Wednesday, October 27, 2010

Majlis Pelancaran dan Mesyuarat Pertama Sekreteriat KARISMA UNiSZA







Ucapan tahniah kepada pimpinan KARISMA UNiSZA yang telah dilantik pada:-


Tarikh : 25 Oktober 2010
Tempat : Dewan Serbaguna Pejabat Asrama UNiSZA
Masa : 8.00 - 11.00 malam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Bhgn. Pembangunan Komuniti Ibu Pejabat JASA, Ustaz Adenan b. Hj. Othman dan turut dihadiri oleh Ketua Fasilitator KARISMA, Tuan Hj. Mohd Haswandi b. Ahmad serta pegawai JASA, En. Rizan b. Hj. Razak. Menurut saudara Muhammad Marzuqi b. Zainal Adlan, perlantikan ini bukanlah sesuatu untuk dibanggakan tetapi ia merupakan amanah dan tanggungjawab besar yang terpikul di atas bahu setiap Ahli Jawatankuasa Sekreteriat KARISMA UNiSZA. Justeru itu, beliau mengharapkan kerjasama dan sokongan dari semua ahli KARISMA termasuk KARISMA diperingkat kebangsaan dan juga JASA serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNiSZA agar membantu dan terus menyokong dalam usaha membawa KARISMA UNiSZA ke persada yang lebih baik.



6 comments:

  1. Assalamualaikum... Salam 1 Malaysia...


    tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan Karisma Unisza... diatas perlatikan tersebut serta untuk majlis pelancaran dan mesyuarat kali pertama Karisma Unisza.....(^_^)

    (FiDaH, UpM)

    ReplyDelete
  2. terimakasih atas kerjasama dari semua pihak saya ucapkan dan ribuan terimakasih juga kepd ust. Adenan, Abg Aji, dan juga Abg Rizan yang bersusah payah datang jauh..terimaksih..

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat unisza
    walaupun mata tak bertaut,
    lidah tak berkata,
    tangan tak menyapa,
    tapi perkembangan sentiasa diikut,
    tulisan ini sentiasa bersama,
    memberi semangat yang yg tidak pernah lupa,
    sebagai seruan seketika, kini dan selamanya..
    sama-sama kita jadikan,
    karisma sebagai platformnya,
    menjunjung cita-cita agama,bangsa dan negara.
    tahniah sekali saya ucapkan.

    ReplyDelete
  4. tahniah barisan kepimpina unisza..
    apa kabar warga unisza ya?
    mcam mana pengurusan kat sana ea?
    semoga semangat perjuang terus berkekalan...

    ReplyDelete
  5. unisza sentiasa hebat.. trima kasih kpd smua yg sudi membantu dan menyokong karisma unisza..bestnya melihat komen dr kawan2 karisma u lain..kita ni kluarga besar kan.mcm abg aji penah kata kat kem dulu kat kami smua yg karisma ni unik serta mempunyai ribuan saudara dr lain2 universiti. gggggeeempurrrr

    ReplyDelete