Wednesday, October 27, 2010

Majlis Pelancaran dan Mesyuarat Pertama Sekreteriat KARISMA UNiSZA







Ucapan tahniah kepada pimpinan KARISMA UNiSZA yang telah dilantik pada:-


Tarikh : 25 Oktober 2010
Tempat : Dewan Serbaguna Pejabat Asrama UNiSZA
Masa : 8.00 - 11.00 malam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Bhgn. Pembangunan Komuniti Ibu Pejabat JASA, Ustaz Adenan b. Hj. Othman dan turut dihadiri oleh Ketua Fasilitator KARISMA, Tuan Hj. Mohd Haswandi b. Ahmad serta pegawai JASA, En. Rizan b. Hj. Razak. Menurut saudara Muhammad Marzuqi b. Zainal Adlan, perlantikan ini bukanlah sesuatu untuk dibanggakan tetapi ia merupakan amanah dan tanggungjawab besar yang terpikul di atas bahu setiap Ahli Jawatankuasa Sekreteriat KARISMA UNiSZA. Justeru itu, beliau mengharapkan kerjasama dan sokongan dari semua ahli KARISMA termasuk KARISMA diperingkat kebangsaan dan juga JASA serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNiSZA agar membantu dan terus menyokong dalam usaha membawa KARISMA UNiSZA ke persada yang lebih baik.



Wednesday, October 20, 2010

All the best in your final..! Especially to KARISMARIAN...























Salam 1 Malaysia..

To all KARISMARIAN....we kindly wishes the very best of luck and hoping all can achieve pointers that being targeted...insyaallah.


" Doa will lead us to the right path...."

Monday, October 18, 2010

Bicara Rakyat Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM "Rasuah antara Realiti dan Persepsi"








Seramai 17 orang wakil KARISMA Kebangsaan dari UPM, UiTM Malaysia, UIA, UKM, UM, UTM, UniRazak, dan PTPL telah menghadiri progam ini pada :-

Tarikh : 14 Oktober 2010
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Auditorium Arkib Negara, Kuala Lumpur


Sesi bersama Ybhg. Dato' Sri Abu Kassim b. Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Fuad Tan Sri Hassan Ketua Pengarah JASA. Manakala di sebelah petang satu mesyuarat khas bersama Dato' Fuad telah diadakan di Ibupejabat JASA

Menurut Presiden KARISMA Kebangsaan, saudara Abu Naim Bakrin, program "Bicara Rakyat" ini adalah satu platform terbaik untuk menyampaikan informasi yang tepat dan jelas khususnya kepada masyarakat dan mahahsiswa. Program seperti ini adalah salah satu cara yang berkesan untuk kita memahami dengan lebih baik dan mengetahui kedudukan yang sebenar terutama dalam isu-isu yang berkaitan dengan SPRM. KARISMA juga merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Dato' Ketua Pengarah JASA kerana sentiasa menyokong dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk terus bergerak aktif merencana pelbagai program dan pendekatan khususnya dalam menjayakan gagasan besar kerajaan dan negara.Ruang pejabat yang disediakan oleh pihak JASA adalah satu pengiktirafan dan penghargaan besar kepada kami. Dengan adanya ruang pejabat ini ia pasti akan mempermudahkan usaha KARISMA untuk mengatur pelbagai program dan kami pasti akan memanfaatkan ruang pejabat ini untuk memacu KARISMA sebagai wadah mahasiswa kebangsaan yang terbaik.

Mesyuarat Agung 1 UMP






Ucapan tahniah kepada kepimpinan KARISMA UMP yang telah terpilih melalui Mesyuarat Agung pertama pada:-

Tarikh : 12 Oktober 2010
Tempat : DKU Blok W UMP, Pahang
Masa : 8.00 - 11.00 malam.
VIP : Pengarah Bhgn. Pembangunan Komuniti, Ustaz Adenan b. Othman
Ketua Fasilitator KARISMA, Tuan Haji Mohd Haswandi b. Ahmad
Penasihat KARISMA UMP, En Muhammmad Zaki b. Ahmad

Presiden KARISMA Kebangsaan, saudara Abu Naim Bakrin, mengucapkan tahniah pada barisan kepimpinan KARISMA UMP yang telah terpilih dan beliau mengingatkan agar barisan kepimpinan sentiasa memikirkan cara untuk memartabatkan nama KARISMA sama ada di peringkat universiti mahupun kebangsaan. Oleh itu, kepimpinan KARISMA UMP hendaklah pandai menarik ahli-ahli KARISMA yang lain agar sentiasa bergiat aktif seterusnya menabur bakti untuk bangsa, agama dan negara selari dengan visi KARISMA iaitu melahirkan pemimpin negara masa hadapan.

Sunday, October 10, 2010

KONVOKESYEN KEPIMPINAN KARISMA UPM





Kumpulan Rakan Siswa Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara Sazali Muhamad, mantan Dato' Bendahara KARISMA UPM dan saudari Nor Azlina Ahmad Supian, mantan Tun Fatimah KARISMA UPM di atas kejayaan mereka bersempena dengan Konvokesyen Universiti Putra Malaysia yg ke-34 pada 9 Oktober 2010 bersamaan hari Sabtu yang lalu. Kedua-dua mereka adalah graduan dari Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan di UPM. Turut hadir meraikan kejayaan mereka adalah Ketua Fasilitator, Hj Haswandi Ahmad, barisan Fasilitator, Presiden Karisma Kebangsaan saudara Abu Naim Bakrin, dan rakan-rakan KARISMA dari UPM, UIA, UniRazak, dan MSU. Menurut Timbalan Presiden KARISMA Kebangsaan, saudari Nurul 'Aini Muslim berkata konvokesyen saudara Sazali Muhamad yang juga Presiden Penaja Alumni KARISMA Kebangsaan dan saudari Nor Azlina Ahmad Supian, merupakan graduan-graduan yang telah tamat pengajian di Universiti Putra Malaysia dan mereka juga merupakan ahli-ahli KARISMA yang bergiat aktif dalam Kumpulan Rakan Siswa Malaysia sama ada di peringkat Kampus mahupun Kebangsaan. Semoga hikmat bakti mereka untuk bangsa, agama dan negara akan terus bersemarak lebih-lebih lagi profesion mereka yang bakal bergelar pendidik selepas ini.

Monday, October 4, 2010

KARISMA MENYERTAI PERTANDINGAN PAINTBALL ANTARA IPT

KARISMA telah menghantar pasukan paintball dari UNIRAZAK untuk menyertai pertandingan 1st Intervarsity Paintball Challenge, IPC 2010. Kejohanan ini telah diadakan pada hari Sabtu, 2 Oktober 2010 bertempat di UiTM Shah Alam, Selangor. Sebanyak 25 pasukan dari pelbagai IPTA/IPTS telah menyertai pertandingan ini dan pasukan KARISMA telah mendapat tempat ke-6 secara keseluruhannya. Tahniah dan syabas kepada pasukan KARISMA dan ini adalah permulaan yang baik dan amat membanggakan.




MAJLIS PERKAHWINAN PEGAWAI JASA,EN. MOHD RIZAN BIN ISHAK DAN ISTERI

Ucapan selamat pengantin baru kepada Pegawai JASA, En. Mohd Rizan bin Ishak dan isteri, Pn. Noor Ain binti Ab Wahab yang telah melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu, 2 Oktober 2010 bersamaan 23 Syawal 1431 Hijrah, bertempat di Kg. Nerasau Chengkau, 71300 Rembau, Negeri Sembilan. Majlis turut dihadiri oleh wakil KARISMA dan diharap agar pasangan ini berbahagia hingga ke akhir hayat.