Sunday, August 21, 2011

bicara rakyat karisma upsi 'semarakkan merdeka'

pada 19 ogos 2011, karisma kampus upsi telah dijemput untuk sama-sama menjayakan siaran langsung bicara rakyat yang mengetengahkan isu terhadap nilai kemerdekaan. antara tajuk yang dibawa pada malam tersebut adalah 'semarak kemerdekaan'. tiga ahli penal terbaik dari ladang telah dipanggil. tajuk yang dibincangkan ini menjadi semakin hangat dan mendapat sambutan penonton. barisan kepimpinan karisma kebangsaan juga turun turun bersama ahli karisma kampus upsi dalam menjayakan siaran langsung ini yang diadakan di audiotorium angkasapuri rtm. en adenan wakil jasa turut hadir dalam sesi ini dan bertemu dengan ahli karisma dalam membincangkan isu ini serta menyampaiakn sedikit amanat sebelum ahli karisma kampus pulang ke upsi. sekalung perhargaan kepada warga rtm dan jasa kerana prihatin menjemput ahli karisma dalam menjayakan persiaran rancangan penuh iformasi ini.









KEBERKATAN RAMADHAN KARISMA BERBUKA BERSAMA KETUA PENGARAH JASA

pada 19 ogos baru-baru ini ahli karisma telah dijemput untuk menghadiri satu majlis berbuka puasa bersama dato ketua pengarah jasa iaitu dato fuad tan sri hassan. sekalung penghargaan dan terima kasih atas jasa beliau terhadap perhatian kepada kami. mahasiswa pada hari ini juga harus sedar bahawa barisan kepimpinan negara sekarang sentiasa berfikiran terbuka mahu mendekati kalangan mahasiswa. dalam keberkatan bulan ramadhan al mubarak ini sewajarnya majlis pendekatan seperti ini diadakan. majlis berbuka puasa ini telah diadakan di rumah permai bukit tunku.antara ahli kepimpinan karisma yang hadir dalam memeriahkan majlis dan sama-sama mengikuti agenda majlis.
datuk jalaluddin hassan salah seorang tetamu kehormat yang turut hadir bagi memeriahkan majlis bersama ahli keluarga beliau.
datuk jalaluddin tidak duduk dan sibuk melayan tetamu,ahli keluarga dan tetamu luar yang hadir ke majlis berbuka puasa ini.
sekadar sahaja solat berjemaah di perkarangan.






Thursday, August 18, 2011

MELAWAT KELAHIRAN ANAK ABG RIZAN JASA

INILAH PANDANGAN HADAPAN HOSPITAL SELAYANG TEMPAT ISTERI ABANG RIZAN MELAHIRKAN ANAK. JIKA NAIK KOMUTER DARI BANK NEGARA KENA BAYAR RM1 TURUN KE BATU CAVE DAN AMBIL TEKSI RM15 JE...:-)


















GAMBAR LALUAN UNTUK KE KAUNTER PERTANYAAN HOSPITAL DAN KE LIF TINGKAT 5 WAD BERSALIN.





PADA 17/8/2011 JAM 9.20AM ISTERI KEPADA ABG RIZAN STAFF BAHAGIAN HAL EHWAL KHAS JASA TELAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAK LELAKI YANG COMEL LAGI CUTE (EH MACAM TAU JE TAPI BELUM TENGOK NGEH~). NAMUN MENJADI KERISAUAN KEPADA BAKAL BAPA BARU INI KERANA BABY YANG DILAHIRKAN TERPAKSA DITAHAN DALAM WAD BERSALIN TERLEBIH DAHULU. KEHADIRAN WARGA KARISMA TEPAT JAM 3.OOPETANG TELAH MENEMUKAN KEHAMPAAN KERANA TIDAK DIBERNARKAN MASUK KE DALAM WAD BAGI MELIHAT KEADAAN BABY TERSEBUT (SEDEY~~SEDEY~~).KETIBAAN WARGA KARISMA TURUT DISAMBUT OLEH AYAH,IBU DAN KAK ABANG RIZAN YANG TIBA JAM 3.00AM LAGI DI HOSPITAL INI. DALAM PERBUALAN SEPANJANG PERJUMPAAN ABG RIZAN MELAPORKAN BAHAWA BABY DILAHIRKAN DALAM KEADAAN NORMAL TETAPI MUNGKIN ADA KESALAHAN SEDIKIT SEMASA PROSES KELAHIRAN MENYEBABKAN PIPI BABY DAN DAHI TIDAK BERFUNGSI DENGAN SEMPURNA DAN DOKTOR MEMBERITAHU BAHAWA MASALAH INI AKAN PULIH SEMASA PROSES PEMBESARAN NANTI. INILAH HADIAH KEPADA BAKAL BAPA BARU DARIPADA WARGA KARISMA HEHE...MARI SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR BABY TERSEBUT CEPAT SEMBUH DAN KITA SAMA-SAMA DAPAT MELAWAT. HA READY DUIT RAYA UNTUK BABY EA, KATA ABG RIZAN HUHU..:-)

Semarakkan Bulan Kemerdekaan


Salam 1 Malaysia!


Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka.

Sekali lagi, kita sebagai rakyat dan warganegara Malaysia diberi peluang untuk menyambut dan meraikan hari Kemerdekaan Malaysia tidak lama lagi. Jam 12.00 malam pada setiap kali tarikh 31 Ogos menandakan hari kemerdekaan sentiasa dinantikan oleh rakyat Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana tahun ini dengan limpah kurnia-NYA kita diberi peluang untuk menyambut dua perayaan serentak. Bulan Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri.
Subhanallah! Kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya mahasiswa wira dan wirawati negara akan mampu tersenyum tanda syukur kerana telah dikurniakan kemerdekaan yang sudah berusia 54 tahun serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Oleh itu, sempena menghayati kemerdekaan yang akan datang, marilah kita sematkan dalam diri kita semangat patriotisme dan nasionalisme yang tinggi demi negara. Sesungguhnya sebuah kemerdekaan itu patut disyukuri kerana tiada yang lebih berharga dari sebuah kebebasan daripada dijajah negara lain.


Hayati beberapa peristiwa berikut dan nilaikannya. Di mana kesetiaan kita kepada negara dan apakah sumbangan kita pada negara.



PERISTIWA 1

Kelihatan seorang lelaki tua menuntun basikal tuanya perlahan-lahan menyeberangi jalan raya yang sibuk.Pak cik ini telah menarik perhatian pengguna jalan raya ketika itu kerana basikal tuanya penuh di hiasi dengan Jalur Gemilang.Sekali sekala dia membetulkan kibaran bendera itu agar terus berkibar megah disapa angin lalu.Pak cik ini sendiri menyahut seruan untuk mengibarkan Jalur Gemilang,mengapa tidak kita??

PERISTIWA 2

Di perkarangan tempat letak kereta,seorang pemuda membongkokkan dirinya mengutip Jalur Gemilang yang berada di atas jalan raya

yang mungkin terjatuh tanpa disedari oleh pemiliknya sebelum ini.Dia mengibas pasir yang terlekat di bendera itu sambil berbisik pada diri sendiri "Jalur Gemilang bukan letaknya di jalanan."Pemuda itu terus berlalu pergi dan di genggamannya bendera yang telah diselamatkannya tadi.

PERISTIWA 3

Sebuah premis perniagaan telah menghiasi kedainya dengan pelbagai Jalur Gemilang yang terdiri daripada pelbagai saiz.Menurut pemilik premis,dia begitu teruja untuk menyahut seruan supaya mengibarkan bendera sempena menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan.Tambahnya,ini adalah bukti kecintaannya pada bumi bertuah Malaysia.

PERISTIWA 4

Seorang kanak-kanak menangis sambil merayu kepada bapanya supaya dibelikan Jalur Gemilang yang berisi gula-gula di dalamnya.Setelah dibelikan bapanya,tangisan kanak-kanak itu semakin reda dan disusuli dengan senyuman melebar.Kemudian,dia saling berkejaran dengan rakan-rakan sepermainannya sambil melaungkan ''MERDEKA!"

Tarikh 31 Ogos semakin menghampiri.Ayuh sama-sama kita menyahut seruan untuk mengibarkan Jalur Gemilang di mana-mana sempena menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan dan membuktikan rasa cinta dan kasih pada tanah air!

Carta Terkini SKM Photography Contest

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Pertandingan Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) masih lagi berlangsung dengan sengitnya di ruangan sosial mukabuku. Pelbagai gelagat boleh dilihat dalam mempromosikan karya masing-masing di laman itu. Oleh itu, mari kita bersama melihat carta terkini " SKM Photography Contest" dari carta 1 hingga 10. Masih ada masa lagi untuk mengundi. Teruskan usaha anda semua bagi peserta tingkatkan usaha mempromosikan karya anda dan bagi pengundi, diharap sokonglah yang terbaik.

Amanat dari admin SKM Photography Contest " Sila Teruskan undian anda kerana tarikh tutup adalah pada 22 Ogos 2011. Teruskan mengundi melalui " like" karya yang menarik dan menepati tema pertandingan iaitu " Malaysia Aman dan Harmoni" dalam usaha untuk lebih menyemarakkan semangat patriotisme serta menyambut dan meraikan Bulan Kemerdekaan Negara kita MALAYSIA.


1. Mohd Lokman bin Hashim 1616 undi

2. Mohamad Jazlan bin Johari 1592 undi

3. Muhamad Azlif bin Mad Razak 573 undi

4. Noor Liliah Erlina 343 undi

5. Muhamad Ikbal bin Maskun 333 undi

6. Amalina binti Abu Bakar Sidek 252 undi

7. Ahmad Hanzalah bin Tajuddin 241 undi

8. Nur Jalwaa'ni bt. Mohamed 218 undi

9. Nurul Safiah Hamizah bt Suhaimi 131 undi

10. Siti Nur Ain bt Shahzam 129 undi

Sekian.