Thursday, February 17, 2011

PERTIWI DUN Kuang dan DUN Taman Templer bersama KARISMA UPM pada 23 Januari 2011.

Segala yang kita nikmati pada hari ini dalam suasana perpaduan yang aman adalah warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita satu ketika dahulu.Jangan sesekali kita robohkan keamanan dan keharmonian negara yang telah dipertahankan sejak sekian lama.Ayuh,sama-sama kita jayakan 1 Malaysia!Sorakan dan misi yang dilaungkan oleh KARISMA UPM apabila menjejakkan kaki disini.

Impaknya ternyata semangat mereka telah berjaya menarik perhatian masyarakat setempat untuk memahami 8 Aspirasi 1Malaysia.Tahniah kepada KARISMA UPM yang dibantu KARISMA UKM,UTEM,UITM Malaysi,MSU/PTPL,UITM Segamat dan UM, yang terlibat dalam menjayakan PERTIWI ini.








Sekali lagi PERTIWI bersama KARISMA UKM di DUN Sungai Burong dan Permatang pada 16 Januari 2011

Hari ini, perkara yang telah menjadikan kita sebuah negara yang unik dan disegani adalah kerana perpaduan yang utuh dalam kalangan kepelbagaian kaum. Perpaduan merupakan senjata utama dalam usaha mempertahankan kesejahteraan negara.

Begitulah yang dirasai dalam program PERTIWI yang telah diadakan di Dun Sg.Burong dan DUN Permatang apabila menerima sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Jelas sekali bahawa masyarakat setempat telah memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang program berlangsung. Pemahaman berkaitan dengan nilai-nilai murni Gagasan 1 Malaysia telah berjaya difahami oleh mereka hasil gigih ahli-ahli KARISMA UKM,UPM,UNIRAZAK dan UITM Malaysia yang bersama-sama turun padang menjayakan program tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan!













PERTIWI di DUN Batang Kali pada 15 Januari 2011 bersama KARISMA UKM

Meriah!Begitulah suasana Malam Aspirasi 1 Malaysia yang telah diadakan di Dun Batang Kali pada malam tersebut. Kehebatan ahli-ahli KARISMA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dibantu juga oleh ahli-ahli KARISMA dari Universiti Putra Malaysia(UPM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan Universiti Teknologi Mara Malaysia (UITM Malaysia) dalam usaha menyebarkan nilai-nilai murni 1 Malaysia di sekitar kawasan berkenaan telah berjaya menghimpunkan ramai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tahniah diucapkan!










Program Perkampungan Bakti Siswa 1 Malaysia (PERTIWI) di Sungai Air Tawar dan Sabak Bernam pada 8 Januari 2011.

Tahniah diucapkan kepada kesemua ahli-ahli Karisma yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program PERTIWI atau Bina 1 Malaysia (BIMA) yang telah diadakan di DUN Sungai Air Tawar dan Sabak Bernam pada 8 Januari lepas. Ternyata kehadiran ahli-ahli KARISMA telah membuka minda masyarakat setempat mengenai 8 Aspirasi yang terkandung dalam 1 Malaysia. Malam Aspirasi 1 Malaysia pula yang diadakan di Dun Sabak menerima kunjungan masyarakat setempat yang berbilang kaum. Sebelum itu,sejak dari awal pagi masyarakat setempat telah dijamu dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Cabaran Bina 1 Malaysia,Peraduan Teka Bina 1 Malaysia dan pelbagai lagi aktiviti yang telah berjaya merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka. TAHNIAH KARISMARIAN YANG TERLIBAT!














Thursday, February 10, 2011

JADUAL PERTIWI 2011 BERSAMA KOMUNITI DI SELANGOR MENGIKUT UNIVERSITI...UPDATING, 17 FEBRUARI 2011..JAM 1430

UNIRAZAK / UM
27 FEBRUARI 2011
PAYA JARAS + KOTA DAMANSARA

???
6 MAC 2011
SEMENYIH

???
12 MAC 2011
IJOK + JERAM + BUKIT JERAM

???
13 MAC 2011
SEMENTA

???
19 MAC 2011
MORIB + SIJANGKANG

???
27 MAC 2011
TAMAN MEDAN + SRI SETIA


* SETIAP PRESIDEN KAMPUS SILA AMBIL PERHATIAN DAN DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DARI EXCO-EXCO KEBANGSAAN TERUTAMA DARI PRESIDEN KEB DAN TIMB PRESIDEN KEB

* ??? = AKAN DIPUTUSKAN KEMUDIAN...TQ!