Wednesday, June 13, 2012

OPKIM SEMARAK KARISMA UiTM SEGAMAT DI FELDA PALONG TIMUR 1



“MAHASISWA BERKARISMA PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA”,   begitulah motto yang dilaung-laungkankan oleh barisan peserta Kumpulan Rakan Siswa  (KARISMA) , UiTM Segamat semasa mengikuti  Program OPKIM SEMARAK dianjurkan oleh KARISMA sendiri dengan kerjasama Pengurusan Felda Palong Timur 1.  Program ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta dengan kehidupan sebenar masyarakat FELDA dan semestinya untuk merapatkan silaturrahim antara ahli KARISMA.  Program ini dilihat sebagai satu medium kepada perkongsian pengetahuan dan pengalaman hidup masyarakat FELDA yang tidak  mungkin dapat diperoleh di sudut meja kuliah.

Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Felda Palong Timur 1, Johor.  Para pelajar yang terlibat seramai 50 orang. Selain itu, jawatankuasa KARISMA yang terlibat juga berpeluang bertukar-tukar pendapat, pandangan dalam konteks kehidupan sebenar  bersama-sama pihak urusetia Felda Palong Timur 1.
Program ini secara keseluruhannya dapat dijayakan dengan baik serta dapat meningkatkan keyakinan diri peserta  dengan pendekatan yang lebih efektif dengan aktiviti kekeluargaan yang dapat memupuk jalinan ukhuwah di kalangan masyarakat seterusnya mematangkan jiwa dan corak pemikiran ahli KARISMA. Setelah mendapat maklum balas dari para peserta, secara keseluruhan semua pelajar berasa berat hati dan pilu apabila terpaksa berpisah dengan keluarga angkat masing-masing.  Justeru, kita melihat objektif dan matlamat program ini telah tercapai apabila rata-rata masyarakat FELDA memberi maklum balas positif termasuk ahli-ahli KARISMA sendiri.















KARISMA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Opkim Semarak ini.  Laungan ‘Mahasiswa Berkarisma Pewaris Kepimpinan Negara’ kini telah terpahat di jiwa setiap KARISMA yang telibat dengan program ini.

Rakan Siswa Sentiasa Bersamamu!

No comments:

Post a Comment