Wednesday, November 18, 2009

KHIDMAT SISWA KARISMA UKM









Gambar-gambar sekitar program Khidmat Siswa KARISMA UKM di Kg. Kandis, Jerlun Kedah. Gambar sekitar program ini akan di upload dari masa ke semasa. Tahniah dan syabas utk semua rakan KARISMA UKM yang terlibat dan memberikan komitmen yang tinggi untuk menjayakan program ini.














Monday, November 9, 2009

TEAM KARISMA UITM SHAH ALAM HEBAT LAGI BERMARUAH

Tarikh 16 - 18 November 2009 di Kem Sungai Merab, Kajang, Selangor melihatkan Team Karisma UiTM mengharungi dugaan dan menyahut cabaran besar untuk membina generasi muda yang hebat lagi bermaruah. Walaupun hadir disambut dengan hujan lebat dan pulang pula diiringi banjir kilat namun mereka tetap bersemangat waja.

Tahniah dan sayabas buat Team Karisma UiTM ...ulasan lanjut bersama Ketua Fasi dalam ruangan comment... MANAKALA gambar kenangan terindah akan dipaparkan selepas dari cuti Hari Raya Aidil Adha. MAHASISWA WIRA NEGARA...GEMPURRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!

Tuesday, November 3, 2009

SERUAN KHIDMAT SISWA KARISMA

Program Khidmat Siswa KARISMA akan bermula sebaik sahaja ahli-ahli KARISMA tamat peperiksaan semester pertama bagi tahun 2009/2010.

Universiti-universiti terlibat ialah :

1. UKM di Jerlun ( Kedah ) 14 - 20 November 2009.

2. UM di Jelebu ( Neg. Sembilan ) 20 - 26 Disember 2009.


Team - team KARISMA dari universiti - universiti lain akan dilibatkan secara berperingkat - peringkat. Tunggukan giliran team masing - masing.

Paling penting matlamat Kdidmat Siswa KARISMA adalah menyumbangkan khidmat bernilai kepada masyarakat bagi membangunkan modal insan dan meningkatkan sumber ekonomi masyarakat. Program Khidmat Siswa KARISMA akan mencabar ahli-ahli menggunakan segala kemahiran, kebijaksanaan dan kepakaran membangunkan kawasan masing-masing. Selamat Berkhidmat Untuk Masyarakat & Negara !!!