalurkan melalui ruangan komen yang disediakan dan ia akan dibentangkan kepada YBhg. Ketua Pengarah JASA, Dato' Fuad Tan Sri Hassan.Sebagai wira dan wirawati bangsa sumbangan anda adalah perlu dan sangat bermakna buat negara.


Sila maklumkan nama ringkas dan universiti anda setiap kali membuat saranan idea. Berikanlah cadangan program sebanyak mana yang anda rasa boleh dan jika ada penambah baikan idea dari rakan-rakan, sila komen supaya hasil terbaik dapat diperolehi. "Sedia Berkhidmat- Mahasiswa Wira Negara !!!"

FACEBOOK KARISMA JASA


Makluman kepada semua Team KARISMA, anda semua dialu-alukan untuk menyertai facebook KARISMA JASA...

Friday, August 21, 2009

RE UNION TEAM KARISMA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA UNTUK 3 UNIVERSITI UM, UKM & PAUIAM

Makluman untuk semua Team Karisma 3 Universiti -UM, UKM & PAUIAM.

Majlis Re Union dan Berbuka Puasa ini akan diadakan seperti mana berikut:

Tarikh : 31 Ogos 2009.

Tempat : Kolej Ungku Omar UKM.

Masa : 6.00 petang.


'SEMUA WARGA TEAM KARISMA DARI UM, UKM DAN PA UIA DIHARAPKAN AGAR DAPAT HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS IFTAR INI'-Banyak kejutan yang menanti dan marilah sama-sama kita menghayati kemuliaan Ramadhan Al Mubarak ini.Bagi Team Karisma UM da PA UIA bas disediakan pada jam 5.00 petang untuk membawa anda semua ke UKM, sila berhubung dengan wakil pimpinan anda di kampus.

Tuesday, August 18, 2009

MAJLIS HARI MENGENANG KEMERDEKAAN & MALAM PUISI MERDEKA-20/8/09 DISAMBUT MERIAH
























TEAM KARISMA UKM



Birthday girl- Shafila


HEBAT DAN MEMBANGGAKAN....Tahniah dan syabas kepada Team Karisma UKM kerana turut bersama-sama dengan pihak Kolej Ungku Omar UKM menjayakan majlis tersebut. Seramai 400 orang hadir dan hampir kesemua ahli Team Karisma UKM berhimpun untuk menghayati bacaan sajak dengan nilai patriotik yang tinggi. Antara pendeklamatornya adalah Ustaz Tahar, Ustaz Adenan, Abg Aji, Prof. Madya Dr. Shamsul Adabi, Ust. Hj. Wan Adam dan lain-lain lagi. Atas kesempatan itu jugak, bagi menggemparkan lagi suasana malam tersebut, semua ahli Team Karisma UKM berkesempatan naik ke atas pentas untuk bersama-sama dengan Abg Aji bagi menyanyikan lagu tema KARISMA- Warisan dan menunjukkan formasi Gempur kepada sekalian hadirin yang hadir. Sebagai kemuncaknya, Pengarah Unit Gerak Saraf JASA, Ustaz Taharudin Yacob telah menyerahkan 20 Jalur Gemilang kepada Pengetua Kolej Ungku Omar UKM. Majlis yang selesai tepat jam 12 malam dikejutkan lagi dengan kek hari jadi yang dibawa oleh Komander Dexel (Sdr. Hafiz Tahar) bersama fasilitator yang lain bagi menyambut ulangtahun kelahiran ke 20 adik Shafila Saparudin iaitu salah seorang dari ahli Team Karisma UKM.



Monday, August 17, 2009

KEM KARISMA Pusat Asasi UIAM (14 - 16 OGOS 2009)

Ingatan dan kenangan Kem KARISMA Pusat Asasi UIAM pada 14 - 16 Ogos 2009 di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor. Tahniah kepada Team Karisma PA UIA yang telah berjaya mengharungi segala cabaran dan halangan.....





Walaupun letih, penat dan berisiko namun semua itu bukan alasan untuk kita mengalah bagi membina gagasan negara. 1 Malaysia - Rakan Siswa Hebat!!!!...

Friday, August 14, 2009

Older Posts (Ruangan Paling Hangat) & Video Team Karisma UKM di You Tube

Sekiranya anda ingin melayari komentar rakan-rakan dan artikel yg terdahulu, sila klik pada ruangan OLDER POSTS di bahagian bawah blog, terdapat artikel tentang budaya ilmu, laporan Team Karisma UM, komentar Team Karisma UKM dan lain-lain lagi.Untuk makluman, ruangan paling hangat lagi ngetop dalam blog kita buat masa ini adalah "Team KARISMA UKM Berjaya Mengharungi Cabaran MAHASISWA WIRA NEGARA" .Selain itu, kepada semua Team Karisma UKM anda boleh melihat video sepanjang kem karisma UKM berlangsung. Sila layari ke You Tube dengan menaip "karisma jasa" di ruangan search. Manakala bagi Team Karisma UM, video akan di upload dalam sedikit masa lagi.

Thursday, August 13, 2009

MAHASISWA PUSAT ASASI UIA BERJAYA MENYAHUT CABARAN

Tahniah dan GEMPURRRRRR! Kali ini mahasiswa-mahasiswi Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( PA UIAM) telah berjaya menyahut cabaran 1 Malaysia di Ulu Yam, Selangor dari 14- 16 Ogos 2009. Sukar nak dibandingkan antara Team Karisma yang ada kerana semuanya hebat belaka. Marilah kita berkongsi pengalaman dan cerita teantang program ini dalam ruangan komen yg disediakan.Selain ruangan ini anda semua boleh juga bersaluran dengan komen-komen dalam ruangan -Team Karisma UKM Berjaya Menyahut Cabaran mahasiswa Wira Negara- dan ruangan -Kem Karisma UKM Paparan Kenangan Terindah- bermacam-macam gelagat dan kerenah yang diutarakan "1 Malaysia: Pemangkin Mahasiswa Khaira Ummah"- Skuad Survival & Taktikal

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Ramadhan datang lagi, syukur Alhamdulillah kerana diizinkan Allah swt. untuk kita bertemu lagi dengan Ramadhan bulan yang penuh dengan maghfirah dan dibuka seluas-luas ruang dan peluang untuk kita beribadah dan memohon keampunan. Salam Ramadhan buat semua wira-wirawati negara Team Karisma UM dan UKM. Skuad Survivor & Taktikal akan berehat seketika untuk siri penjelajahan kampus bagi Kem Rakan Siswa dan memberi laluan untuk Sekretariat KARISMA bersama dengan adik-adik skalian mengadakan pertemuan dan pengajuran program sempena Ramadhan Al Mubarak ini.

Tuesday, August 11, 2009

KEM KARISMA UKM (7-9 OGOS 2009)-PAPARAN KENANGAN TERINDAH

Kem KARISMA UKM yang telah berlangsung dari 7-9 Ogos 2009 membuktikan bahawa generasi muda khususnya dikalangan mahasiswa Malaysia hari ini masih lagi berjiwa kental serta tebal semangat patriotismenya. Syabas dan tahniah kepada Team KARISMA UKM yang telah menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi sepanjang kem ini berlangsung. Anda boleh melayari LAYAR CITRA di halaman bawah blog ini untuk melihat antara paparan yang sempat dimuat turun melalui lansar Karisma.


Untuk makluman Album Karisma UKM sedang dikemas kini dari masa ke semasa, gambar-gambar sepanjang program akan dimuat turun untuk menjadi tatapan kenangan terindah buat semua.

Lirik Lagu 1 Malaysia

Lagu tema rasmi 1 Malaysia

Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua
--------------------------------------------
Pencipta lagu: Nik Nizam, Errie Naham
Lirik: Lokman Ghani
Penyanyi: Roy

Friday, August 7, 2009

Budaya Ilmu Memacu Peradaban Bangsa

Permulaan kepada aspirasi besar masyarakat madani adalah dengan mengambil kira soal peneguhan jati diri dan pengadabtasian tradisi keilmuan yang luhur. Kedua-dua aspek ini mesti dijalankan secara serentak bagi mencapai pembangunan yang seimbang, berkekalan dan berpandukan kebenaran (balanced, sustainable and guided development).
Demi meneruskan kelangsungan hidup, sesebuah bangsa itu perlulah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dengan mementingkan penguasaan ilmu pendidikan khususnya di kalangan generasi muda. Sekiranya hari ini si ayah adalah seorang petani, penoreh getah, peladang, pesawah mahupun nelayan, kita mahu hari esok adalah yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kita juga mahu melihat mereka ini terkeluar dari rantaian kemiskinan. Ini kerana Nabi Muhammad Rasulallah saw sendiri menegaskan dalam satu hadisnya yang membawa maksud "Kemiskinan itu Menghampiri Kekufuran"
Justeru itu, adalah penting bagi semua golongan terutamanya mereka yang bergelar mahasiswa agar dapat menyemai budaya ilmu dalam diri mereka dengan penuh kesungguhan (mujahaddah) . Sesungguhnya umat Islam khususnya mahasiswa hari ini perlu berubah dari sikap sambil lewa kepada sikap bersungguh-sungguh, dari sikap lebih kurang kepada sikap lebih tepat, dari kepercayaan karut-marut kepada kepercayaan saintifik, daripada pemikiran beremosi kepada pemikiran rasional, dan seterusnya daripada pemikiran bercelaru kepada pemikiran yang mementingkan keutamaan. Seandainya kita terus berada dalam kegelapan dan kejahilan ilmu pengetahuan, nescaya kita tidak berkeupayaan untuk menilai sesuatu yang penting dan bermakna kepada kehidupan.
Generasi muda hari ini adalah penentu kepada jatuh bangun, maju mundur atau jaya gagalnya sesebuah negara pada masa akan datang. Ini kerana jika kita perhatikan, umat Islam di zaman ini tidak mempunyai kedudukan yang sepatutnya. Daripada menjadi kuasa dunia, dengan empayar yang terbesar dan tamadun yang tinggi, kini kita menjadi umat yang lemah dan tidak bermaya. Daripada menjadi umat manusia yang mendahului umat yang lain dalam bidang-bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, kini kita hanya sekadar mengekor dari jauh dan belakang akan arus modenisasi yang dicetus oleh bangsa lain. Daripada menjadi pengamal disiplin dan pemilik bala tentera yang tertib serta gagah,kini kita hanya mampu melihat satu demi satu bumi Islam di jajah dan bertelagah sesama sendiri. Daripada umat yang menguasai ilmu pelayaran dan falak, umat Islam kini telah menjadi umat yang begitu daif serta kurang mempunyai ilmu pengetahuan malah mundur dalam segala-galanya. Apakah punca dan sebabnya? Sedangkan kita tahu bahawa umat Islam pernah menjadi masyarakat yang termaju dan terkuat di dunia. Dalam jangka masa hanya seratus tahun selepas kewafatan baginda Rasulullah saw, Islam telah berjaya menakluk dan mengembangkan agama serta budaya Islam dari Sepanyol di Barat hingga ke negara China di Timur. Empayar Rom dan Parsi pula tumbang di tangan tentera Islam. Jelaslah bahawa Islam pernah menjadi sebuah kuasa yang begitu hebat dengan pengembangan ilmu serta mendorong kepada kaji selidik dan penerokaan sains teknologi yang tinggi.
Namun begitu, realitinya umat Islam sekarang lemah dan mundur disebabkan kerana hari ini sudah terlalu banyak tafsiran yang berbeza-beza dibuat oleh orang tertentu sehingga umat Islam keliru dan berpecah-belah. Daripada agama Islam yang satu di zaman Rasulullah saw, Islam berpecah kepada dua apabila pengikut Saidina Ali memisahkan diri daripada pengikut Muawiyah. Kemudian kumpulan ahli sunnah dan kumpulan syiah berpecah lagi menjadi kumpulan-kumpulan yang mempunyai tafsiran yang tersendiri mengikut pemimpin masing-masing sehinggalah kumpulan-kumpulan ini juga berpecah dengan haluan mereka sendiri. Demikianlah sehingga ke hari ini perpecahan masih berterusan. Proses perpaduan dan penyatuan jarang diusahakan dan jarang sekali berjaya. Lebih teruk lagi perbezaan ideologi yang tidak diselesaikan dengan pendekatan yang berhikmah sebaliknya hingga mencetuskan kepada tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan cemuhan oleh pihak tertentu dan ia mudah meresap di dalam jiwa setiap mereka yang tidak berfikir secara rasional. Ketaksuban pula menjadi rintangan besar yang menggagalkan usaha perpaduan sehingga meleraikan kesatuan yang dipegang oleh umat Islam selama ini. Firman Allah dalam surah An-Nahl Ayat 126 yang membawa maksud :

“Serulah kepada jalan tuhanmu dengan hikmah bijaksana, nasihat pengajaran yang baik dan berbahasalah jika perlu dengan cara (kaedah) yang lebih baik.”
Walau bagaimanapun, selagi mana wujudnya keikhlasan dalam kita membina khaira ummah, saya yakin dan pasti perpaduan dan ukhwah antara kita akan terus terjalin.Yang paling penting setiap dari kita perlu bertanya kepada diri sendiri apa yang boleh kita sumbangkan untuk negara dan bukannya asyik bertanya kepada negara apa yang negara ini boleh sumbangkan kepada kita. Berpaksikan kepada ilmu yang luhur dan bermanafaat sudah pasti kita mampu untuk mencetuskan satu evolusi baru terhadap apa yang disandarkan oleh kerajaan dalam gagasan 1 Malaysia.
-Mata Pena Bro. Aji

TEAM KARISMA UKM BERJAYA MENYAHUT CABARAN "MAHASISWA WIRA NEGARA"

Kem Rakan Siswa jelajah kampus bersama dengan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dari 7 hingga 9 Ogos 2009 di Sepang, Selangor telah dapat dilangsungkan dengan baik dan bahang semangatnya terasa sampai ke hari ini. Tahniah buat semua wira dan wirawati negara yang telah berjuang menggalas amanah besar negara. Team Karisma UKM berjaya meleburkan rekod flying squirrel yang dicipta oleh Team Karisma UM. Walaupun hebat dengan pencapaian itu, geng Komander Dexel tergelak berguling-guling sebab Team Karisma UKM terkasima dan terdiam kaku dengan kehadiran mereka.. -Skuad Survivor & Taktikal

Thursday, August 6, 2009

SERTAI TEAM KARISMA



Salam kepada semua sekalian warga kampus yang telah menyertai Kem Rakan Siswa JASA- GEMPURRRRR!!! Anda dijemput, menyertai ruangan Team KARISMA untuk kita meneruskan jalinan ukhwah yang terbina di antara kita. Selepas ini akan menyusul lagi untuk teman-teman kita dari kampus lain . Semoga rangkaian hubungan kita semakin melebar dan jaringannya semakin meluas.

KEM RAKAN SISWA JASA (KARISMA)- UM





Tahniah dan syabas buat semua Team KARISMA UM yang telah berjaya menyahut cabaran dan menggenggam azam untuk menjadi generasi muda yang sedar dan jelas akan tugas serta tanggungjawab untuk memartabat agama, memperkasa bangsa dan menjulang negara.
Majlis Perasmian Kem Rakan Siswa JASA (KARISMA) ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Fuad Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Saksikan paparan kenangan terindah sepanjang kem KARISMA mahasiswa UM yang telah berlangsung selama tiga hari dua malam di Kajang, Selangor dalam ruangan Album KARISMA UM.Teruskan perjuangan .. Gempurrrr!!!

Salam Perjuangan - "1 Malaysia: Pemangkin Mahasiswa Khaira Ummah"

Kita menzahirkan kesyukuran tidak terhingga ke hadrat Illahi kerana dapat bertemu dalam satu platform yang disebut media alternatif (laman blog), dalam keadaan masih insaf pada kewujudan kelemahan diri, masih tidak angkuh untuk sudi diperbaiki dan masih yakin bahawa perjuangan dan usaha kita ini direstui Allah SWT.

Persoalan yang menyilau di hadapan mata, yang menyebak dalam dada dan yang menghantui dalam minda adalah: "Apakah negara ini sudah cukup utuh untuk kita tinggalkan kepada anak cucu kita di masa akan datang. Apakah kita generasi muda hari ini benar-benar sedar akan tugas dan tanggungjawab sebagai pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan?". Marilah bersama-sama kita menghayati pesanan Prof Dr Hamka.

Tiadalah Allah mengubah untung,
Suatu kaum dalam dunia,
Jika hanya duduk bermenung,
Berpeluk lutut berputus asa.

Malang dan mujur nasibnya bangsa,
Turun naik silih berganti,
Terhentak lemah naik perkasa,
Bergantung atas usaha sendiri.


Bukannya kita hendak menentukan takdir tetapi kita yakin bahawa jika kita tidak melakukan tindakan yang sewajarnya, maka masa depan serta martabat agama, bangsa dan negara akan berada dalam keadaan yang sangat memeritkan. Berusahalah kita ke arah memartabatkan agama, memperkasa bangsa dan menjulang negara. Firman Allah dalam surah Ar Ra'd ayat 11 - "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri".

Janganlah kita lupa bahawa di padang mahsyar kelak, setiap kata-kata kita, fikiran kita, perancangan kita dan tindakan kita, akan dihisab dan diukur sama ada bertepatan dengan apa yang Allah SWT redhai. Jika kita berdiam seribu bahasa, jika kita lesu seribu usaha, jika kita menyerah seribu gaya, maka bersedialah utuk mempertahankan tindakan kita itu di hadapan Allah Rabbul Jalil.

Kapal belayar ke Pulau Sentosa
Berlabuh sauh di tepian muara
Dengan langkah gagah perkasa
Adat pahlawan membela negara

Sambutlah salam perjuangan ini - GEMPUR!!!