Friday, November 19, 2010

Program ziarah aidiladha hospital putrajaya




















Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Dalam kesibukan umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha, warga Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA Kebangsaan) masih sempat menabur bakti terhadap masyarakat dengan bertemakan ‘Mahasiswa Penghubung Keperihatinan Kerajaan Kepada Rakyat 1Malaysia’. Program ini telah dianjurkan oleh pimpinan Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA Kebangsaan) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA) Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia bersama Hospital Putrajaya. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBM. Datuk Seri Tengku Adnan B. Tengku Mansor, Setiausaha Agong Barisan Nasional Umno merangkap Ahli Parlimen Putrajaya.

Menurut President Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (karisma) Saudara Abu Na’im Bin Bakri ‘’Program ini adalah untuk memupuk dan menanam nilai-nilai murni dalam diri setiap mahasiswa dan memberi kesedaran kepada mereka tentang peranan dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat khususnya dalam menjayakan gagasan besar kerajaan satu Malaysia. Melalui program ini juga, ia dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik dan berkongsi penderitaan dengan pesakit terutamanya dalam menghayati erti sebenar peristiwa korban. Selain itu, ia dapat menerapkan unsur kemahiran insaniah (soft skills) dalam kalangan ahli karisma kebangsaan iaitu bekerja dalam kumpulan atau organisasi yang besar dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Program ini juga dapat membentuk dan melahirkan bakal pemimpin yang berani dan berkeyakinan dalam berkomunikasi sesama mahasiswa, jabatan kerajaan, ahli politik dan masyarakat setempat. Melalui program ini juga dapat mewujudkan jaringan bistari antara barisan kepimpinan KARISMA Kebangsaan dengan pemimpin-pemimpin Negara dan juga parti politik’’.

Program Ziarah Hospital Sempena Aidiladha 1431h/2010 ini melibatkan gabungan 4 buah kelab KARISMA Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Islam Angtarabangsa (UIA) dan Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak). Melihat tanggungjawab dan peranan mahasiswa terhadap pembangunan masyarakat disamping terlibat dalam menjayakan dasar dan polisi kerajaan, mehasiswa sewajarnya terlibat dalam pelbagai program kemasyarakatan selari dengan aspirasi mahasiswa sebaga jurubicara masyarakat serta penghubung keprihatinan kerajaan kepada rakyat Malaysia.

5 comments:

  1. kami warga kelab karisma lembang klang memohon seribu kemaafan kepada warga karisma kampus luar lembah klang kerana tidak dapat menjemput kalian semua dalam menjayakan program ini. semoga semangat sentiasa berkekalan antara sesama kita ya...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam sejahtera…..
    Terima kasih diucapkan kpd semua sahabat2 KARISMA yg telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini... Terima kasih juga diucapkan kpd Ustaz Adenan, Abg Aji, Pn. Taharah, Abg Rizal n Ustaz Wan yg telah banyak membantu ahli2 KARISMA dalam memastikan kelancaran sepanjang program ini berlangsung...=) Terima kasih kepada semua yg hadir. Semoga kita semua beroleh pengalaman yg bermakna melalui pelaksanaan program ini....”,)

    Sesungguhnya kesempatan waktu dan ketika ini saya terpanggil untuk mencoret dan berkongsi harapan hati pada sahabat2 KARISMA yang saya sanjungi dan kasihi sekalian... penulisan ini hanyalah sekadar bingkisan dan juga nasihat untuk diri saya sendiri dan sahabat semua... Sebagai seorang pemimpin, kita harus mempunyai satu kesedaran yang tinggi terhadap persekitaran, suasana, perubahan demi perubahan atau apa juga keadaan yang berlaku kerana itu adalah sifat asas seorang pemimpin iaitu peka dan sedar dengan sekelilingnya. Inilah yang perlu kita terapkan dalam diri kita...=) Kepekaaan ini amat perlu dikukuhkan dengan mewujudkan perbincangan, perancangan, tindakan dan susulan. Kesemua ini melibatkan pengurusan dalam keorganisasian. Cukup mudah konsep mengurus boleh rangkumkan iaitu aspek merancang, mengurus atau mengorganisasi, melaksanakan, menyelia, dan menilai. Setiap peringkat proses inilah yang kita harapkan agar difahami oleh mereka yang berkepentingan bagi kita. Tidak kira anak buah mahupun AJK. Jika kita merancang, pastikan kita sedar apa yang kita mahu dari hasil perancangan kita, apa yang diharapkan, dan yang paling penting bagi saya bukan kuantiti, tetapi kualiti. Carilah makna dalam mengadakan aktiviti agar ia benar-benar memberi kesan yang besar atau berimpak tinggi. Dalam merancang, kepekaan kepada keperluan semasa, pihak-pihak yang terlibat, sumber yang diperlukan, halangan, strategi mengatasi halangan, perancangan backup dan sebagainya adalah satu kemestian yang kita harus kenalpasti. Maaf, ini mungkin sekadar luahan dan juga nasihat untuk diri saya sendiri bagi memperbaiki diri dan juga untuk sahabat2 yang saya sayangi semua.

    Sahabat, teraplah nilai kepimpinan sebenar pada diri kita, anak buah kita dan orang yang penting bagi kita. Pemimpin dalam erti kata sebenar ialah insan yang tidak pernah puas untuk memperbaiki diri kerana kita manusia, begitu banyak kelemahan....=) Sesungguhnya kegagalan memimpin bukan disebabkan kelemahan akan tetapi disebabkan gagal menyedari kelemahan dan bertindak sesuatu atas kelemahan itu. Khususnya sikap dan atitude dalam kepimpinan dan keorganisasian. Hindarlah sahabat dari sifat mazmumah seperti hasad dengki, menfitnah, mencaci, membelakangi rakan, memperkecilkan insan lain, merendahkan orang lain, malah lebih dasyat apabila riak dan tidak bersedia untuk menerima pandangan dan teguran apatah lagi nasihat orang lain. Terapkanlah nilai mahmudah iaitu melakukan kebaikan, menghormati mereka yang diatas dan dibawah, berhemah, menyayangi, mengambil berat, saling membantu, tidak pernah berkira dalam memberi bantuan, bersopan, berperibadi baik, dan sebagainya.
    -Fiddot_

    ReplyDelete
  3. **sambungan... dr atas**

    Akhirnya jadilah pemimpin yang berilmu dan bijaksana. Kerana kebijaksanaan adalah asas kebahagiaan di dunia mahupun diakhirat. Jangan pernah rasa cukup dengan pengetahuan yang dimilki. Ilmu manusia ini ibarat jari yang dicelup dalam air laut dan setitik air yang jatuh itu lah banyaknya ilmu kita ini jika dibandingkan dengan ilmu seluruhnya yang Allah jadikan. Jangan pernah bimbang untuk pelajari sesuatu yang kita tidak ketahui dan mengakuinya....=) Pemimpin yang bijak apabila beliau berhati-hati dengan kata-kata, Saidina Ali pernah berkata “ada kalanya dengan satu ucapan dapat menutup kenikmatan”. Dengan kata-kata yang tidak bermakna yang mencerminkan ketandusan akhlak kita hanya akan memberi kesan yang tidak baik pada keseluruhan martabat diri kita mata orang. Contohnya seperti Saidina Ali di mana Rasulullah SAW pernah bersadba “Aku (Nabi Muhammad) adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya”. Begitu tinggi nilai ilmu disisi seorang pemimpin.

    Kepimpinan melibatkan pengorbanan, hakikatnya pengorbanan adalah satu kemestian. Jika kita sayang dan kasih pasangan kita. Pastinya kita akan berkorban demi kepentingan dan cinta kita terhadapnya. Begitu juga cinta pada Allah pastinya menuntut kita berkorban cinta dunia demi mengabdikan diri pada Nya. Maka, begitu juga demi kepimpinan KARISMA yang kita ambil sebagai amanah, sebagai tanggungjawab. Pastinya kasih dan cinta pada KARISMA perlu kita tanam sebagai satu keluarga yang perlu dijaga dan dipelihara maka, pengorbanan perlu dan satu kemestian. Pengorbanan tidak hanya terletak pada material, malah bukan material, pengorbanan juga melibatkan sesuatu yang kita biasakan. Mahu atau tidak ini hakikat kepimpinan iaitu pengorbanan yang bermakna demi kebaikan dan keredhaan Nya...
    -Fiddot-

    ReplyDelete
  4. salam
    nice post fiddot...
    event smlm mmg best....
    rindu kt encik mahmud lak...hekkk3
    hope sume dpt bgi kerjasama lgi demi kpntingan bersama...:)
    TQ Karisma n JASA..

    ReplyDelete
  5. hanya sekadar nasihat untuk diri sendiri...
    bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang bijaksana.... kami perlu belajar.... kami perlukan masa....

    ReplyDelete