Wednesday, September 30, 2009

CABARAN KEM RAKAN SISWA KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA BERMULA

Kem Rakan Siswa untuk Kolej Islam Antarabangsa akan bermula pada 2 - 4 Oktober 2009, bertempat di Kem Laman Bestari, Hulu Yam, Selangor. Bertambah lagi jumlah keanggotaan ahli KARISMA dan bersama kita lihat ketabahan mereka menghadapi cabaran SURVIVOR !!!

Tuesday, September 29, 2009

MAJLIS PERASMIAN KARISMA OLEH YB. MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN MALAYSIA.

Berita gembira untuk seluruh warga KARISMA, Majlis Perasmian KARISMA akan dilakukan oleh Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, YB. Dato` Seri Dr. Rais Yatim. Majlis Perasmian tersebut akan berlangsung sebagaimana berikut :

Tarikh : 18 Oktober 2009 ( Ahad )

Tempat : Dewan Kuliah Utama, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Masa : 2.30 petang.


Seluruh warga KARISMA dari universiti-universiti terlibat adalah dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan majlis perasmian ini. Majlis Sambutan Aidilfitri untuk warga KARISMA akan diadakan selepas majlis perasmian.

Monday, September 14, 2009

EID MUBARAK....






Khidmat Masyarakat Rakan Siswa UIAM bersama Penghuni Rumah Anak-Anak Yatim & Miskin Tanjung Karang.

Rakan Siswa UIAM bersama anak-anak yatim & miskin Tg. Karang, Selangor


Penyampaian sumbangan semasa khidmat Rakan Siswa UIAM di rumah anak-anak yatim Tg. Karang, Selangor. pada 21 - 23 Ogos 09.


Anak-anak yatim & miskin dibawa berbuka puasa di UIAM pada 5 Sept. 09.




Penyampaian sumbangan oleh Tim. Rektor (HEP) kepada anak-anak yatim & miskin.


Rakan Siswa UIAM telah mengadakan khidmat masyarakat bersama Anak-Anak Yatim & Miskin Tanjung Karang, Selangor bermula pada 21 - 23 Ogos 2009 bertempat di Rumah Anak-Anak Yatim & Miskin Tanjung Karang, Selangor serta Majlis Berbuka Puasa bersama mereka di UIAM pada 5 September 2009. Keprihatinan Rakan Siswa UIAM ini perlu dijadikan pengajaran bahawa betapa bertuahnya kita yang masih dikurniakan limpahan nikmat oleh Allah S.W.T dibumi yang bertuah ini dan pusaka ini perlu terus kita jaga dan pertahankan. Team KARISMA universiti-universiti lain juga akan mengadakan Program Khidmat Masyarakat dalam tempoh yang akan ditentukan nanti...

Monday, September 7, 2009

MALAYSIA SATU

Komposer : Audi Mok
Lirik : Nur Fatima
Penyanyi : Faizal Tahir



Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju terus ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

Kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan
Satu Malaysia,
kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang,
kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan. .

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

Tuesday, September 1, 2009

MAJLIS RE UNION PERTAMA, BERBUKA PUASA & MALAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN KARISMA JASA.

























Tahniah !!! serta sekalung penghargaan yang setinggi-tingginya kepada seluruh Team Karisma JASA 3 Universiti, UM, UKM & PAUIAM kerana telah memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan Majlis Re Union Pertama Team Karisma semalam ( 31 Ogos 2009 ), Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Pengarah JASA & Sambutan Malam Kemerdekaan Karisma.

Setiap Team Karisma juga telah membuktikan kemampuan dan kehebatan team masing-masing dengan berjaya secara cemerlang menyelesaikan tugasan Sambutan Kemerdekaan dalam hanya 30 minit. Syabas !!! untuk ketiga-tiga team. Walaupun ada yang mendapat tempat pertama, kedua & ketiga, tetapi kehebatan kerja berpasukan adalah lambang kejayaan team masing-masing.

Tahniah dan Syabas juga kepada Team karisma UKM yang telah menjadi tuan rumah yang cemerlang bagi menjayakan re union KARISMA yang pertama.

SYABAS !!! Untuk Semua Team KARISMA...