Thursday, April 21, 2011

KARISMA Mengupas Isu Gerakan Mahasiswa Impilkasi Pilihanraya Kampus

Kumpulan Rakan Siswa Jasa Malaysia (KARISMA) telah mengadakan Program Diskusi : Gerakan Mahasiswa Implikasi Pilihanraya Kampus. Program ini telah diadakan pada 4 Mac 2011 yang lalu bertempat di Pejabat KARISMA, Bangunan Warisan, Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Program ini merupakan forum pertama yang dilangsungkan di pejabat KARISMA yang baru. Program ini akan menjadi perintis untuk program-program diskusi yang lain.

Program diskusi ini diadakan bertujuan untuk mengupas isu semasa mengenai pilihan raya kampus. Sudut diskusi ini juga telah memberikan suatu penjelasan dan penerangan dengan lebih jelas lagi kepada semua tentang penggunaan AUKU serta melihat sejauh mana AUKU memberi kesan terhadap pilihan raya kampusProgram ini telah dihadiri oleh YBhg Datuk Fuad Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Ahli panel bagi program diskusi ini ialah Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Hj Ramlan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia, Encik Khairul Azam Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang merangkap Penganalisis Politik Kampus dan Pengerusi Graduan Melayu Muda dan Encik Mohd Asri bin Zulkifli, Pengerusi Pergerakan Mahasiswa Universiti Malaya.

Dengan adanya program seperti ini, isu-isu berkaitan pilihanraya kampus telah telah dikupas dan dijelaskan dengan lebih lanjut. Daripada program ini, diharapkan agar pelajar lebih mendalami apa itu AUKU dan memahaminya agar tidak lagi timbul isu kenapa dan mengapa AUKU diwujudkan.


Dato Fuad Tan Sri Hassan menyampaikan ucapan pada permulaan majlis.



Sesi penyampaian cenderamata oleh

Dato Fuad Tan Sri Hassan





Ahli panel diskusi

Gerakan Mahasiswa “Implikasi Terhadap Pilihanraya Kampus”



Sunday, April 17, 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera… Salam 1 Malaysia…

Selamat menghadapi peperiksaan akhir diucapkan kepada semua ahli KARISMA. Sedar tidak sedar kita semua telah berada di penghujung semester. Sekarang semua mahasiswa sibuk menjalankan persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir, untuk semester kedua bagi sesi pengajian 2010/2011. Selamat berusaha dan selamat maju jaya di ucapkan kepada semua sahabat-sahabat KARISMARIAN sekalian. Ciptalah kejayaan dan genggamlah kejayaan itu, kerana kejayaan itulah yang paling penting buat kita semua sebagai seorang mahasiswa. Segala ilmu dan pengetahuan yang kita perolehi semasa berada di universiti inilah yang akan digunakan sebagai bekalan untuk menghadapi bidang pekejaan kelak. Kepada sahabat-sahabat KARISMA yang akan menamatkan pengajian, selamat maju jaya diucapkan. Selamat menempuhi alam pekerjaan kelak. Semoga dengan ilmu, pengetahuan serta pengalaman yang kalian perolehi, saya yakin dan percaya kalian akan berjaya mendapat pekerjaan yang diidam-idamkan. Gunakanlah ilmu dan pengalaman yang kalian ada dengan sebaik mungkin.

Saya ingin memetik kata-kata mantan Perdana Menteri kita, Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, “Saya mahu setiap rakyat Malaysia menjadi Towering Personality iaitu personaliti yang tinggi hemahnya, tinggi budinya, tinggi pengajiannya, tinggi kejayaannya dalam apa jua bidang yang diceburi, hatta menjadi seorang yang gemilang”. Oleh itu, kita sebagai seorang mahasiswa perlulah menjadikan harapan dan amanat mantan Perdana Menteri ini sebagai satu pedoman dan pegangan kita dalam menuntut ilmu serta persiapan sebagai seorang pemimpin pada masa akan datang.

Bersama-samalah kita menimba ilmu dan pengalaman yang berguna sebanyak mungkin. Memperbaiki diri adalah kerja sepanjang hayat. Kita mesti sentiasa berusaha ke arah “menambah nilai” dan memperbaiki diri. Kita sentiasa perlu bersyukur dan berterima kasih bukan sahaja kepada diri kita, tetapi kepada keluarga dan Negara tercinta, Malaysia...


Selamat menghadapi peperiksaan akhir.... semoga berjaya semua...

USAHA + DOA + TAWAKAL + KEJAYAAN...

Doakan kejayaan bersama...Ameen...

KARISMA JAYAKAN MALAM ASPIRASI 1MALAYSIA

Malam Aspirasi 1Malaysia (BIMA) sempena Perkampungan Bakti Siswa 1Malaysia (PERTIWI) Karisma telah diadakan pada 27 Mac 2011 bertempat di flat Desa Mentari, Kelana Jaya, Dewan Undangan Seri Setia Selangor. Program ini merupakan kerjasama bestari antara Kumpulan Rakan Siswa Jasa Malaysia (KARISMA), Jabatan Hal Ehwal Khas JASA dan InstAdd Imageitut Perkembangan Minda (INMIND). Malam Aspirasi 1Malaysia ini telah menghimpunkan seramai 300 orang ahli KARISMA dari Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara Kampus Kuala Pilah, Universiti Teknologi Mara Kampus Segamat, Universiti Teknologi Malaysia Jalan Semarak, Universiti Perguruan Sultan Idris, Management of Science Universiti (MSU), Universiti Tun Abdul Razak dan juga Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Pelbagai program menarik telah dijalankan sepanjang program PERTIWI seperti kaji selidik 1Malaysia yang dijayakan oleh ahli-ahli Karisma, aktiviti ziarah rumah orang kurang upaya dan program khidmat komuniti. Pertandingan explore race dan futsal 1Malaysia juga diadakan sempena PERTIWI yang melibat penyertaan penduduk setempat. Kemuncak program PERTIWI ialah Malam Aspirasi 1Malaysia yang telah dihadiri oleh penduduk setempat. Seramai 3000 penduduk setempat telah hadir memeriahkan majlis. Sempena majlis penutupan ini juga, YBhg. Dato' Fuad Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah JASA telah menerima lintas hormat dari pasukan kawalan kehormatan KARISMA. Malam Aspirasi 1Malaysia telah dimeriahkan dengan persembahan koir 1Malaysia oleh kumpulan koir KARISMA dan pertunjukan bertenaga ahli KARISMA dalam Tempur Tanpa Senjata (TTS). Persembahan diserikan lagi oleh pelawak terkenal Sathiya @ baby face bersama Ali Mamak. Malah pada malam tersebut juga terdapat persembahan tarian kebudayaan oleh ASWARA. Pada malam tersebut, turut diperagakan juga robot khas pelbagai guna KARISMA hasil reka cipta ahli-ahli KARISMA. Kemuncak untuk Malam Aspirasi 1Malaysia merupakan acara cabutan bertuah iaitu hadiah TV LCD 32’ dan hadiah utama sebuah motorsikal. Seramai 200 orang penerima bantuan hadir untuk menerima sumbangan pada malam tersebut. Program ini memberikan impak yang tinggi kepada masyarakat setempat terhadap Gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh pimpinan negara. KARISMA sebagai penghubung masyarakat telah menjalankan tanggungjawab dalam menyebarkan maklumat tentang konsep dan nilai-nilai aspirasi dalam Gagasan 1Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Kumpulan Rakan Siswa Jasa ini telah disambut baik oleh masyarakat setempat.












Thursday, February 17, 2011

PERTIWI DUN Kuang dan DUN Taman Templer bersama KARISMA UPM pada 23 Januari 2011.

Segala yang kita nikmati pada hari ini dalam suasana perpaduan yang aman adalah warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita satu ketika dahulu.Jangan sesekali kita robohkan keamanan dan keharmonian negara yang telah dipertahankan sejak sekian lama.Ayuh,sama-sama kita jayakan 1 Malaysia!Sorakan dan misi yang dilaungkan oleh KARISMA UPM apabila menjejakkan kaki disini.

Impaknya ternyata semangat mereka telah berjaya menarik perhatian masyarakat setempat untuk memahami 8 Aspirasi 1Malaysia.Tahniah kepada KARISMA UPM yang dibantu KARISMA UKM,UTEM,UITM Malaysi,MSU/PTPL,UITM Segamat dan UM, yang terlibat dalam menjayakan PERTIWI ini.








Sekali lagi PERTIWI bersama KARISMA UKM di DUN Sungai Burong dan Permatang pada 16 Januari 2011

Hari ini, perkara yang telah menjadikan kita sebuah negara yang unik dan disegani adalah kerana perpaduan yang utuh dalam kalangan kepelbagaian kaum. Perpaduan merupakan senjata utama dalam usaha mempertahankan kesejahteraan negara.

Begitulah yang dirasai dalam program PERTIWI yang telah diadakan di Dun Sg.Burong dan DUN Permatang apabila menerima sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Jelas sekali bahawa masyarakat setempat telah memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang program berlangsung. Pemahaman berkaitan dengan nilai-nilai murni Gagasan 1 Malaysia telah berjaya difahami oleh mereka hasil gigih ahli-ahli KARISMA UKM,UPM,UNIRAZAK dan UITM Malaysia yang bersama-sama turun padang menjayakan program tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan!