Wednesday, August 25, 2010

KEM KARISMA UKM SIRI 2

Diatas permintaan, kem KARISMA UKM siri ke 2 (gen 2) telah diadakan pada 20-22 Ogos 2010 di kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor. Syabas diucapkan kepada peserta-peserta UKM kerana dengan semangat yang tingi telah berjaya mengharungi segala cabaran meskipun kem ini dijalankan pada bulan puasa. Diharap semangat ini akan berterusan untuk menghadapi cabaran kem seterusnya, syabas!




















Tuesday, August 17, 2010

Sambutan Di Ambang Kemerdekaan dan Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara Ke-53

Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-53, KARISMA akan menyertai 2 acara besar sebagai memperingati sejarah kemerdekaan negara :

1) Sambutan Di Ambang Kemerdekaan

Tarikh : 30 Ogos 2010
Tempat : Dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh, UKM.
Masa : 6.30 ptg. - 12.00 mlm.
VIP : YB. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan.


2 ) Sambutan Hari Kemerdekaan Ke - 53

Tarikh : 31 Ogos 2010
Tempat : Stadium Putra, Bukit Jalil
Masa : 6.30 pagi


Semua ahli-ahli KARISMA adalah dijemput untuk menyertai kedua-dua acara hebat ini!!!

Wednesday, August 11, 2010

Mesyuarat Agung 1 UPSI


Ucapan Tahniah kepada kepimpinan KARISMA UPSI yang telah terpilih melalui Mesyuarat Agung pertama pada 9 Ogos 2010.

Monday, August 9, 2010

KENANGAN KEM KARISMA UMK & UNISZA

Kem KARISMA JASA telah menyempurnakan penyertaan bagi zon pantai timur dengan penyertaan UMK & UNISZA yang telah diadakan pada 5-7 Ogos 2010 di Kem D`Bali Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Dengan penyertaan mereka ini maka Kem KARISMA telah pun melengkapkan wakil untuk setiap zon di seluruh semenanjung. Tahniah kepada semua para peserta yang telah berjaya mengharungi cabaran!








Majlis Mesyuarat Pengurusan Organisasi KARISMA.

Pada tanggal 8 Ogos 2010, Mesyuarat Pengurusan Organisasi KARISMA di Peringkat Kebangsaan bagi sesi 2010/2011 telah di adakan di Dewan Putra III, Hotel Putra K.L.
Seramai 40 orang telah hadir (2 orang mewakili setiap universiti). Tahniah diucapakan kepada Saudara Abu Naim B. Bakri (UPM) dan Saudari Nurul'Aini Muslim bt. Edy Muslim (UiTM Shah Alam) kerana dilantik sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Tahniah juga kepada barisan kepimpinan yang lain.

Antara para peserta lelaki yang hadir.

Peserta-peserta perempuan.


Menyanyi lagu Tema '1Malaysia Kita'

Ucapan Alu-aluan Encik Adenan Hj. Othman.
Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti JASA.





Ucapan Presiden KARISMA sesi 2010/2011.
Saudara Abu Naim B. Bakri.

TAHNIAH! KEPADA BARISAN KEPIMPINAN YANG TELAH DILANTIK MENERAJUI KARISMA DI PERINGKAT KEBANGSAAN.


Tahniah! diucapkan kepada barisan kepimpinan KARISMA yang telah dilantik bagi menerajui KARISMA di peringkat Kebangsaan bagi sesi 2010/2011.

Friday, August 6, 2010

PROGRAM BICARA NEGARAWAN BERSAMA Y.A.BHG. TUN DR. MAHATHIR

Dimaklumkan bahawa RTM akan menyiarkan program tersebut berbentuk dokumentari pada;

Tarikh : 6 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa : 10.00 malam
Siaran : TV1

Kepada semua ahli KARISMA di pohon agar dapat mengikuti rancangan tersebut dan dihebahkan kepada ahli-ahli yang lain.

Wednesday, August 4, 2010

KENANGAN KEM KARISMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)

Kem KARISMA Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang telah berlangsung pada 30 Julai-1 Ogos 2010 di Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor.Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengharungi cabaran!




Monday, August 2, 2010

Kem Karisma UMK dan UNISZA

Bermula 5 - 7 Ogos 2010, KARISMA akan menyempurnakan penyertaan bagi zon pantai timur dengan penglibatan Universiti Malaysia Kelantan ( UMK ) dan Universiti Sultan Zainal Abidin( UNISZA ) di D`Bali Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.