Thursday, August 18, 2011

Semarakkan Bulan Kemerdekaan


Salam 1 Malaysia!


Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka.

Sekali lagi, kita sebagai rakyat dan warganegara Malaysia diberi peluang untuk menyambut dan meraikan hari Kemerdekaan Malaysia tidak lama lagi. Jam 12.00 malam pada setiap kali tarikh 31 Ogos menandakan hari kemerdekaan sentiasa dinantikan oleh rakyat Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana tahun ini dengan limpah kurnia-NYA kita diberi peluang untuk menyambut dua perayaan serentak. Bulan Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri.
Subhanallah! Kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya mahasiswa wira dan wirawati negara akan mampu tersenyum tanda syukur kerana telah dikurniakan kemerdekaan yang sudah berusia 54 tahun serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Oleh itu, sempena menghayati kemerdekaan yang akan datang, marilah kita sematkan dalam diri kita semangat patriotisme dan nasionalisme yang tinggi demi negara. Sesungguhnya sebuah kemerdekaan itu patut disyukuri kerana tiada yang lebih berharga dari sebuah kebebasan daripada dijajah negara lain.


Hayati beberapa peristiwa berikut dan nilaikannya. Di mana kesetiaan kita kepada negara dan apakah sumbangan kita pada negara.



PERISTIWA 1

Kelihatan seorang lelaki tua menuntun basikal tuanya perlahan-lahan menyeberangi jalan raya yang sibuk.Pak cik ini telah menarik perhatian pengguna jalan raya ketika itu kerana basikal tuanya penuh di hiasi dengan Jalur Gemilang.Sekali sekala dia membetulkan kibaran bendera itu agar terus berkibar megah disapa angin lalu.Pak cik ini sendiri menyahut seruan untuk mengibarkan Jalur Gemilang,mengapa tidak kita??

PERISTIWA 2

Di perkarangan tempat letak kereta,seorang pemuda membongkokkan dirinya mengutip Jalur Gemilang yang berada di atas jalan raya

yang mungkin terjatuh tanpa disedari oleh pemiliknya sebelum ini.Dia mengibas pasir yang terlekat di bendera itu sambil berbisik pada diri sendiri "Jalur Gemilang bukan letaknya di jalanan."Pemuda itu terus berlalu pergi dan di genggamannya bendera yang telah diselamatkannya tadi.

PERISTIWA 3

Sebuah premis perniagaan telah menghiasi kedainya dengan pelbagai Jalur Gemilang yang terdiri daripada pelbagai saiz.Menurut pemilik premis,dia begitu teruja untuk menyahut seruan supaya mengibarkan bendera sempena menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan.Tambahnya,ini adalah bukti kecintaannya pada bumi bertuah Malaysia.

PERISTIWA 4

Seorang kanak-kanak menangis sambil merayu kepada bapanya supaya dibelikan Jalur Gemilang yang berisi gula-gula di dalamnya.Setelah dibelikan bapanya,tangisan kanak-kanak itu semakin reda dan disusuli dengan senyuman melebar.Kemudian,dia saling berkejaran dengan rakan-rakan sepermainannya sambil melaungkan ''MERDEKA!"

Tarikh 31 Ogos semakin menghampiri.Ayuh sama-sama kita menyahut seruan untuk mengibarkan Jalur Gemilang di mana-mana sempena menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan dan membuktikan rasa cinta dan kasih pada tanah air!

No comments:

Post a Comment