Adalah dimaklumkan kepada semua barisan kepimpinan KARISMA
(Datuk Bendahara dan Tun Teja) atau yang telah dilantik secara rasmi
sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Kelab KARISMA di setiap Universiti,
satu perjumpaan akan diadakan bagi membentuk barisan kepimpinan
KARISMA di Peringkat Kebangsaan bagi sesi 2010-2011 yang mana majlis
tersebut akan berlangsung pada ;
Tarikh : 8 Ogos 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pg hingga 2.00 ptg
Tempat : Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Friday, July 30, 2010
Kem Karisma UMP.
Meneruskan lagi tradisi kepimpinan KARISMA-JASA, kem kepimpinan untuk Universiti Malaysia Pahang ( UMP ) akan diadakan pada 30 Julai - 1 Ogos 2010 bertempat di Kem Bumi Jati, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.
Selamat datang ke dunia KARISMA untuk UMP!
Selamat datang ke dunia KARISMA untuk UMP!
Monday, July 26, 2010
Kem KARISMA UNIMAP & UTeM.
Kem KARISMA Universiti Malaysia Perlis ( UNIMAP ) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM ) yang telah berlangsung pada 23 - 25 Julai 2010 di Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor.
Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengharungi cabaran!
Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengharungi cabaran!
Friday, July 23, 2010
Pemilihan Kepimpinan KARISMA UKM
Pada 22 Julai berlangsungnya pemilihan kepimpinan baru KARISMA UKM sempena penubuhan baru KARISMA du bawah UKM. Kepimpinan penaja yang lama masih dikekalkan secara pemilihan demokrasi. Tahniah kepada semua kepimpinan baru yang terpilih. Semoga anda semua akan dapat melaksanakan tugas dengan efisyen..
Ucapan bersemangat oleh pelajar paling senior KARISMA UKM ( Pak Lah )
Proses pemilihan exco selepas pemilihan jawatan presiden, tim. presiden, setiausaha dan bendahari dilakukan secara undian sulit.
* Proses pemilihan telah dilaksanakan dengan jayanya oleh badan bebas pemilihan kepimpinan kampus iaitu KARISMA UPM.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)


