"Ukur baju pada badan sendiri" ungkapan yang paling sesuai bagi mereka yang gemar membeli belah tanpa memikirkan akibat daripada sikap boros mereka. Belilah barang yang anda perlukan sahaja dan ketepikan kehendak ataupun nafsu sendiri agar kelak kehidupan anda akan dapat dijalani dengan lebih teratur dan aman.
Lebih 70 peratus rakyat di Malaysia yang masih berusia muda telah diisytiharkan muflis, malah ada juga yang menanggung hutang melebihi gaji yang sebenar. Fenoma begini memang banyak terjadi di kalangan kita, oleh yang demikian ikuti beberapa tips berguna untuk anda ikuti agar dapat mengurangkan pembelanjaan harian.
Senaraikan barangan wajib untuk dibeli setiap bulan
Sebagai manusia, pasti kita mempunyai beberapa perkara penting yang harus dibeli setiap bulan bukan? Lagi-lagi untuk keperluan rumah dan juga barangan peribadi. Oleh itu, senaraikan barangan yang wajib anda beli kemudian kepilkan sekali jumlah duit yang harus anda keluarkan setiap bulan untuk membeli barangan tersebut. Asingkan terlebih dahulu duit untuk membeli barangan dapur dan peribadi diri.
Tahan nafsu
Pantang melihat simbol "Jualan Murah" pasti akan disinggahinya. Tidak salah mahu membeli ketika jualan promosi namun pastikan barangan yang bakal dibeli kelak adalah keperluan bukan kehendak semata-mata. Jika kita mempunyai duit lebih, tidak mengapa sekali-sekala hadiahkan diri dengan barangan yang dimahukan. Tetapi tengok poket, fikir sejenak, kemudian tanya diri sendiri, cukup ke?
Jangan gunakan kad kredit
Apabila menggunakan kad kredit, kita akan berasa lebih seronok berbelanja tanpa memikirkan jumlah yang dibelanjakan. Sebaiknya, bawa duit cukup-cukup ketika membeli barangan agar anda tidak keruan melihat jualan murah yang sememangnya mengugat hati terutamanya kaum hawa! Sebaik-baiknya, gunakanlah wang tunai.
Bandingkan harga
Kualiti ataupun kuantiti yang anda pentingkan? Jika kualiti yang anda pentingkan, perlu bersedia untuk laburkan lebih wang kepada barangan yang diinginkan. Tetapi jika kuantiti yang diperlukan, bandingkan harga yang munasabah kerana mahu membeli dalam jumlah yang banyak bukan? Walaubagaimanapun, lihat kedai yang menjual barangan yang sama kemudian bandingkan harga yang paling berbaloi. Lakukan perkara tersebut, pasti anda akan dapat berjimat.
Buat semua sendiri (DIY)
Malas untuk membasuh kereta sendiri sedangkan dirumah ada air? Mahu makan tetapi malas keluar dan hanya membuat pesanan melalui telefon? Makan di kedai kerana tiada masa untuk memasak di rumah? Cuba tukar persepsi itu kepada buat semuanya sendiri. Pasti di hujung bulan nanti, akan ada duit lebih untuk disimpan. Lakukan perkara tersebut sebulan sekali. Jangan pula biasakan kerana bukan sahaja membazir duit malahan anda sendiri akan sakit hujung bulan nanti.
Sumber : http://my.entertainment.yahoo.com/news/tips-berbelanja-secara-berhemah-091017570.html
No comments:
Post a Comment