Monday, July 12, 2010

Universiti Cemerlang.

18 universiti terima penarafan cemerlang
12/07/2010 1:25pm

PUTRAJAYA 12 Julai - Tujuh institusi pengajian tinggi awam dan 11 dari swasta menerima pengiktirafan cemerlang menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) 2009.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkan perkara itu berkata, IPT awam yang menerima pengiktirafan itu ialah Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknolog Mara.

IPT swasta yang terpilih pula ialah Universiti Multimedia, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Petronas, Sunway Universiti Kolej dan Curtin Universiti Teknologi Kampus Sarawak.

Lain-lain, Monash Universiti Kampus Sunway, Taylor's Universiti Kolej, International Medical University, Swinburne Universiti Teknologi Kampus Sarawak, Universiti Nottingham Kampus Malaysia serta Management and Science Universiti.

Sebanyak 25 universiti dan kolej universiti iaitu 14 swasta dan 11 awam pula menduduki tahap sangat baik manakala empat kolej universiti swasta pula menduduki tahap baik, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Bagaimanapun kali ini tiada universiti dan kolej universiti yang mencapai tahap terbilang," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment