Pada 15 September yang lalu,KARISMA telah mengadakan majlis tahlil buat arwah jurukamera Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban di Somalia ketika bertugas di sana.Selain diadakan majlis tahlil buat arwah,KARISMA turut menyumbang kepada keluarga arwah sebanyak RM 4117.80 hasil derma ikhlas yang telah dikutip daripada semua ahli-ahli KARISMA yang berada di seluruh IPTA/S.Semoga roh arwah ditempat di kalangan orang yang beriman.Al Fatihah.
Rumah arwah yang terletak di Serdang Raya
Kasut yang disarung arwah di saat-saat akhirnya.
Ibu kepada arwah ditenangkan oleh ahli Karisma.Beliau sebak apabila mengingati kembali arwah anaknya dan menyifatkan arwah seorang anak yang baik.
Kenangan bergambar bersama ibu arwah dan ahli KARISMA yang hadir.
"Tujuan kami mengadakan majlis tahlil buat arwah ialah kami terbaca antara rentetan perkara yang di sampaikan arwah kepada rakannya:Aku pergi bukan main-main.Aku pergi untuk negara."antara penerangan untuk dijelaskan kepada keluarga arwah tujuan kedatangan KARISMA untuk mengadakan majlis tahlil.
Bergambar bersama isteri dan anak-anak arwah.
Presiden KARISMA kebangsaan,saudara Abu Naim Bakri sedang memberikan ucapan tentang kehadiran KARISMA ke rumah arwah.
Doa dipanjatkan buat arwah.
Antara ahli KARISMA yang hadir pada hari tersebut.
Saturday, September 17, 2011
Wednesday, September 7, 2011
SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU SESI 2011/2012 KE MENARA GADING!
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar baharu yang mendaftarkan diri pada hari ini bersamaan 7 September 2011 di kampus masing-masing.Selamat datang diucapkan!
Pelajar yang mendaftar hari ini setiap di antara mereka memiliki emosi yang berbeza ketika melangkah masuk ke gerbang menara gading.Bagi sesiapa yang belum pernah berjauhan dengan ibu bapa,saat ini terasa begitu sukar untuk dihadapi.Masakan tidak,sejak kecil lagi ibu bapa adalah peneman yang setia dalam mendengar segala rengekan,keluhan,rintahan dan juga masalah.Pokok pangkalnya,berpisah seketika dengan keluarga merupakan cabaran buat mereka sementara melanjutkan pelajaran di universiti.
Namun,berbeza pula dengan mereka yang "Alah bisa tegal biasa" berjauhan dengan ibu bapa,tidak sukar bagi mereka untuk mengikuti segala program yang telah direncana dengan perasaan gembira.Bukan bermaksud mereka ini membelakangkan keluarga kerana merasakan hidupnya seolah-olah bebas daripada kawalan ibu bapa tetapi mereka mengerti bahawa kehidupan yang baru sebagai pelajar universiti sudah bermula maka keseronokan untuk menambah kawan,pengalaman,menikmati saat indah mencari ilmu,membuatkan mereka lebih bersemangat menjalani salah satu tanggungjawab khalifah di muka bumi ini.
Di atas kesempatan ini juga,pucuk pimpinan KARISMA di kampus harus memantapkan usaha untuk memperkenalkan KARISMA kepada pelajar-pelajar baharu.Inilah peluang untuk merekrut lebih banyak generasi bijak pandai untuk meneruskan kelangsungan legasi KARISMA yang telah dicipta sejak dua tahun yang lalu.
Akhir kata,selamat meneruskan perjuangan dalam lapangan ilmu supaya kelak beroleh kejayaan yang luar biasa!

Sunday, September 4, 2011
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia- Nya kita telah berjaya melaksanakan bulan Ramadhan sebaik mungkin. Oleh itu, kami semua mengucapkan Selamat Menyambut Salam Lebaran " Aidifitri" kepada semua ahli Kumpulan Rakan Siswa Jasa Malaysia di seluruh Malaysia.
Selain itu, selamat menyambut Bulan Kemerdekaan yang ke-54 juga. Semoga Merdeka-Raya kali ini akan lebih menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri setiap ahli KARISMA. Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN.
Subscribe to:
Posts (Atom)