Wednesday, September 7, 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU SESI 2011/2012 KE MENARA GADING!



Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar baharu yang mendaftarkan diri pada hari ini bersamaan 7 September 2011 di kampus masing-masing.Selamat datang diucapkan!

Pelajar yang mendaftar hari ini setiap di antara mereka memiliki emosi yang berbeza ketika melangkah masuk ke gerbang menara gading.Bagi sesiapa yang belum pernah berjauhan dengan ibu bapa,saat ini terasa begitu sukar untuk dihadapi.Masakan tidak,sejak kecil lagi ibu bapa adalah peneman yang setia dalam mendengar segala rengekan,keluhan,rintahan dan juga masalah.Pokok pangkalnya,berpisah seketika dengan keluarga merupakan cabaran buat mereka sementara melanjutkan pelajaran di universiti.

Namun,berbeza pula dengan mereka yang "Alah bisa tegal biasa" berjauhan dengan ibu bapa,tidak sukar bagi mereka untuk mengikuti segala program yang telah direncana dengan perasaan gembira.Bukan bermaksud mereka ini membelakangkan keluarga kerana merasakan hidupnya seolah-olah bebas daripada kawalan ibu bapa tetapi mereka mengerti bahawa kehidupan yang baru sebagai pelajar universiti sudah bermula maka keseronokan untuk menambah kawan,pengalaman,menikmati saat indah mencari ilmu,membuatkan mereka lebih bersemangat menjalani salah satu tanggungjawab khalifah di muka bumi ini.

Di atas kesempatan ini juga,pucuk pimpinan KARISMA di kampus harus memantapkan usaha untuk memperkenalkan KARISMA kepada pelajar-pelajar baharu.Inilah peluang untuk merekrut lebih banyak generasi bijak pandai untuk meneruskan kelangsungan legasi KARISMA yang telah dicipta sejak dua tahun yang lalu.

Akhir kata,selamat meneruskan perjuangan dalam lapangan ilmu supaya kelak beroleh kejayaan yang luar biasa!






Sunday, September 4, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI


Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia- Nya kita telah berjaya melaksanakan bulan Ramadhan sebaik mungkin. Oleh itu, kami semua mengucapkan Selamat Menyambut Salam Lebaran " Aidifitri" kepada semua ahli Kumpulan Rakan Siswa Jasa Malaysia di seluruh Malaysia.


Selain itu, selamat menyambut Bulan Kemerdekaan yang ke-54 juga. Semoga Merdeka-Raya kali ini akan lebih menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri setiap ahli KARISMA. Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN.

Thursday, August 25, 2011

karisma broga, semenyih..

baru-baru ini ahli karisma telah mengadakan satu aktiviti santai sambil menghayati keindahan alam sekitar. lebih kurang seramai 30 orang ahli karisma telah berjaya menawan bukit broga. pendakian setinggi 400 meter yang dijangkakan mengambil masa lebih kurang 30 minit. alhamdulillah pendakian selamat mendaki dan turun bagi semua ahli karisma. banyak pengalaman suka dan duka dikongsi bersama. sambil menghayati keindahan alam, dapat juga kami membentuk team building yang sentiasa bekerjasama diantara satu sama lain.
ahli karisma berada di puncak sambil bersantai dan menjamu selera seringkas makanan yang ada.
sempat lagi bergambar sebelum bergerak mendaki.
waa....tingginyer nak mendaki. ini adalah stage akhir yang perlu ditempuh oleh ahli karisma sebelum tiba di puncak broga.

1 malaysia simbol oleh semua ahl karisma yang telah berada di puncak broga.
rehat sebentar di batu puncak broga sambil mengirup udara segar di pagi hari.
kibaran jalur gemilang di puncak batu broga hill bersama ahli karisma yang lain.
larat ke kak nie ea..hehe..
gurau senda la pulak kan...
keseluruhanya aktiviti pendakian ini selamat dijalankan. segala penglibatan ahl karisma amat dihargai. segala suka dann duka bersama akan tetap terpahat dalam diri diantara kita. sekian....jumpa lagi..rakan siswa hebat!!!

Tuesday, August 23, 2011

Pemenang Pertandingan Foto Suara Keamanan Mahasiswa


assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Pertandingan Fotografi Malaysia Aman dan Harmoni sempena kemerdekaan Negara kali ke 54 (SKM Photography Contest) telah berakhir semalam pada 22Ogos 2011. Oleh itu, tahniah buat juara iaitu Mohamad Jazlan bin Johari dari Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan (Kuala Lipis, Pahang)dengan undian sebanyak 2201 undi iaitu tepat jam 12 malam, 23/8/2011.

Pemenang kedua dirangkul oleh Muhamad Lokman bin Hashim dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim, Perak dengan jumlah undian sebanyak 2053 undi tewas kepada juara sebanyak 149 undi tipis. Walaubagaimanapun,tahniah diucapkan kepada beliau. Selain itu, tahniah juga kepada pemenang-pemenang hingga nombor lapan. Anda memang
layak untuk mendapatkan kemenangan ini.


Berikut merupakan pemenang :

Pertama : Mohamad Jazlan bin Johari 2201 undi



Kedua : Muhamad Lokman bin Hashim 2053 undian




Ketiga : Muhammad Azlif bin Mad Razak 595 undian




Keempat : Muhammad Ikbal bin Maskur 349 undian





kelima : Noor Liliah Erlina binti Abdullah Zawawi 347 undian



keenam : Nur Jalwaa' ni binti Mohamed 285 undi




ketujuh : Ahmad Hanzalah bin Tajudin 270 undian



kelapan : Amalina binti Abu Bakar Sidek 264 undian


Tahniah kepada yang menang dan kepada yang tidak menang, teruskan usaha dan cuba lagiPenyertaan anda untuk program ini adalah satu kemenangan yang telah menunjukkan
bahawa golongan remaja juga mempunyai semarak kemerdekaan yang tinggi dalam diri. Semoga negara kita akan terus aman dan harmoni.

Sekian.

Sunday, August 21, 2011

KARISMA berbuka puasa bersama tun dr mahathir dan datuk mukhriz.


Salam 1 Malaysia.

Pada 20 Ogos 2011, Majlis berbuka puasa bersama Tun Dr. Mahathir dan anaknya Dato' Mukhriz Mahathir telah diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya yang terletak di Presint 8, Putrajaya. Majlis itu dihadiri ramai tetamu VVIP dan memeriahkan majlis secara tidak langsung. Oleh itu, ahli KARISMA telah sama-sama menyemarakkan suasana ceria di majlis itu dan tidak melepaskan peluang untuk bertemu secara langsung dengan Tun Dr. Mahathir dan seisi keluarga.

Ahli Karisma yang dihadiri oleh 15 orang mahasiswa dan mahasiswi IPTA dari UPSI, UITM, UNISZA dan UPM telah berpeluang membuka minda mereka dalam bidang ilmu dan dunia luar dengan segala nasihat dan pendapat bekas Perdanan Menteri kita itu.Program Berbuka Puasa juga didahului dengan BUKA PUASA. Kemudiannya, Solat Maghrib, Isyak dan Berjemaah. Kemudian, sesi beramah mesra dengan Tun turut diadakan.

Alhamdulillah, peluang yang telah diberikan tidak disia-siakan oleh mahasiswa dan mahasiswi IPTA ini. Semoga, kita akan sentiasa akan mencari peluang dan pengalaman yang hebat bersama KARISMA.


Barisan ahli KARISMA bergambar bersama Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali

Sesi bergambar KARISMA bersama pengarah bahagian pembangunan komuniti hal ehwal khas (JASA) Encik Adenan bin Othman dan Tun Dr. Mahathir.

Dengan penuh yakin, presiden kumpulan rakan siswa malaysia (KARISMA) mengajukan soalan mengenai perjuangan mahasiswa pada hari ini seterusnya berkongsi tips kepimpinan bersama beliau.

Masih sempat mencuri ruang untuk bergambar bersama bekas perdana menteri keempat negara malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kehadiran Tun, disambut meriah oleh para tetamu dalam majlis yang lebih kurang 300 orang yang hadir.

Presiden KARISMA sempat bergambar bersama Dato' Mukhriz bin Tun. Dr. Mahathir.

Khazanah sejarah jubah konvokesyen yang pernah digunakan oleh Tun semasa mengambil anugerah-anugerah dan kelulusan yang beliau telah terima.

Barisan Exco Kepimpinan Karisma yang sedang menunggu kehadiran tetamu VVIP di lobi Warisan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.


Warisan kepimpinan perdana inilah tempat menjadi saksi pertemuan dalam
satu majlis berbuka puasa pada 20 ogos bersama Tun Dr mahathir dan anaknya Dato' Mukhriz. .