Thursday, December 31, 2009




Life isn't about waiting for
the storm to past
it's about leaning to dance in the rain


Do not wait for your ship to come in
get in your boat and row out


If you want to get to the top in life
you are going to take the stairs....


The only place where dreams
are impossible
is in your own mind....


Don't let today's disappointments
cash a shadow on tomorrows dreams.....


You are never given a wish
without being given a power
to make its come true....


A champion is someone who
gets up even when he can't


The past can not be change
The future is still in your power


HAPPY NEW YEAR 2010...

Thursday, December 24, 2009

KEM KARISMA UiTM SEGAMAT (18-20 DIS.2009)

Gambar-gambar kenangan terindah sepanjang Kem KARISMA UiTM Segamat pada 18 - 20 Disember 2009 di Kem Sg. Merab....

















Monday, December 21, 2009

TEAM KARISM UITM SEGAMAT: GAGAH LAGI PERKASA!!!!!

Dari 18-20 Disember 2009, giliran Team Karisma UiTM Segamat, Johor pula menyahut cabaran besar negara. Bertempat di Kem Nur Sungai Merab, Kajang, Selangor mereka diuji dengan pelbagai cabaran bagi menyahut seruan kerajaan Malaysia sebagai - "MAHASISWA WIRA NEGARA" . Melakar sejarah baru, bersaing dengan penuh semangat dan berjuang tanpa kenal erti kecewa mahupun berputus asa. TAHNIAH buat semua ahli Team Karisma UiTM Segamat... kejayaan anda kebanggan negara- GEMPURRRRRRRRRR!!!!

-Ikuti komentar dari Ketua Fasilitator

Tuesday, December 8, 2009

KEM KARISMA UiTM SHAH ALAM (16-18 NOV.2009)

Gambar-gambar sekitar Program Kem KARISMA Uitm Shah Alam pada 16-18 November 2009 di Kem Sg. Merab, Kajang, Selangor. Tahniah dan syabas kepada semua rakan KARISMA UiTM Shah Alam yang telah berjaya menempuhi segala halangan dan cabaran dengan semangat juang dan kerjasama yang ditunjukkan.... Mahasiswa wira negara...


KHIDMAT SISWA KARISMA UKM - JERLUN, KEDAH

Seperti yang dijanjikan, kenangan disepanjang Program Khidmat Siswa KARISMA UKM di Jerlun, Kedah. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Semoga selepas ini, program Khidmat Siswa KARISMA ini dapat diteruskan dengan penglibatan rakan KARISMA dari universiti lain pula.




































Wednesday, November 18, 2009

KHIDMAT SISWA KARISMA UKM









Gambar-gambar sekitar program Khidmat Siswa KARISMA UKM di Kg. Kandis, Jerlun Kedah. Gambar sekitar program ini akan di upload dari masa ke semasa. Tahniah dan syabas utk semua rakan KARISMA UKM yang terlibat dan memberikan komitmen yang tinggi untuk menjayakan program ini.














Monday, November 9, 2009

TEAM KARISMA UITM SHAH ALAM HEBAT LAGI BERMARUAH

Tarikh 16 - 18 November 2009 di Kem Sungai Merab, Kajang, Selangor melihatkan Team Karisma UiTM mengharungi dugaan dan menyahut cabaran besar untuk membina generasi muda yang hebat lagi bermaruah. Walaupun hadir disambut dengan hujan lebat dan pulang pula diiringi banjir kilat namun mereka tetap bersemangat waja.

Tahniah dan sayabas buat Team Karisma UiTM ...ulasan lanjut bersama Ketua Fasi dalam ruangan comment... MANAKALA gambar kenangan terindah akan dipaparkan selepas dari cuti Hari Raya Aidil Adha. MAHASISWA WIRA NEGARA...GEMPURRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!

Tuesday, November 3, 2009

SERUAN KHIDMAT SISWA KARISMA

Program Khidmat Siswa KARISMA akan bermula sebaik sahaja ahli-ahli KARISMA tamat peperiksaan semester pertama bagi tahun 2009/2010.

Universiti-universiti terlibat ialah :

1. UKM di Jerlun ( Kedah ) 14 - 20 November 2009.

2. UM di Jelebu ( Neg. Sembilan ) 20 - 26 Disember 2009.


Team - team KARISMA dari universiti - universiti lain akan dilibatkan secara berperingkat - peringkat. Tunggukan giliran team masing - masing.

Paling penting matlamat Kdidmat Siswa KARISMA adalah menyumbangkan khidmat bernilai kepada masyarakat bagi membangunkan modal insan dan meningkatkan sumber ekonomi masyarakat. Program Khidmat Siswa KARISMA akan mencabar ahli-ahli menggunakan segala kemahiran, kebijaksanaan dan kepakaran membangunkan kawasan masing-masing. Selamat Berkhidmat Untuk Masyarakat & Negara !!!

Monday, October 26, 2009

SELAMAT BERTEMPUR...GEMPUR!!!!!

Salam untuk semua rakan KARISMA JASA....

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN. SEMOGA KEJAYAAN SENTIASA MENGIRINGI SETIAP LANGKAH DAN USAHA SEMUA RAKAN KARISMA JASA...

IKHLAS DARIPADA,

KETUA PENGARAH JASA
PEGAWAI-PEGAWAI JASA
SEMUA FASILITATOR


Bekerja seperti tidak kering kuku
habis kapak berganti beliung
nama si rajin terpahat di atas batu
hujan dan panas akan tetap di situ
subur pohon lebat putik rajin
di hujung dahan segugus buah hasil.
Tuah si rajin bak pelampung
jatuh ke laut tetap timbul
bukan nasib batu jatuh terus kaku.

Diam si rajin diam berisi
bukan diam si lurus bendul
menang sorak kampung tergadai.
Beraninya semangat perwira berperang
tidak berundur sebelum menang
jika membantah beralaskan bukti
berbudi bak rambutan gading
pancaran emas kebun dan dusun
asalnya cuma sebiji benih yang kecil.
Bijaknya selari idea dengan tindakan
seiring doa mohon keberkatan
keringat yang tumpah ke bumi
seikhlas rezeki yang disyukuri
sepadan tenaga dengan upah
sepadan jasa dengan faedah.

Wednesday, October 21, 2009

KEHEBATAN MAJLIS PERASMIAN KARISMA TERSERLAH

Dengan semangat kerjasama dari semua team KARISMA UM, UKM,UIAM,UPSI,UPM,IIC, Majlis Perasmian KARISMA JASA telah disempurnakan dengan jayanya oleh Dato'Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada 20 Oktober 2009 di Dewan Kuliah Utama, Universiti Malaya.

Syabas dengan semangat berpasukan yang begitu terserlah di antara team-team KARISMA. Tahniah berganda kepada Team KARISMA UM yang telah menyempurnakan tugas dengan cemerlang sebagai tuan rumah Majlis Perasmian KARISMA JASA.

Semoga semangat berpasukan ini akan terus kekal kerana sebatang lidi amat mudah dipatahkan TETAPI bila di gabungkan 700 batang lidi, tak mungkin dapat dipatahkan dengan mudah....

Kenangan terindah sepanjang Majlis Perasmian KARISMA JASA......












Monday, October 19, 2009

KENANGAN TERINDAH - KARISMA UPSI & UIAM (GOMBAK)

Paparan kenangan terindah sepanjang Kem KARISMA UPSI & UIAM (Gombak) pada 16 - 18 Okt. 2009. Syabas dan tahniah atas semangat juang yang tinggi yang telah dipamerkan sepanjang kem ini berlangsung.

Jangan lupa datang ramai-ramai Majlis Pelancaran KARISMA JASA oleh YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada 20 Oktober 2009 di Dewan Kuliah Utama, APIUM. Buktikan rakan KARISMA JASA adalah bakal pewaris negara....Buktikan segala azam, kesungguhan, semangat dan semua yang adik-adik perolehi semasa Kem KARISMA akan tertanam dalam minda dan jiwa untuk selamanya....





Friday, October 16, 2009

MAJLIS PERASMIAN KARISMA OLEH YB. DATO' SERI UTAMA DR RAIS YATIM

SALAM 1 MALAYSIA. SILA AMBIL PERHATIAN KEPADA SEMUA TEAM KARISMA, MAJLIS PERASMIAN KUMPULAN RAKAN SISWA JASA MALAYSIA (KARISMA) AKAN DISEMPURNAKAN OLEH YB MENTERI PENERANGAN , KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN. BERIKUT ADALAH BUTIRAN PROGRAM DAN JADUAL PERGERAKAN KE UNIVERSITI MALAYA.

  • TARIKH : 20 OKTOBER 2009
  • TEMPAT : UNIVERSITI MALAYA
  • PAKAIAN

: BAJU KURUNG (WANITA-NON MUSLIM BEBAS/SESUAI)

: T SHIRT BERKOLAR KEMAS DENGAN SELUAR SLACK , BERKASUT(LELAKI)

  • MASA PERGERAKAN : 4.30 PETANG (BAS & SURAT PELEPASAN KELAS DISEDIAKAN)

BERIKUT LOKASI TEMPAT BERHIMPUN & MENUNGGU BAS

  • UKM : KOLEJ UNGKU OMAR
  • IIC : (TEMPAT YANG SAMA BERHIMPUN SEMASA KE KEM KARISMA YG LALU)
  • UPM : PADANG KAWAT KECUALI PELAJAR KOLEJ KE 10 & KE 11 (BAS AKAN SINGGAH DI KOLEJ ANDA)
  • UIA : TANGGA UTAMA UIA
  • UPSI :KOLEJ UNGKU OMAR

MARI KITA GEMPUR UM SEBAGAI TANDA KITA ADALAH GENERASI MUDA 1 MALAYSIA YANG BERSEMANGAT & BERKARISMA

Wednesday, October 14, 2009

KEM KARISMA UPSI & UIAM (GOMBAK)

Bersama kita saksikan pula kehebatan Universiti Perguruan Sultan Idris ( UPSI ) dan Universiti Islam Antarabangsa Gombak berdepan cabaran & merentasi halangan serta mengharungi dugaan dalam Kem Karisma:



Tarikh : 16 - 18 Oktober 2009.



Tempat : Kem Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor.



Mampukah mereka menyayingi kehebatan semua Team Karisma yang terdahulu...komen anda ?Selamat berjuang- Skuad Survivor & Taktikal

KENANGAN TERINDAH - KARISMA UPM

Kenangan sepanjang Kem KARISMA UPM yang berlangsung pada 9 - 11 Oktober 2009. Semoga ianya menjadi memori yang dapat dikongsi bersama. Tahniah untuk semua peserta.




Friday, October 9, 2009

CABARAN BERGANDA UTK KEM KARISMA WARGA UPM

Salam 1 Malaysia, skuad survivor & taktikal meneruskan lagi cabaran berganda bagi membina jati diri dan semangat kental generasi muda Malaysia. Kali ini dari 9 hingga 11 Oktober 2009 bertempat di Kem Nur Sg. Merab, Kajang Selangor, giliran warga UPM pula menyahut cabaran kerajaan ke arah menjayakan gagasan 1 Malaysia.

Semoga mereka mampu menyayingi kehebatan Team Karisma yang terdahulu..Selamat Berjuang.."1 Malaysia : Pemangkin Mahasiswa Khaira Ummah"

Monday, October 5, 2009

KENANGAN TERINDAH KARISMA IIC.

Sekilas Pandang : Memori peserta KARISMA Kolej Islam Antarabangsa (IIC) yang telah berjaya mengharungi cabaran Kem Karisma dari 2 - 4 Oktober 2009 di Kem Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor.



Syabas dan Tahniah kepada semua peserta IIC.......anda semua memang layak menjadi penyambung warisan....TAHNIAH




Wednesday, September 30, 2009

CABARAN KEM RAKAN SISWA KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA BERMULA

Kem Rakan Siswa untuk Kolej Islam Antarabangsa akan bermula pada 2 - 4 Oktober 2009, bertempat di Kem Laman Bestari, Hulu Yam, Selangor. Bertambah lagi jumlah keanggotaan ahli KARISMA dan bersama kita lihat ketabahan mereka menghadapi cabaran SURVIVOR !!!

Tuesday, September 29, 2009

MAJLIS PERASMIAN KARISMA OLEH YB. MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN MALAYSIA.

Berita gembira untuk seluruh warga KARISMA, Majlis Perasmian KARISMA akan dilakukan oleh Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, YB. Dato` Seri Dr. Rais Yatim. Majlis Perasmian tersebut akan berlangsung sebagaimana berikut :

Tarikh : 18 Oktober 2009 ( Ahad )

Tempat : Dewan Kuliah Utama, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Masa : 2.30 petang.


Seluruh warga KARISMA dari universiti-universiti terlibat adalah dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan majlis perasmian ini. Majlis Sambutan Aidilfitri untuk warga KARISMA akan diadakan selepas majlis perasmian.

Monday, September 14, 2009

EID MUBARAK....






Khidmat Masyarakat Rakan Siswa UIAM bersama Penghuni Rumah Anak-Anak Yatim & Miskin Tanjung Karang.

Rakan Siswa UIAM bersama anak-anak yatim & miskin Tg. Karang, Selangor


Penyampaian sumbangan semasa khidmat Rakan Siswa UIAM di rumah anak-anak yatim Tg. Karang, Selangor. pada 21 - 23 Ogos 09.


Anak-anak yatim & miskin dibawa berbuka puasa di UIAM pada 5 Sept. 09.




Penyampaian sumbangan oleh Tim. Rektor (HEP) kepada anak-anak yatim & miskin.


Rakan Siswa UIAM telah mengadakan khidmat masyarakat bersama Anak-Anak Yatim & Miskin Tanjung Karang, Selangor bermula pada 21 - 23 Ogos 2009 bertempat di Rumah Anak-Anak Yatim & Miskin Tanjung Karang, Selangor serta Majlis Berbuka Puasa bersama mereka di UIAM pada 5 September 2009. Keprihatinan Rakan Siswa UIAM ini perlu dijadikan pengajaran bahawa betapa bertuahnya kita yang masih dikurniakan limpahan nikmat oleh Allah S.W.T dibumi yang bertuah ini dan pusaka ini perlu terus kita jaga dan pertahankan. Team KARISMA universiti-universiti lain juga akan mengadakan Program Khidmat Masyarakat dalam tempoh yang akan ditentukan nanti...