Kumpulan Rakan Siswa Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara Sazali Muhamad, mantan Dato' Bendahara KARISMA UPM dan saudari Nor Azlina Ahmad Supian, mantan Tun Fatimah KARISMA UPM di atas kejayaan mereka bersempena dengan Konvokesyen Universiti Putra Malaysia yg ke-34 pada 9 Oktober 2010 bersamaan hari Sabtu yang lalu. Kedua-dua mereka adalah graduan dari Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan di UPM. Turut hadir meraikan kejayaan mereka adalah Ketua Fasilitator, Hj Haswandi Ahmad, barisan Fasilitator, Presiden Karisma Kebangsaan saudara Abu Naim Bakrin, dan rakan-rakan KARISMA dari UPM, UIA, UniRazak, dan MSU. Menurut Timbalan Presiden KARISMA Kebangsaan, saudari Nurul 'Aini Muslim berkata konvokesyen saudara Sazali Muhamad yang juga Presiden Penaja Alumni KARISMA Kebangsaan dan saudari Nor Azlina Ahmad Supian, merupakan graduan-graduan yang telah tamat pengajian di Universiti Putra Malaysia dan mereka juga merupakan ahli-ahli KARISMA yang bergiat aktif dalam Kumpulan Rakan Siswa Malaysia sama ada di peringkat Kampus mahupun Kebangsaan. Semoga hikmat bakti mereka untuk bangsa, agama dan negara akan terus bersemarak lebih-lebih lagi profesion mereka yang bakal bergelar pendidik selepas ini.
TAHNIAH ZALI N NANA!!!
ReplyDeleteikhlas aini :)
TAHNIAH ZALI N NANA!!!! SELAMAT BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA...
ReplyDeleteIKHLAS : FIZAH
semoga perjalanan kejayaan diikuti oleh ahli karisma yang lain. tahniah zali dan nana. tahniah juga buat kak fizah UIA yang baru konvo minggu lepas :))
ReplyDeleteTAHNIAH DR ABG AJI UTK ZALI DAN NANA.. DAN SMUA AHLI KARISMA YG TERLIBAT DLM KONVOKESYEN DI UNIVERSITI MASING2 TERUSKAN SEMANGAT JUANG YG TINGGI UNTUK TERUS CINTAKAN TANAH AIR DAN MENJADI GENERASI MUDA YG BERADA DIBARISAN HADAPAN NEGARA
ReplyDeletechayok2 pres alumni keb!!!
ReplyDeleteWAH~
ReplyDeleteclass gtu beliau grad~
tahniah2!!!
hehehehe~
SARAH IDHA NAWAWI~
TAhniah.... untuk zali....tak ajak pun p konvo kan.... ehmmmm tak pe.... zali you ar the best among the best.... tahniah... perjalanan anda masih panjang lagi jangan anggap ini adalah titik noktah bg mu... perjalanan kita sebagai anak-anak karisma ... lagi jauh ke hadapan....
ReplyDeletelane KARISMA UNIRAZAK
%chak's%
ReplyDeletesaya cokong. knape tetiba rasa besemangat pulak nak bejuang sedangkan akupun tak convo lagi ni.brother geng komander dexel da convo pastu jd cikgu, kalau dalam kem dia pecahkan meja kerusi..anak murid kena ati-ati nie.
tahniah bro zali
wah...
ReplyDeletetahniah2 pres alumni hehehe...
tahniah to Jali N Kak Nana...selamat menempuh alam kerjaya...
ReplyDeletesmg cepat dpt posting....(",)
_FiDaH_
tahniah =)
ReplyDeleteTahniah abg Jali n kak Nana! Semoga berjaya menempuhi alam pekerjaan nanti :)
ReplyDeleteDayang~
terbaik semua..
ReplyDeleteai ble lak dapt jumper zali n nana nie kan?
naim
tahniah juga...
ReplyDeletesalam 1 Malaysia...thniah d ucapkan kpd saudara krn tlah berjaya mnamatkan pengajian...
ReplyDeletehahah..tq pada abg aji n adik2 yg dtg..heheheh..semoga KARISMA terus maju n terus memperjuangkan agama dan bangsa melayu kite..alhmdulillh ahad nant akan terbang ke sabah dan bergelar kaunselor di mrsm kota kinabalu..semoga dpt terus memartabatkan bangsa MELAYu..insyllh.. =)
ReplyDeletenana, upm
salam sejahtera....salam 1 malaysia....
ReplyDeletewaah.... best nyer kak nana dah dpt posting.... Borneo lg tu... tahniah yer... smga selamat tiba di sana...
(_FiDaH, UPM_)