Thursday, February 18, 2010

PROGRAM REALITI TV : IDOLA CEMERLANG - BERSAMA YABHG. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.

Untuk makluman semua ahli-ahli KARISMA, Pihak JASA akan menganjurkan Program Realiti TV yang akan melibatkan peserta dari 12 IPTA & 5 IPTS. Program ini akan bermula dari 26 - 30 Mac 2010. Melalui program Realiti TV ini, semua peserta akan bersama Tokoh Negarawan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Seramai 50 peserta akan dipilih untuk mengikuti program yang ekslusif ini ( ala akademi fantasia ) dan hanya 5 peserta sahaja akan dipilih sebagai Tokoh Idola Generasi Muda yang akan dikalungkan pingat oleh Mentor mereka iaitu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Hadiah yang bakal menunggu Tokoh Idola Generasi Muda adalah sesuatu yang tidak terjangka oleh anda semua...

Semua team KARISMA akan diminta untuk menghantar peserta masing-masing dan terpaksa melalui proses saringan dan interview terlebih dahulu. Peserta KARISMA akan diberikan tempat istimewa sebagai peserta program ini.

Program ini juga akan disiarkan melalui kaca tv seluruh negara melalui 13 episod.

Pastikan setiap team hanya menghantar peserta yang terbaik dari segi daya intelek, fizikal dan berbagai aspek lagi yang akan diuji bagi memastikan anda memang layak menjadi IDOLA CEMERLANG KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

PASTIKAN AHLI KARISMA TERPILIH SEBAGAI IDOLA!

WISH U GOOD LUCK!

KEM KARISMA SIRI 2 - UIAM.

Kem KARISMA siri ke-2, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) akan diadakan mulai 26 - 28 Februari 2010. Siri ke-2 ini adalah bertujuan untuk menambahkan jumlah team KARISMA UIAM bagi tahun 2010. Cabaran untuk mereka adalah berlainan daripada yang pernah mereka tempuhi sebelum ini.

Selamat Menempuhi Cabaran Untuk UIAM !!!