Monday, October 26, 2009

SELAMAT BERTEMPUR...GEMPUR!!!!!

Salam untuk semua rakan KARISMA JASA....

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN. SEMOGA KEJAYAAN SENTIASA MENGIRINGI SETIAP LANGKAH DAN USAHA SEMUA RAKAN KARISMA JASA...

IKHLAS DARIPADA,

KETUA PENGARAH JASA
PEGAWAI-PEGAWAI JASA
SEMUA FASILITATOR


Bekerja seperti tidak kering kuku
habis kapak berganti beliung
nama si rajin terpahat di atas batu
hujan dan panas akan tetap di situ
subur pohon lebat putik rajin
di hujung dahan segugus buah hasil.
Tuah si rajin bak pelampung
jatuh ke laut tetap timbul
bukan nasib batu jatuh terus kaku.

Diam si rajin diam berisi
bukan diam si lurus bendul
menang sorak kampung tergadai.
Beraninya semangat perwira berperang
tidak berundur sebelum menang
jika membantah beralaskan bukti
berbudi bak rambutan gading
pancaran emas kebun dan dusun
asalnya cuma sebiji benih yang kecil.
Bijaknya selari idea dengan tindakan
seiring doa mohon keberkatan
keringat yang tumpah ke bumi
seikhlas rezeki yang disyukuri
sepadan tenaga dengan upah
sepadan jasa dengan faedah.

Wednesday, October 21, 2009

KEHEBATAN MAJLIS PERASMIAN KARISMA TERSERLAH

Dengan semangat kerjasama dari semua team KARISMA UM, UKM,UIAM,UPSI,UPM,IIC, Majlis Perasmian KARISMA JASA telah disempurnakan dengan jayanya oleh Dato'Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada 20 Oktober 2009 di Dewan Kuliah Utama, Universiti Malaya.

Syabas dengan semangat berpasukan yang begitu terserlah di antara team-team KARISMA. Tahniah berganda kepada Team KARISMA UM yang telah menyempurnakan tugas dengan cemerlang sebagai tuan rumah Majlis Perasmian KARISMA JASA.

Semoga semangat berpasukan ini akan terus kekal kerana sebatang lidi amat mudah dipatahkan TETAPI bila di gabungkan 700 batang lidi, tak mungkin dapat dipatahkan dengan mudah....

Kenangan terindah sepanjang Majlis Perasmian KARISMA JASA......












Monday, October 19, 2009

KENANGAN TERINDAH - KARISMA UPSI & UIAM (GOMBAK)

Paparan kenangan terindah sepanjang Kem KARISMA UPSI & UIAM (Gombak) pada 16 - 18 Okt. 2009. Syabas dan tahniah atas semangat juang yang tinggi yang telah dipamerkan sepanjang kem ini berlangsung.

Jangan lupa datang ramai-ramai Majlis Pelancaran KARISMA JASA oleh YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada 20 Oktober 2009 di Dewan Kuliah Utama, APIUM. Buktikan rakan KARISMA JASA adalah bakal pewaris negara....Buktikan segala azam, kesungguhan, semangat dan semua yang adik-adik perolehi semasa Kem KARISMA akan tertanam dalam minda dan jiwa untuk selamanya....





Friday, October 16, 2009

MAJLIS PERASMIAN KARISMA OLEH YB. DATO' SERI UTAMA DR RAIS YATIM

SALAM 1 MALAYSIA. SILA AMBIL PERHATIAN KEPADA SEMUA TEAM KARISMA, MAJLIS PERASMIAN KUMPULAN RAKAN SISWA JASA MALAYSIA (KARISMA) AKAN DISEMPURNAKAN OLEH YB MENTERI PENERANGAN , KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN. BERIKUT ADALAH BUTIRAN PROGRAM DAN JADUAL PERGERAKAN KE UNIVERSITI MALAYA.

  • TARIKH : 20 OKTOBER 2009
  • TEMPAT : UNIVERSITI MALAYA
  • PAKAIAN

: BAJU KURUNG (WANITA-NON MUSLIM BEBAS/SESUAI)

: T SHIRT BERKOLAR KEMAS DENGAN SELUAR SLACK , BERKASUT(LELAKI)

  • MASA PERGERAKAN : 4.30 PETANG (BAS & SURAT PELEPASAN KELAS DISEDIAKAN)

BERIKUT LOKASI TEMPAT BERHIMPUN & MENUNGGU BAS

  • UKM : KOLEJ UNGKU OMAR
  • IIC : (TEMPAT YANG SAMA BERHIMPUN SEMASA KE KEM KARISMA YG LALU)
  • UPM : PADANG KAWAT KECUALI PELAJAR KOLEJ KE 10 & KE 11 (BAS AKAN SINGGAH DI KOLEJ ANDA)
  • UIA : TANGGA UTAMA UIA
  • UPSI :KOLEJ UNGKU OMAR

MARI KITA GEMPUR UM SEBAGAI TANDA KITA ADALAH GENERASI MUDA 1 MALAYSIA YANG BERSEMANGAT & BERKARISMA

Wednesday, October 14, 2009

KEM KARISMA UPSI & UIAM (GOMBAK)

Bersama kita saksikan pula kehebatan Universiti Perguruan Sultan Idris ( UPSI ) dan Universiti Islam Antarabangsa Gombak berdepan cabaran & merentasi halangan serta mengharungi dugaan dalam Kem Karisma:



Tarikh : 16 - 18 Oktober 2009.



Tempat : Kem Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor.



Mampukah mereka menyayingi kehebatan semua Team Karisma yang terdahulu...komen anda ?Selamat berjuang- Skuad Survivor & Taktikal

KENANGAN TERINDAH - KARISMA UPM

Kenangan sepanjang Kem KARISMA UPM yang berlangsung pada 9 - 11 Oktober 2009. Semoga ianya menjadi memori yang dapat dikongsi bersama. Tahniah untuk semua peserta.




Friday, October 9, 2009

CABARAN BERGANDA UTK KEM KARISMA WARGA UPM

Salam 1 Malaysia, skuad survivor & taktikal meneruskan lagi cabaran berganda bagi membina jati diri dan semangat kental generasi muda Malaysia. Kali ini dari 9 hingga 11 Oktober 2009 bertempat di Kem Nur Sg. Merab, Kajang Selangor, giliran warga UPM pula menyahut cabaran kerajaan ke arah menjayakan gagasan 1 Malaysia.

Semoga mereka mampu menyayingi kehebatan Team Karisma yang terdahulu..Selamat Berjuang.."1 Malaysia : Pemangkin Mahasiswa Khaira Ummah"

Monday, October 5, 2009

KENANGAN TERINDAH KARISMA IIC.

Sekilas Pandang : Memori peserta KARISMA Kolej Islam Antarabangsa (IIC) yang telah berjaya mengharungi cabaran Kem Karisma dari 2 - 4 Oktober 2009 di Kem Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor.



Syabas dan Tahniah kepada semua peserta IIC.......anda semua memang layak menjadi penyambung warisan....TAHNIAH