Sila Klik!

TEAM KARISMA

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR & SELAMAT DATANG 2012!!!





  • Mahukan kecemerlangan dalam diri


  • Mahu berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya


  • Nak rajin menelaah buku untuk dapat keputusan hebat


  • Tak mahu buang masa


  • Nak lunaskan pinjaman PTPTN


  • Nak kahwin.....

Itu diantara azam-azam baru yang biasa kita dengar atau kita sendiri yang menetapkannya menjelang tahun baru.Sahabat-sahabat KARISMA bagaimana??Sudah menetapkan azam baru sempena 2012 ini?Bagi yang belum,bolehlah mula berangan-angan memasang impian seperti dalam Hikayat Jenin,namun pastikan di akhirnya nanti,dapat kita laksanakan impian dan angan-angan biar menjadi sejarah yang terlakar dalam kamus kejayaan hidup masing-masing.


Hari ini bermula sudah kehidupan pertama pada tahun baru 2012.Pengakhiran tahun 2011 meninggalkan bermacam kenangan yang tidak mungkin kita lupakan.Ada kenangan yang pahit dan ada juga yang manis.Apa-apa pun,jika sebelum ini ramai diantara kita menempuhi tahun 2011 dengan segala macam kepayahan dan pelbagai kesukaran,tahun ini bangkitlah dengan semangat dan azam baru,menjadi insan yang luar biasa daripada sebelumnya!



Di atas kesempatan ini juga,KUMPULAN RAKAN SISWA JASA MALAYSIA ingin mengucapkan kepada KARISMARIAN semua,selamat menempuhi peperiksaan akhir.Semoga segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang semester ini membuahkan hasil melalui keputusan yang cemerlang.Ingatlah,kita dilahirkan sebagai seorang pejuang yang tidak pernah kenal erti putus asa dan berjuanglah sehingga ke saat terakhir bagi memperoleh kejayaan yang diimpikan.



Akhir kata daripada kami,RAKAN SISWA HEBAT!!!!

Thursday, November 17, 2011

KECEMERLANGAN DELEGASI GEN-3 KARISMA!!

SALAM 1 MALAYSIA!!!
Pada 12-13 November yang lalu...sekali lagi Kem Lubok Manggis Hulu Langat Selangor dikunjungi oleh peserta KEM INDUKSI & PEMANTAPAN ORGANISASI (K-INDUKSI) bagi Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).Semoga pengisian bermakna yang telah dijalankan dalam program sehari itu dapat dihayati dan seterusnya dipraktikkan oleh kesemua peserta.Tahniah atas penglibatan anda semua!!Ingatlah,kuantiti penglibatan mahasiswa bukan tiket bagi kejayaan sesuatu perancangan,sebaliknya kualiti yang perlu kita nilai untuk menjamin pengeluaran mahasiswa yang produktif dan berkebolehan tinggi!Akhir kata....RAKAN SISWA HEBAT!!!!

KARISMA UPM













KARISMA UMP





LAHIRNYA GENERASI KE-3 KARISMA!!!!

SALAM 1 MALAYSIA!!!
Untuk pengetahuan KARISMARIAN,jumlah ahli Karisma semakin bertambah berikutan dengan kejayaan KEM INDUKSI & PEMANTAPAN ORGANISASI (K-INDUKSI) yang telah dijalankan pada 22-23 Oktober 2011 lalu di Kem Lubok Manggis Hulu Langat bagi peserta dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Mara Malaysia (UITM MALAYSIA).TAHNIAH diucapkan atas penyertaan dan penglibatan aktif yang telah ditunjukkan oleh peserta.Semoga anda semua terus memberi komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti Karisma khususnya di peringkat kampus dan di peringkat kebangsaan amnya kerana.........ENGKAULAH WIRA TERBILANG!!!!

KARISMA UITM MALAYSIA














KARISMA UPSI






















Saturday, September 17, 2011

KARISMA mengadakan majlis tahlil buat arwah jurukamera Noramfaizul Mohd Nor

Pada 15 September yang lalu,KARISMA telah mengadakan majlis tahlil buat arwah jurukamera Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban di Somalia ketika bertugas di sana.Selain diadakan majlis tahlil buat arwah,KARISMA turut menyumbang kepada keluarga arwah sebanyak RM 4117.80 hasil derma ikhlas yang telah dikutip daripada semua ahli-ahli KARISMA yang berada di seluruh IPTA/S.Semoga roh arwah ditempat di kalangan orang yang beriman.Al Fatihah.


Rumah arwah yang terletak di Serdang Raya
Kasut yang disarung arwah di saat-saat akhirnya.
Ibu kepada arwah ditenangkan oleh ahli Karisma.Beliau sebak apabila mengingati kembali arwah anaknya dan menyifatkan arwah seorang anak yang baik.
Kenangan bergambar bersama ibu arwah dan ahli KARISMA yang hadir.
"Tujuan kami mengadakan majlis tahlil buat arwah ialah kami terbaca antara rentetan perkara yang di sampaikan arwah kepada rakannya:Aku pergi bukan main-main.Aku pergi untuk negara."antara penerangan untuk dijelaskan kepada keluarga arwah tujuan kedatangan KARISMA untuk mengadakan majlis tahlil.
Bergambar bersama isteri dan anak-anak arwah.
Presiden KARISMA kebangsaan,saudara Abu Naim Bakri sedang memberikan ucapan tentang kehadiran KARISMA ke rumah arwah.
Doa dipanjatkan buat arwah.
Antara ahli KARISMA yang hadir pada hari tersebut.

Wednesday, September 7, 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU SESI 2011/2012 KE MENARA GADING!



Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar baharu yang mendaftarkan diri pada hari ini bersamaan 7 September 2011 di kampus masing-masing.Selamat datang diucapkan!

Pelajar yang mendaftar hari ini setiap di antara mereka memiliki emosi yang berbeza ketika melangkah masuk ke gerbang menara gading.Bagi sesiapa yang belum pernah berjauhan dengan ibu bapa,saat ini terasa begitu sukar untuk dihadapi.Masakan tidak,sejak kecil lagi ibu bapa adalah peneman yang setia dalam mendengar segala rengekan,keluhan,rintahan dan juga masalah.Pokok pangkalnya,berpisah seketika dengan keluarga merupakan cabaran buat mereka sementara melanjutkan pelajaran di universiti.

Namun,berbeza pula dengan mereka yang "Alah bisa tegal biasa" berjauhan dengan ibu bapa,tidak sukar bagi mereka untuk mengikuti segala program yang telah direncana dengan perasaan gembira.Bukan bermaksud mereka ini membelakangkan keluarga kerana merasakan hidupnya seolah-olah bebas daripada kawalan ibu bapa tetapi mereka mengerti bahawa kehidupan yang baru sebagai pelajar universiti sudah bermula maka keseronokan untuk menambah kawan,pengalaman,menikmati saat indah mencari ilmu,membuatkan mereka lebih bersemangat menjalani salah satu tanggungjawab khalifah di muka bumi ini.

Di atas kesempatan ini juga,pucuk pimpinan KARISMA di kampus harus memantapkan usaha untuk memperkenalkan KARISMA kepada pelajar-pelajar baharu.Inilah peluang untuk merekrut lebih banyak generasi bijak pandai untuk meneruskan kelangsungan legasi KARISMA yang telah dicipta sejak dua tahun yang lalu.

Akhir kata,selamat meneruskan perjuangan dalam lapangan ilmu supaya kelak beroleh kejayaan yang luar biasa!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUDGET KARISMA