Wednesday, September 7, 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU SESI 2011/2012 KE MENARA GADING!



Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar baharu yang mendaftarkan diri pada hari ini bersamaan 7 September 2011 di kampus masing-masing.Selamat datang diucapkan!

Pelajar yang mendaftar hari ini setiap di antara mereka memiliki emosi yang berbeza ketika melangkah masuk ke gerbang menara gading.Bagi sesiapa yang belum pernah berjauhan dengan ibu bapa,saat ini terasa begitu sukar untuk dihadapi.Masakan tidak,sejak kecil lagi ibu bapa adalah peneman yang setia dalam mendengar segala rengekan,keluhan,rintahan dan juga masalah.Pokok pangkalnya,berpisah seketika dengan keluarga merupakan cabaran buat mereka sementara melanjutkan pelajaran di universiti.

Namun,berbeza pula dengan mereka yang "Alah bisa tegal biasa" berjauhan dengan ibu bapa,tidak sukar bagi mereka untuk mengikuti segala program yang telah direncana dengan perasaan gembira.Bukan bermaksud mereka ini membelakangkan keluarga kerana merasakan hidupnya seolah-olah bebas daripada kawalan ibu bapa tetapi mereka mengerti bahawa kehidupan yang baru sebagai pelajar universiti sudah bermula maka keseronokan untuk menambah kawan,pengalaman,menikmati saat indah mencari ilmu,membuatkan mereka lebih bersemangat menjalani salah satu tanggungjawab khalifah di muka bumi ini.

Di atas kesempatan ini juga,pucuk pimpinan KARISMA di kampus harus memantapkan usaha untuk memperkenalkan KARISMA kepada pelajar-pelajar baharu.Inilah peluang untuk merekrut lebih banyak generasi bijak pandai untuk meneruskan kelangsungan legasi KARISMA yang telah dicipta sejak dua tahun yang lalu.

Akhir kata,selamat meneruskan perjuangan dalam lapangan ilmu supaya kelak beroleh kejayaan yang luar biasa!






2 comments:

  1. selamat menuntut pengajian..sama2 mencipta satu kejayaan.

    ReplyDelete
  2. teruskan perjuangan...tunaikan tanggungjawab sebaiknya..teruskan usaha dan berjaya..selamat berada dalam alam kampus:-)

    ReplyDelete