Thursday, February 17, 2011

Program Perkampungan Bakti Siswa 1 Malaysia (PERTIWI) di Sungai Air Tawar dan Sabak Bernam pada 8 Januari 2011.

Tahniah diucapkan kepada kesemua ahli-ahli Karisma yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program PERTIWI atau Bina 1 Malaysia (BIMA) yang telah diadakan di DUN Sungai Air Tawar dan Sabak Bernam pada 8 Januari lepas. Ternyata kehadiran ahli-ahli KARISMA telah membuka minda masyarakat setempat mengenai 8 Aspirasi yang terkandung dalam 1 Malaysia. Malam Aspirasi 1 Malaysia pula yang diadakan di Dun Sabak menerima kunjungan masyarakat setempat yang berbilang kaum. Sebelum itu,sejak dari awal pagi masyarakat setempat telah dijamu dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Cabaran Bina 1 Malaysia,Peraduan Teka Bina 1 Malaysia dan pelbagai lagi aktiviti yang telah berjaya merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka. TAHNIAH KARISMARIAN YANG TERLIBAT!














No comments:

Post a Comment