Sunday, August 21, 2011

KARISMA berbuka puasa bersama tun dr mahathir dan datuk mukhriz.


Salam 1 Malaysia.

Pada 20 Ogos 2011, Majlis berbuka puasa bersama Tun Dr. Mahathir dan anaknya Dato' Mukhriz Mahathir telah diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya yang terletak di Presint 8, Putrajaya. Majlis itu dihadiri ramai tetamu VVIP dan memeriahkan majlis secara tidak langsung. Oleh itu, ahli KARISMA telah sama-sama menyemarakkan suasana ceria di majlis itu dan tidak melepaskan peluang untuk bertemu secara langsung dengan Tun Dr. Mahathir dan seisi keluarga.

Ahli Karisma yang dihadiri oleh 15 orang mahasiswa dan mahasiswi IPTA dari UPSI, UITM, UNISZA dan UPM telah berpeluang membuka minda mereka dalam bidang ilmu dan dunia luar dengan segala nasihat dan pendapat bekas Perdanan Menteri kita itu.Program Berbuka Puasa juga didahului dengan BUKA PUASA. Kemudiannya, Solat Maghrib, Isyak dan Berjemaah. Kemudian, sesi beramah mesra dengan Tun turut diadakan.

Alhamdulillah, peluang yang telah diberikan tidak disia-siakan oleh mahasiswa dan mahasiswi IPTA ini. Semoga, kita akan sentiasa akan mencari peluang dan pengalaman yang hebat bersama KARISMA.


Barisan ahli KARISMA bergambar bersama Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali

Sesi bergambar KARISMA bersama pengarah bahagian pembangunan komuniti hal ehwal khas (JASA) Encik Adenan bin Othman dan Tun Dr. Mahathir.

Dengan penuh yakin, presiden kumpulan rakan siswa malaysia (KARISMA) mengajukan soalan mengenai perjuangan mahasiswa pada hari ini seterusnya berkongsi tips kepimpinan bersama beliau.

Masih sempat mencuri ruang untuk bergambar bersama bekas perdana menteri keempat negara malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kehadiran Tun, disambut meriah oleh para tetamu dalam majlis yang lebih kurang 300 orang yang hadir.

Presiden KARISMA sempat bergambar bersama Dato' Mukhriz bin Tun. Dr. Mahathir.

Khazanah sejarah jubah konvokesyen yang pernah digunakan oleh Tun semasa mengambil anugerah-anugerah dan kelulusan yang beliau telah terima.

Barisan Exco Kepimpinan Karisma yang sedang menunggu kehadiran tetamu VVIP di lobi Warisan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.


Warisan kepimpinan perdana inilah tempat menjadi saksi pertemuan dalam
satu majlis berbuka puasa pada 20 ogos bersama Tun Dr mahathir dan anaknya Dato' Mukhriz. .

No comments:

Post a Comment