Tuesday, May 25, 2010

KEM KARISMA UNIKL

Hujung minggu ini bersambung lagi Kem KARISMA Universiti Kuala Lumpur ( UNIKL ) bermula dari 28 - 30 Mei 2010. Kem UNIKL akan berlangsung di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Batu Caves, Selangor.

Bertambah lagi rangkaian anggota KARISMA dari pelbagai universiti.

Kita saksikan pula ketahanan fizikal dan mental sahabat-sahabat kita dari UNIKL...

Selamat berjuang!!!

Sunday, May 23, 2010

TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS- TRADISI KEPIMPINAN MAHASISWA YG HEBAT




Salam 1 Malaysia.. Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua ahli Team Karisma di peringkat universiti yang terpilih sebagai Pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar, Pimpinan Kolej, Pimpinan Sektor dan juga yang terpilih sebagai Pembantu Mahasiswa/AJK Orientasi bagi mengendalikan Minggu Haluan Siswa untuk pelajar baru.

Ke arah melahirkan golongan mahasiswa yang berwibawa dan terpimpin, Jabatan Hal Ehwal Khas dan seluruh barisan fasilitator mengucapkan selamat bertugas demi memikul amanah besar universiti dengan sebaik mungkin.Tahniah juga buat ahli Karisma yang terlibat secara langsung dalam menjayakan Sambutan Hari Belia Peringkat Kebangsaan di Putrajaya baru-baru ini.

-Ketua Fasilitator

Sunday, May 16, 2010

(SILA AMBIL PERHATIAN KURSUS INI DITANGGUHKAN)KURSUS LATIHAN PENGURUSAN ORGANISASI PIMPINAN KARISMA PERINGKAT KEBANGSAAN

Kursus latihan pengurusan organisasi yang menggabungkan semua pimpinan Karisma dr setiap universiti akan diadakan seperti mana berikut:
Tarikh :
Tempat:
Satu program khas dan berobjektif untuk memperkasakan ilmu, jati diri, sahsiah dan nilai profesionalisme yang tinggi di kalangan pimpinan utama Team Karisma di setiap universiti. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membentuk barisan pimpinan Karisma di peringkat universiti dan di peringkat kebangsaan sebagai golongan yang berpesonaliti, berkemahiran tinggi dan mampu bertindak secara efektif serta dinamik pada setiap situasi khususnya bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang terutama dalam memacu dan membawa Kumpulan Rakan Siswa Malaysia sebagai wadah mahahsiswa yang berpengaruh dan berinovasi.

Friday, May 14, 2010

GAMBAR PROGRAM INDUKSI UiTM SHAH ALAM.

Aktiviti-aktiviti sepanjang program Induksi KARISMA UiTM Shah Alam
pada 11 Mei 2010 di Taman Pertanian, Bukit Cahaya, Shah Alam.












KENANGAN KEM KARISMA UNIVERSITI LIM KOK WING

Gambar-gambar sekitar Kem KARISMA Lim Kok Wing University yang berlangsung pada
7 - 9 Mei 2010 di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor.

Kebangaan Universiti ini ialah Lagu Tema Kem KARISMA : 1 Malaysia.

Tahniah kepada peserta Lim Kok Wing University yang bersemangat tinggi.













Thursday, May 6, 2010

PROGRAM INDUKSI UITM SHAH ALAM

Menjelang cuti panjang semester Team KARISMA UiTM Shah Alam akan mengadakan Program Induksi yang akan diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 11 Mei 2010

Tempat : Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam.

Masa : 9.00 pagi - 11.00 malam.


Mana - mana team KARISMA dari lain-lain universiti yang berminat untuk menyertai sama adalah dijemput.

PROGRAM INDUKSI HARI KELUARGA TEAM KARISMA UPSI








BBQ secara bergotong - royong.





Team KARISMA UPSI dengan dengan T-Shirt terbaru KARISMA UPSI





Acara Explorace






( Azri sempat bergambar di taman 4 musim w/pun semua peserta UPSI tak sempat melawat )



Tahniah kepada Team KARISMA UPSI yang telah berjaya mengadakan Program Induksi dalam bentuk Hari Keluarga pada bulan April lalu bertempat di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam ( Bukit Cerakah )


Tahniah juga kerana Team KARISMA UPSI agak kreatif menjayakan program tersebut .