Monday, September 27, 2010

KEM RAKAN SISWA JASA (KARISMA) UNIMAP

Menyambung kembali kem KARISMA JASA selepas raya, pada 24-26 September 2010 telah berlangsungnya kem KARISMA universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang telah diadakan di Kem Nur Lembah Lenggong, Grik, Perak. Syabas dan tahniah diucapkan pada peserta yang telah berjaya mengharungi segala cabaran dan rintangan sepanjang kem berlangsung.




Tuesday, September 7, 2010

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI WARGA JASA

Di kesempatan ini warga JASA ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada ahli-ahli KARISMA semua. Terima kasih diatas segala kerjasama dan sokongan anda yang telah banyak menaikkan nama KARISMA dan Kita akan meneruskan semula kem kita selepas raya ini.

Wednesday, September 1, 2010

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KARISMA DI UKM DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 53 DI STADIUM PUTRA BUKIT JALIL

Sempena kemerdekaan seramai 2100 ahli-ahli KARISMA kebangsaan hadir ke program sambutan ambang kemerdekaan yang telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM pada 30 Ogos 2010 telah menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi mewakili universiti masing-masing. Selepas berkampung disana kira-kira jam 5.00 pagi mereka bergerak pula ke Stadium Putra Bukit Jalil bagi menjayakan sambutan hari kemerdekaan negara ke 53. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli-ahli KARISMA UKM kerana telah berjaya menjadi tuan rumah dan juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut.