Penerima Anugerah Khas Kepimpinan Sdri Amy dari KARISMA UKM.
Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih kepada semua ahli-ahli KARISMA yang telah menghadiri Majlis Dialog Bersama Tokoh Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 29 Mac 2010 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
KARISMA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER KEPADA SEMUA AHLI-AHLI, SEMOGA KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN SENTIASA BERSAMA ANDA. KEJAYAAN ADALAH MATLAMAT KITA !!!
PALING PENTING !
KITA SENTIASA MENGINGATI HARAPAN KEDUA IBU-BAPA, KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA !
Aktiviti Kem Rakan Siswa Malaysia mula menjelajah negeri-negeri utara semenanjung dengan bermulanya Kem Rakan Siswa UUM yang telah diadakan di Kem Lata Bukit Hijau, Baling, Kedah, mulai 18 - 20 Mac 2010.
MENCABAR DAN BERLIKU...hutan belantara, ladang kelapa sawit, ladang getah, belukar, sungai, kampung dan desa, "UUM menyahut cabaran kerajaan".. itu yang dapat diungkapkan sepanjang kem karisma ini berlangsung. Yang menariknya buat pertama kali Team Karisma UUM melalui pengalaman baru apabila terpaksa meredah air terjun yang tinggi dalam tugasan water abselling.
Pada 5 - 7 Mac 2010, Kem Rakan Siswa untuk Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) telah diadakan di Kem Sungai Merab, Kajang, seramai 160 peserta terlibat dan kem kali ini turut menggabungkan UiTM Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Segagah perwira dan terbentuknya nilai harmoni serta saling menghormati.
Tahniah dan Syabas....Berjuang Menghadapi Segalanya !!! Mahasiswa Wira Negara ..GEMPURRRRR!!!