Sunday, April 17, 2011

KARISMA JAYAKAN MALAM ASPIRASI 1MALAYSIA

Malam Aspirasi 1Malaysia (BIMA) sempena Perkampungan Bakti Siswa 1Malaysia (PERTIWI) Karisma telah diadakan pada 27 Mac 2011 bertempat di flat Desa Mentari, Kelana Jaya, Dewan Undangan Seri Setia Selangor. Program ini merupakan kerjasama bestari antara Kumpulan Rakan Siswa Jasa Malaysia (KARISMA), Jabatan Hal Ehwal Khas JASA dan InstAdd Imageitut Perkembangan Minda (INMIND). Malam Aspirasi 1Malaysia ini telah menghimpunkan seramai 300 orang ahli KARISMA dari Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara Kampus Kuala Pilah, Universiti Teknologi Mara Kampus Segamat, Universiti Teknologi Malaysia Jalan Semarak, Universiti Perguruan Sultan Idris, Management of Science Universiti (MSU), Universiti Tun Abdul Razak dan juga Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Pelbagai program menarik telah dijalankan sepanjang program PERTIWI seperti kaji selidik 1Malaysia yang dijayakan oleh ahli-ahli Karisma, aktiviti ziarah rumah orang kurang upaya dan program khidmat komuniti. Pertandingan explore race dan futsal 1Malaysia juga diadakan sempena PERTIWI yang melibat penyertaan penduduk setempat. Kemuncak program PERTIWI ialah Malam Aspirasi 1Malaysia yang telah dihadiri oleh penduduk setempat. Seramai 3000 penduduk setempat telah hadir memeriahkan majlis. Sempena majlis penutupan ini juga, YBhg. Dato' Fuad Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah JASA telah menerima lintas hormat dari pasukan kawalan kehormatan KARISMA. Malam Aspirasi 1Malaysia telah dimeriahkan dengan persembahan koir 1Malaysia oleh kumpulan koir KARISMA dan pertunjukan bertenaga ahli KARISMA dalam Tempur Tanpa Senjata (TTS). Persembahan diserikan lagi oleh pelawak terkenal Sathiya @ baby face bersama Ali Mamak. Malah pada malam tersebut juga terdapat persembahan tarian kebudayaan oleh ASWARA. Pada malam tersebut, turut diperagakan juga robot khas pelbagai guna KARISMA hasil reka cipta ahli-ahli KARISMA. Kemuncak untuk Malam Aspirasi 1Malaysia merupakan acara cabutan bertuah iaitu hadiah TV LCD 32’ dan hadiah utama sebuah motorsikal. Seramai 200 orang penerima bantuan hadir untuk menerima sumbangan pada malam tersebut. Program ini memberikan impak yang tinggi kepada masyarakat setempat terhadap Gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh pimpinan negara. KARISMA sebagai penghubung masyarakat telah menjalankan tanggungjawab dalam menyebarkan maklumat tentang konsep dan nilai-nilai aspirasi dalam Gagasan 1Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Kumpulan Rakan Siswa Jasa ini telah disambut baik oleh masyarakat setempat.












No comments:

Post a Comment