Thursday, August 6, 2009

Salam Perjuangan - "1 Malaysia: Pemangkin Mahasiswa Khaira Ummah"

Kita menzahirkan kesyukuran tidak terhingga ke hadrat Illahi kerana dapat bertemu dalam satu platform yang disebut media alternatif (laman blog), dalam keadaan masih insaf pada kewujudan kelemahan diri, masih tidak angkuh untuk sudi diperbaiki dan masih yakin bahawa perjuangan dan usaha kita ini direstui Allah SWT.

Persoalan yang menyilau di hadapan mata, yang menyebak dalam dada dan yang menghantui dalam minda adalah: "Apakah negara ini sudah cukup utuh untuk kita tinggalkan kepada anak cucu kita di masa akan datang. Apakah kita generasi muda hari ini benar-benar sedar akan tugas dan tanggungjawab sebagai pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan?". Marilah bersama-sama kita menghayati pesanan Prof Dr Hamka.

Tiadalah Allah mengubah untung,
Suatu kaum dalam dunia,
Jika hanya duduk bermenung,
Berpeluk lutut berputus asa.

Malang dan mujur nasibnya bangsa,
Turun naik silih berganti,
Terhentak lemah naik perkasa,
Bergantung atas usaha sendiri.


Bukannya kita hendak menentukan takdir tetapi kita yakin bahawa jika kita tidak melakukan tindakan yang sewajarnya, maka masa depan serta martabat agama, bangsa dan negara akan berada dalam keadaan yang sangat memeritkan. Berusahalah kita ke arah memartabatkan agama, memperkasa bangsa dan menjulang negara. Firman Allah dalam surah Ar Ra'd ayat 11 - "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri".

Janganlah kita lupa bahawa di padang mahsyar kelak, setiap kata-kata kita, fikiran kita, perancangan kita dan tindakan kita, akan dihisab dan diukur sama ada bertepatan dengan apa yang Allah SWT redhai. Jika kita berdiam seribu bahasa, jika kita lesu seribu usaha, jika kita menyerah seribu gaya, maka bersedialah utuk mempertahankan tindakan kita itu di hadapan Allah Rabbul Jalil.

Kapal belayar ke Pulau Sentosa
Berlabuh sauh di tepian muara
Dengan langkah gagah perkasa
Adat pahlawan membela negara

Sambutlah salam perjuangan ini - GEMPUR!!!

8 comments:

  1. hari ini
    kita mudah alpa
    kita terlalu pantas menjadi seorang yang leka akan keseronokan dunia

    yang sebenarnya
    kita dijajah tanpa sedar
    maruah dipijak sewenangnya
    gah kita semakin hilang dilupus masa

    lahirnya kita di bumi malaysia
    sebenarnya adalah seorang perwira
    kerana kita pewaris bangsa merdeka
    tanggungjawab itu adalah satu pengorbanan saat mata terbuka melihat dunia.

    siapa kita dan apa peranan kita?
    adakah kita hanya mampu melihat sandiwara musuh bermaharajalela?

    jiwa2 merdeka semakin terjajah
    dek kecacatan pemikiran
    kecelaruan pandangan
    lalu menjunamkan kita ke kancah kejatuhan bangsa dan negara

    semangat juang perlu dipupuk
    maruah negara perlu diperjuangkan
    selagi anak merdeka masih gagah berdiri,
    selagi itulah akan ada gentar dalam diri musuh negara..
    biarkan rasa gentar terus menghantui mereka
    supaya mereka tidak pernah lupa,
    takkan melayu hilang di dunia
    pahlawan negara sentiasa bersedia....

    GEMPURRRRR PERWIRA!!!

    ReplyDelete
  2. wah k.seri memhg gempak laa!ingat bangsaku.. tak kan melayu hilang di dunia
    sanggupkah kita terjajh di bumi sendiri?

    ReplyDelete
  3. mane leh terjajah
    kite yang patut jajah jiwa n minda diorang
    tapi
    selagi anak2 merdeka sekarang x sedar2 lagi dari mimpi yang panjang...camno nak jadi PENDEKAR....jd pendekar lapok pon dh ok pe dr xde jadi pape....
    at least ade jugak smngt hafal mentera halau hantu penjajah.....huhu

    BANGUN ANAK2 MERDEKA

    JANGAN TERUS TERLEKA HINGGA SAMPAI SUATU SAAT,KITA TERPAKSA TIDUR BERALASKAN PANJI2 DIORANG...

    ReplyDelete
  4. hisham loni
    kita telah lama bersedia untuk menentang pelbagai ansir yang cuba untuk...menghancurkan negara dan bangsa kita...biar kita mati peluh..tapi jangan kita sesekali mati darah....
    ayuh kita bangkit semula.jangan kita berpegang pada kata2 laksamana hang tuah x kan melayu tapi mari kita sama2 berpegang kepada x kan kuasa melayu hilang...dulu bangsa kita adalah peneroka.saudagar yang berjaya....ilmuan yang terkenal..mari kita kembali apa yang hilang biar ia kenal selama2 untuk generasi akan datang....GEMPUR KARISMA...

    ReplyDelete
  5. hisham loni
    kemana budak2 ni....sepi je
    x kn semangat dh mati kot....
    hheheheheh
    ataupun semangat puasa gak ke?

    ReplyDelete
  6. ala..abe hisham...wat2 faham doh la diorang pose2 ni.....hahaha......
    tido siang pon siap melimpoh air sungai tuok...
    hahahaha

    ReplyDelete
  7. SALAM KARISMA....UPSI GEMPUR..HEHE

    ReplyDelete
  8. rindu r...kat abg aji n kekawan karisma upsi n uiam

    ReplyDelete