Thursday, February 18, 2010

PROGRAM REALITI TV : IDOLA CEMERLANG - BERSAMA YABHG. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.

Untuk makluman semua ahli-ahli KARISMA, Pihak JASA akan menganjurkan Program Realiti TV yang akan melibatkan peserta dari 12 IPTA & 5 IPTS. Program ini akan bermula dari 26 - 30 Mac 2010. Melalui program Realiti TV ini, semua peserta akan bersama Tokoh Negarawan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Seramai 50 peserta akan dipilih untuk mengikuti program yang ekslusif ini ( ala akademi fantasia ) dan hanya 5 peserta sahaja akan dipilih sebagai Tokoh Idola Generasi Muda yang akan dikalungkan pingat oleh Mentor mereka iaitu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Hadiah yang bakal menunggu Tokoh Idola Generasi Muda adalah sesuatu yang tidak terjangka oleh anda semua...

Semua team KARISMA akan diminta untuk menghantar peserta masing-masing dan terpaksa melalui proses saringan dan interview terlebih dahulu. Peserta KARISMA akan diberikan tempat istimewa sebagai peserta program ini.

Program ini juga akan disiarkan melalui kaca tv seluruh negara melalui 13 episod.

Pastikan setiap team hanya menghantar peserta yang terbaik dari segi daya intelek, fizikal dan berbagai aspek lagi yang akan diuji bagi memastikan anda memang layak menjadi IDOLA CEMERLANG KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

PASTIKAN AHLI KARISMA TERPILIH SEBAGAI IDOLA!

WISH U GOOD LUCK!

6 comments:

  1. ermmm...bagus, program yang ditunggu-tunggu.

    ReplyDelete
  2. macam mane nak terpilih??
    ade peluang x untuk saya?
    saya baru abes matriks n tgh cuti b4 ke gombak sambung degree bln 4..
    kalau nak calonkan diri sendiri boleh x??
    nak sgt2 masuk.. =p

    ~Syazwan, X-PAUIAM~

    ReplyDelete
  3. adakah betuk program idola ni akan beri peluang istimewa utk team kARISMA sebab untuk UITM shah alam, borang tersebut diberikan kepada student yang xde kaitan LANGSUNG dengan KARISMA....

    ReplyDelete
  4. knp hanya team karisma dari student upm je yg pgi, team lain tak sempat cari peserta ke...

    ReplyDelete
  5. SBENARNYE ADA 2 KUMPULAN PLAJAR YG AKN MENGIKUTI POGRAM TU..PETAMA IALAH WAKIL2 KARISMA DR SETIAP UNIVERSITI DAN YG KEDUA PULA IALAH PILIHAN DR PIHAK PENTADBIRAN SETIAP UNIVERSITI..BG TEAM KARISMA SETIAP UNIVERSITI SEMUA WAKIL2 KITA DA PERGI INTERVIEW DAN KEUTAMAAN KPD PIMPINAN SETIAP TEAM KARISMA SAMA ADA DATO BENDAHARA, TUN TEJAH, DATO LAKSAMANA ATAU TUN FATIMAH..ATAU JUGA KETUA & PEN. KETUA KUMPULAN.. KITA DOAKAN AGAR WAKIL2 DR TEAM KARISMA TIDAK KIRALAH MANA2 UNIVERSITI SKALIPUN AKAN DIPILIH UNTUK MENERIMA ANUGERAH INI NANTI..BUAT YG TERBAIK TAW..MAHASISWA WIRA NEGARA..

    ReplyDelete
  6. tahniah pada akak UIA yang menang tu..=)

    ReplyDelete