Thursday, February 17, 2011

PERTIWI di DUN Batang Kali pada 15 Januari 2011 bersama KARISMA UKM

Meriah!Begitulah suasana Malam Aspirasi 1 Malaysia yang telah diadakan di Dun Batang Kali pada malam tersebut. Kehebatan ahli-ahli KARISMA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dibantu juga oleh ahli-ahli KARISMA dari Universiti Putra Malaysia(UPM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan Universiti Teknologi Mara Malaysia (UITM Malaysia) dalam usaha menyebarkan nilai-nilai murni 1 Malaysia di sekitar kawasan berkenaan telah berjaya menghimpunkan ramai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tahniah diucapkan!










Program Perkampungan Bakti Siswa 1 Malaysia (PERTIWI) di Sungai Air Tawar dan Sabak Bernam pada 8 Januari 2011.

Tahniah diucapkan kepada kesemua ahli-ahli Karisma yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program PERTIWI atau Bina 1 Malaysia (BIMA) yang telah diadakan di DUN Sungai Air Tawar dan Sabak Bernam pada 8 Januari lepas. Ternyata kehadiran ahli-ahli KARISMA telah membuka minda masyarakat setempat mengenai 8 Aspirasi yang terkandung dalam 1 Malaysia. Malam Aspirasi 1 Malaysia pula yang diadakan di Dun Sabak menerima kunjungan masyarakat setempat yang berbilang kaum. Sebelum itu,sejak dari awal pagi masyarakat setempat telah dijamu dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Cabaran Bina 1 Malaysia,Peraduan Teka Bina 1 Malaysia dan pelbagai lagi aktiviti yang telah berjaya merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka. TAHNIAH KARISMARIAN YANG TERLIBAT!














Thursday, February 10, 2011

JADUAL PERTIWI 2011 BERSAMA KOMUNITI DI SELANGOR MENGIKUT UNIVERSITI...UPDATING, 17 FEBRUARI 2011..JAM 1430

UNIRAZAK / UM
27 FEBRUARI 2011
PAYA JARAS + KOTA DAMANSARA

???
6 MAC 2011
SEMENYIH

???
12 MAC 2011
IJOK + JERAM + BUKIT JERAM

???
13 MAC 2011
SEMENTA

???
19 MAC 2011
MORIB + SIJANGKANG

???
27 MAC 2011
TAMAN MEDAN + SRI SETIA


* SETIAP PRESIDEN KAMPUS SILA AMBIL PERHATIAN DAN DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DARI EXCO-EXCO KEBANGSAAN TERUTAMA DARI PRESIDEN KEB DAN TIMB PRESIDEN KEB

* ??? = AKAN DIPUTUSKAN KEMUDIAN...TQ!

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU, 1.1.11 !!!

SELAMAT TAHUN BARU diucapkan kepada semua terutama KARISMARIAN. Biarkan semalam menjadi iktibar, hari ini sebagai penyudah, moga esok kite akan terus berubah...

Jadilah lilin,
Jadilah cahaya,
Jadilah sinar dalam gelap ,
Jadilah inspirasi mengikut aspirasi 1MALAYSIA!

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
[Al-Baqarah: 216 ]

”Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan kebaikan antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
[Al-Baqarah: 224]

” Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki- Nya tanpa batas.”
[Al-Baqarah: 212]