Assalamualaikum dan salam sejahtera… Salam 1 Malaysia…
Selamat menghadapi peperiksaan akhir diucapkan kepada semua ahli KARISMA. Sedar tidak sedar kita semua telah berada di penghujung semester. Sekarang semua mahasiswa sibuk menjalankan persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir, untuk semester kedua bagi sesi pengajian 2010/2011. Selamat berusaha dan selamat maju jaya di ucapkan kepada semua sahabat-sahabat KARISMARIAN sekalian. Ciptalah kejayaan dan genggamlah kejayaan itu, kerana kejayaan itulah yang paling penting buat kita semua sebagai seorang mahasiswa. Segala ilmu dan pengetahuan yang kita perolehi semasa berada di universiti inilah yang akan digunakan sebagai bekalan untuk menghadapi bidang pekejaan kelak. Kepada sahabat-sahabat KARISMA yang akan menamatkan pengajian, selamat maju jaya diucapkan. Selamat menempuhi alam pekerjaan kelak. Semoga dengan ilmu, pengetahuan serta pengalaman yang kalian perolehi, saya yakin dan percaya kalian akan berjaya mendapat pekerjaan yang diidam-idamkan. Gunakanlah ilmu dan pengalaman yang kalian ada dengan sebaik mungkin.
Saya ingin memetik kata-kata mantan Perdana Menteri kita, Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, “Saya mahu setiap rakyat Malaysia menjadi Towering Personality iaitu personaliti yang tinggi hemahnya, tinggi budinya, tinggi pengajiannya, tinggi kejayaannya dalam apa jua bidang yang diceburi, hatta menjadi seorang yang gemilang”. Oleh itu, kita sebagai seorang mahasiswa perlulah menjadikan harapan dan amanat mantan Perdana Menteri ini sebagai satu pedoman dan pegangan kita dalam menuntut ilmu serta persiapan sebagai seorang pemimpin pada masa akan datang.
Bersama-samalah kita menimba ilmu dan pengalaman yang berguna sebanyak mungkin. Memperbaiki diri adalah kerja sepanjang hayat. Kita mesti sentiasa berusaha ke arah “menambah nilai” dan memperbaiki diri. Kita sentiasa perlu bersyukur dan berterima kasih bukan sahaja kepada diri kita, tetapi kepada keluarga dan Negara tercinta, Malaysia...
Selamat menghadapi peperiksaan akhir.... semoga berjaya semua...
USAHA + DOA + TAWAKAL + KEJAYAAN...
Doakan kejayaan bersama...Ameen...
No comments:
Post a Comment