Thursday, April 21, 2011

KARISMA Mengupas Isu Gerakan Mahasiswa Impilkasi Pilihanraya Kampus

Kumpulan Rakan Siswa Jasa Malaysia (KARISMA) telah mengadakan Program Diskusi : Gerakan Mahasiswa Implikasi Pilihanraya Kampus. Program ini telah diadakan pada 4 Mac 2011 yang lalu bertempat di Pejabat KARISMA, Bangunan Warisan, Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Program ini merupakan forum pertama yang dilangsungkan di pejabat KARISMA yang baru. Program ini akan menjadi perintis untuk program-program diskusi yang lain.

Program diskusi ini diadakan bertujuan untuk mengupas isu semasa mengenai pilihan raya kampus. Sudut diskusi ini juga telah memberikan suatu penjelasan dan penerangan dengan lebih jelas lagi kepada semua tentang penggunaan AUKU serta melihat sejauh mana AUKU memberi kesan terhadap pilihan raya kampusProgram ini telah dihadiri oleh YBhg Datuk Fuad Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Ahli panel bagi program diskusi ini ialah Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Hj Ramlan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia, Encik Khairul Azam Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang merangkap Penganalisis Politik Kampus dan Pengerusi Graduan Melayu Muda dan Encik Mohd Asri bin Zulkifli, Pengerusi Pergerakan Mahasiswa Universiti Malaya.

Dengan adanya program seperti ini, isu-isu berkaitan pilihanraya kampus telah telah dikupas dan dijelaskan dengan lebih lanjut. Daripada program ini, diharapkan agar pelajar lebih mendalami apa itu AUKU dan memahaminya agar tidak lagi timbul isu kenapa dan mengapa AUKU diwujudkan.


Dato Fuad Tan Sri Hassan menyampaikan ucapan pada permulaan majlis.



Sesi penyampaian cenderamata oleh

Dato Fuad Tan Sri Hassan





Ahli panel diskusi

Gerakan Mahasiswa “Implikasi Terhadap Pilihanraya Kampus”



No comments:

Post a Comment