Thursday, November 25, 2010

Program Perkampungan Baktisiswa 1 Malaysia KARISMA ( Pertiwi )

Perkampungan Baktisiswa 1 Malaysia Karisma ( Pertiwi ) telah diadakan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada 20 November 2010. Tahniah kepada penyertaan komited ahli-ahli KARISMA yang telah berjaya menjadi penghubung kepada masyarakat. Penglibatan ahli-ahli KARISMA telah berjaya menarik penyertaan yang tinggi didalam memperkenalkan "8 Nilai-Nilai Murni Gagasan 1 Malaysia".


















































































Friday, November 19, 2010

Program ziarah aidiladha hospital putrajaya




















Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Dalam kesibukan umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha, warga Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA Kebangsaan) masih sempat menabur bakti terhadap masyarakat dengan bertemakan ‘Mahasiswa Penghubung Keperihatinan Kerajaan Kepada Rakyat 1Malaysia’. Program ini telah dianjurkan oleh pimpinan Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA Kebangsaan) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA) Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia bersama Hospital Putrajaya. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBM. Datuk Seri Tengku Adnan B. Tengku Mansor, Setiausaha Agong Barisan Nasional Umno merangkap Ahli Parlimen Putrajaya.

Menurut President Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (karisma) Saudara Abu Na’im Bin Bakri ‘’Program ini adalah untuk memupuk dan menanam nilai-nilai murni dalam diri setiap mahasiswa dan memberi kesedaran kepada mereka tentang peranan dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat khususnya dalam menjayakan gagasan besar kerajaan satu Malaysia. Melalui program ini juga, ia dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik dan berkongsi penderitaan dengan pesakit terutamanya dalam menghayati erti sebenar peristiwa korban. Selain itu, ia dapat menerapkan unsur kemahiran insaniah (soft skills) dalam kalangan ahli karisma kebangsaan iaitu bekerja dalam kumpulan atau organisasi yang besar dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Program ini juga dapat membentuk dan melahirkan bakal pemimpin yang berani dan berkeyakinan dalam berkomunikasi sesama mahasiswa, jabatan kerajaan, ahli politik dan masyarakat setempat. Melalui program ini juga dapat mewujudkan jaringan bistari antara barisan kepimpinan KARISMA Kebangsaan dengan pemimpin-pemimpin Negara dan juga parti politik’’.

Program Ziarah Hospital Sempena Aidiladha 1431h/2010 ini melibatkan gabungan 4 buah kelab KARISMA Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Islam Angtarabangsa (UIA) dan Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak). Melihat tanggungjawab dan peranan mahasiswa terhadap pembangunan masyarakat disamping terlibat dalam menjayakan dasar dan polisi kerajaan, mehasiswa sewajarnya terlibat dalam pelbagai program kemasyarakatan selari dengan aspirasi mahasiswa sebaga jurubicara masyarakat serta penghubung keprihatinan kerajaan kepada rakyat Malaysia.