Tuesday, August 16, 2011

SKM Photography Contest Disambut meriah!





Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.


Community Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) telah mengadakan satu pertandingan fotografi yang bertemakan ' Keharmonian dan Keamanan Malaysia' dan tarikh akhir penyertaan karya adalah pada 7 Ogos 2011 lalu. Program ini telah berjaya menarik minat seramai 170 peserta yang menghantar gambar-gambar yang mempunyai nilai estetika tersendiri dan mempunyai kepelbagaian cerita dalam menyampaikan mesej yang bertemakan ' KEHARMONIAN dan KEAMANAN MALAYSIA'. Proses pengundian telah bermula pada 8 Ogos 2011 dan bermulalah pengundian melalui menekan butang 'like'. Syabas kepada saudara Hidayat dan Ahmad Amzar yang telah bertungkus-lumus untuk mempromosikan pertandingan ini. Selain itu, usaha para peserta juga menunjukkan bahawa mahasiswa masih mampu untuk terlibat dalam aktiviti yang melahirkan rasa cinta akan negara.

Setakat ini, undian paling tinggi jatuh kepada Mohamad Lokman bin Hashim dengan 1328 undian buat masa ini, tempat kedua dirangkul oleh Mohamad Jazlan bin Johari dengan undian 1279. Tahniah buat mereka pada masa ini, teruskan usaha untuk menjuarai pertandingan ini. Walaubagaimanapun, karya-karya semua perserta memang sangat hebat dan menunjukkan keharmonian dan keamanan Malaysia. Oleh itu, menang atau kalah bukan ukuran kerana penyertaan itu telah menunjukkan cinta anda kepada negara memang patut dipuji. Terima kasih kepada peserta yang telah menyertai pertandingan ini. Tahniah juga kepada Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) yang telah menganjurkan pertandingan ini.

Akhir kata, teruskan mengundi dan sokonglah yang terbaik!! Sebelum itu, mari kita lihat syarat-syarat pertandingan Photo Keamanan ini. Terima Kasih juga kepada yang telah mengundi karya-karya itu. Undi anda amat berharga. Jadi, teruskan mengundi dan sokonglah mereka.


Pertandingan Photo Keamanan




Tema : Malaysia Harmoni dan Aman
Anjuran : Suara Keamanan Mahasiswa (SKM)

Syarat Pertandingan

1. Pertandingan adalah TERBUKA kepada semua rakyat Malaysia.

2. Penyertaan adalah PERCUMA.

3.Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital atau analog termasuk kamera telefon bimbit.

4. Segala kos yang terlibat dalam menyertai pertandingan ini adalah ditanggung sendiri oleh peserta.

5. Karya foto mestilah dihantar dengan menggunakan FORMAT JPEG/JPG atau PNG Saiz gambar mestilah tidak melebihi 640 x 480 pixels.

6. Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah karya asli oleh peserta.

7. Suntingan atau ubahsuai minima seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan sharpening terhadap foto menggunakan sebarang perisian computer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs dan gambar dimanipulasi adalah TIDAK DIBENARKAN.

8. Huraian mengenai foto mestilah disertakan dan tidak melebihi 10 patah perkataan.

9. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu (1) foto dalam setiap penyertaan kerana hanya satu (1) hadiah sahaja boleh dimenangi bagi setiap penyertaan tersebut.

10. Setiap foto yang dihantar bagi tujuan pertandingan akan menjadi hak milik pihak penganjur dan peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan foto tersebut pada pertandingan lain.

11. Pihak penganjur juga berhak untuk menentukan samada gambar yang dihantar layak untuk bertanding atau tidak.

Tarikh Tutup Penyertaan

1. Semua penyertaan boleh di e-mail kepada urusetia bermula 24 JULAI 2011 hingga 7 OGOS 2011. Tempoh proses undian “LIKE” bermula 8 OGOS 2011 hingga 22 OGOS 2011.
2. Karya foto boleh di e-mail kepada:
skm.mastercontest@gmail.co​m bersama dengan butiran diri berikut:
(nama,kad pengenalan, alamat & no.tel)

Hadiah

1. Hadiah berupa wang tunai akan dimasukan ke dalam akaun pemenang, selewat-lewatnya seminggu selepas keputusan di umumkan.

Johan : Wang Tunai RM 300 + Hadiah Sampingan
N.Johan : Wang Tunai RM 200
Ketiga : Wang Tunai RM 100
5x hadiah saguhati : RM 50

Keputusan Pertandingan

1. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang mendapat bilangan "LIKE" facebook paling banyak sekali.
2. Keputusan akan diumumkan di laman Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) pada 23 OGOS 2011 JAM 12.30 AM setiap pemenang akan dihubungi bagi tujuan penerimaan hadiah.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh berhubung dengan urusetia admin SKM:
Facebook Ibnu Sina



Sekian. Wassalam.

Tuesday, August 9, 2011

KARISMA ft. JASA Prihatin Di Perkampungan Orang Asli bertempat Ulu Slim Perak

Pada 11 & 12 Julai yang lalu, sekumpulan ahli KARISMA telah dijemput untuk menyertai Konvoi Kembara 4x4 JASA Prihatin di Perkampungan Orang Ali di Ulu Slim, Perak. Konvoi yang dianggotai oleh pelbagai agensi ini telah berkampung di sana selama 2 hari 1 malam dengan dipenuhi pelbagai aktiviti menarik. Antaranya aktiviti-aktiviti nya adalah pengagihan sumbangan bantuan, gotong-royong, sukan rakyat, pemeriksaan kesihatan, program motivasi pelajar dan water rafting.

Majlis ini dirasmikan oleh Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri II, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan


Antara 20 buah kenderaan 4WD 4x4 yang mengikuti konvoi Kembara JASA Prihatin.


Gotong-royong mendirikan papan tanda nama kampung

Pengagihan sumbagan beras ke setiap rumah penduduk
di 3 buah Kampung Orang Asli di Ulu Slim







Penduduk kampung tidak mahu melepaskan peluang untuk
menyaksikan dan melibatkan diri dalam sukan rakyat yang diadakan.



Acara tarik tali

Acara Menyumpit

Kemeriahan dapat dirasai apabila semua pihak melibatkan diri dalam acara yang diadakan

Persembahan Kebudayaan Orang Asli




Persembahan Sewang


Acara Penyampaian Hadiah kepada pemenang acara sukan rakyat

Hadiah kepada Pemenang Utama


Sesi temuramah dengan wartawan RTM



Program Memotivasikan Pelajar di SK Pos Tenau






Acara Water Rafting di Jeram Sg. Slim




Semoga program ini dapat di teruskan dan mendapat sambutan daripada ahli-ahli KARISMA yang lain untuk memberi khidmat komuniti kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.


Sekian.





























































































































































































































































































































Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI




Lambaian Ramadhan menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w
pernah bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan
Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu
puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka,
ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu
bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang
banyak.
Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.

Alhamdulillah,bulan suci penuh barakah kini menjengah lagi.Ramadhan kali ini penuh istimewa apabila jatuh pada 1 Ogos 2011 bersamaan dengan bulan keramat bagi negara ini iaitu bulan kemerdekaan.Dalam kemeriahan untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kali ke-54,Ramadhan turut mengiringi kehidupan kita untuk sama-sama kita hayati dan merebut segala ganjaran pahala yang telah dijanjikanNya.

Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah
perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan
amalan ketaatan dan taqarrub kepada‐Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat‐sifat keras hati dan
keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini.Oleh itu,inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.Ini adalah jihad sebenar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Sunday, June 19, 2011



Selamat Hari Bapa!!!Walaupun ada yang memanggil ayah,abah,bapa,papa,daddy,abi dan apa jua panggilan bagi seorang seorang ayah,jasa mereka tetap sama iaitu membesarkan kita dari kecil hingga dewasa.Ucapkanlah SELAMAT HARI BAPA kepada mereka sementara masih berkesempatan untuk kita berbuat demikian.Sekadar ucapan ringkas pada hari ini terhadap mereka,ianya dapat mengukir senyuman di wajah dan kuntuman bahagia di hati mereka.

Hargai mereka seadanya.Kasih sayang mereka telah membentuk diri kita pada hari ini.Seorang bapa patut dihormati bukan ditakuti dan sebagai anak kita patut menerima bapa kita seadanya.Setegas mana mereka dalam usaha mendidik dan mengajar kita,jangan kita melihatnya dari pandangan yang negatif kerana dengan cara itulah mereka ingin melihat anak mereka berjaya.Bapa kita juga seorang manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.Semoga hari yang mendatang akan menambahkan lagi rasa sayang kita terhadap mereka!! SELAMAT HARI BAPA!

Saturday, May 28, 2011

SEMOGA CEPAT SEMBUH

Pada awal bulan Mei lepas, salah seorang ahli keluarga kita terlibat dengan kemalangan motorsikal. Walau bagaimanapun keadaan beliau stabil dan hanya mendapat 3 jahitan di jari kaki serta dinasihatkan agar mendapat rehat secukupnya. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan kepada Presiden Kebangsaan KARISMA, saudara Abu Naim agar beliau cepat sembuh, InsyaAllah.