Seramai 17 orang wakil KARISMA Kebangsaan dari UPM, UiTM Malaysia, UIA, UKM, UM, UTM, UniRazak, dan PTPL telah menghadiri progam ini pada :-
Tarikh : 14 Oktober 2010
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Auditorium Arkib Negara, Kuala Lumpur
Sesi bersama Ybhg. Dato' Sri Abu Kassim b. Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Fuad Tan Sri Hassan Ketua Pengarah JASA. Manakala di sebelah petang satu mesyuarat khas bersama Dato' Fuad telah diadakan di Ibupejabat JASA
Menurut Presiden KARISMA Kebangsaan, saudara Abu Naim Bakrin, program "Bicara Rakyat" ini adalah satu platform terbaik untuk menyampaikan informasi yang tepat dan jelas khususnya kepada masyarakat dan mahahsiswa. Program seperti ini adalah salah satu cara yang berkesan untuk kita memahami dengan lebih baik dan mengetahui kedudukan yang sebenar terutama dalam isu-isu yang berkaitan dengan SPRM. KARISMA juga merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Dato' Ketua Pengarah JASA kerana sentiasa menyokong dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk terus bergerak aktif merencana pelbagai program dan pendekatan khususnya dalam menjayakan gagasan besar kerajaan dan negara.Ruang pejabat yang disediakan oleh pihak JASA adalah satu pengiktirafan dan penghargaan besar kepada kami. Dengan adanya ruang pejabat ini ia pasti akan mempermudahkan usaha KARISMA untuk mengatur pelbagai program dan kami pasti akan memanfaatkan ruang pejabat ini untuk memacu KARISMA sebagai wadah mahasiswa kebangsaan yang terbaik.
Salam 1 Malaysia...
ReplyDeleteBersama-samalah kita bawa KARISMA ke puncak yang lebih hebat!
aini :)
More bicara rakyat kepada mahasiswa supaya kita tahu realitinya. Pendedahan seperti ini menjadikan mahasiswa karisma lebih maju kehadapan daripada mahasiswa yang lain. Thumbs up to mahasiswa karisma.
ReplyDeleteTogether to the top!
Regards,
Dira.
"seribu langkah seterusnya bermula dengan langkah pertama." Mudah-mudahan apa yang diperoleh ini dapat meneruskan langkah-langkah kita seterusnya dan setiap langkah perlu dipandu dengan garis yang lurus agar setiap langkah tidak akan terpesong daripada laluan yang sebenar. Begitu jua dengan perjuangan kita membawa amanah yang telah dipertanggungjawabkan,sentiasa cekal dan bersemangat untuk meneruskan usaha dalam menjalankan amanah yang dipikul. Satu ayat yang penuh bermakna untuk dihayati saya petik daripada kata-kata seorang penulis daripada Majalah Solusi Pahrol-"Hidup ini hendaklah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya" dan "what you give, you get back".
ReplyDeleteAgama perlu dipasakkan,
Objektif perlu jelas,
Usaha perlu kental,
Suara pelu dilontarkan,
Semangat perlu disemarakkan,
Hati perlu diikhlaskan,
Bakti perlu diberikan,
Kejayaan pasti akan hadir,
Kegemilangan pasti akan terserlah,
Dimana KARISMA muncul sebagai platformnya,
Hanya sebagai kiasan minda kepada teman-teman perjuangan,
untuk kita bawa
di medan perjuangan,
di Universiti Kehidupan...
Salam..
Assalamualaikum & salam sejahtera... salam 1 Malaysia....
ReplyDeleteSaya bersetuju dgn kata2 Saudara Dayau...seribu langkah bermula dengan langkah pertama... begitu juga dengan kejayaan.... kejayaan memerlukan sebuah pengorbanan...
Sebagai seorang mahasiswa, sikap tidak mudah berputus asa perlu ada dalam diri mahasiswa... percaya atau tidak, kejayaan itu, berkadar terus dengan pengorbanan...
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" (Ar-Ra’d, Ayat 11)
Dan Allah telah pun memberikan prasyarat kepada manusia dalam mencapai apa yang diingankan oleh manusia. Prasyaratnya ialah manusia itu hendaklah terlebih dahulu berusaha mencapainya. Allah itu Maha Adil. Sesuatu kejayaan yang bernilai itu tidak akan mudah diperolehi. Ia memerlukan pengorbanan. Pengorbanan dari segi usaha, kudrat, tenaga, masa, harta dan sebagainya... Begitu juga kita sebagai seorang pemimpin...
_FiDaH, UPM_
Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia~
ReplyDeleteProgram "Bicara Rakyat" seperti ini memang membawa manfaat kepada rakyat termasuk mahasiswa/siswi sekalian. pendedahan yang dibawa sendiri oleh Chief Commisioner Ybhg. Dato' Sri Abu Kassim b. Mohamed membuktikan bahawa SPRM telus dalam melaksanakan tugas demi Bangsa,Agama & Negara.
Begitulah hendak nya jua mahasiswa/siswi sekalian,terutama mahasiswa/siswi KARISMA. Teruskan setiap perjuangan dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan sebarang pulangan demi Bangsa,Agama & Negara.
JANGAN TANYA NEGARA, APA YANG BOLEH NEGARA BUAT UNTUK KITA, SEBALIKNYA, TANYALAH DIRI SENDIRI, APA YANG KITA BOLEH BUAT UNTUK NEGARA.
KARISMA kini sangat familiar dengan Perjuangan Demi Bangsa,Agama dan Negara.
namun skop perjuangan ini jangan disempitkan.Perjuangan demi bangsa,agama dan negara harus dilihat dari aspek yang lebih luas.
Bukan ahli politik sahaja yang mempunyai tanggungjawab dalam memikul perjuangan ini, malah semua lapisan masyarakat perlu ada rasa kebersamaan dalam perjuangan ini sebagaimana yang dipertekankan didalam gagasan 1 Malaysia, termasuklah mahasiswa/mahasiswi bakal pemimpin negara di masa yang akan datang. Dengan bidang yang diceburi, berkhidmatlah demi masa depan Bangsa, Agama dan Negara.
Pada sesi Dialog bersama Ybhg. Dato' Fuad b. Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah JASA, beliau mengingatkan KARISMA bahawa usaha murni dalam memperjuangkan nasib tanahair harus diperhebat, tetapi jangan sesekali terlalai dan leka, tujuan utama mahasiswa/siswi berada di menara gading adalah untuk menuntut ilmu yang bermanfaat lagi memanfaatkan.Lantas berjaya dengan cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi itulah yang terbaik.
Uzey~
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSALAM 1 MALAYSIA, BAGUS DAYAU NGAN UZAIR SERTA RAKAN2 YG LAIN..MEMANG BETUL MAHAHSISWA SEBENARNYA JURUBICARA MASYARAKAT. TANGGUNGJAWAB KAMU SEMUA BESAR DAN KARISMA ADALAH PLATFORM UTK KAMU SMUA MENTERJEMAHKAN SEMUA ITU
ReplyDeletesemoga semangat perjuang terus berkekalan..
ReplyDeleteberpautlah pada dahan yang kukuh lagi teguh untuk kita terus hidup..