Thursday, June 14, 2012

MAJLIS HIMPUNAN KEPIMPINAN KARISMA BERSAMA KETUA PENGARAH JASA


   
Sememangnya saat ini sangat ditunggu-tunggu oleh KARISMArian khususnya pucuk pimpinan tertinggi.  Berbicara mengenai isu-isu berbangkit serta penjelasan yang sahih, slot bersama Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Dato' Fuad Bin Tan Sri Haji Hassan dimanfaatkan sepenuhnya oleh KARISMA agar kepimpinan mereka dapat dibentuk oleh 'sifu' yang sememangnya adalah salah seorang tokoh yang menjadi tunjang kepada negara tika ini.



'Berpakaian santai agar KARISMArian berasa lebih dekat dengan beliau'



KARISMArian tekun mendengar amanat daripada Ayahanda KARISMA





Sesi Dialog antara Ketua Pengarah JASA dan KARISMArian




'memandang masa depan pada pimpinan generasi muda'



Presiden Kebangsaan KARISMA menyampaikan cenderahati sebaagai tanda penghargaan 



 Bersama Ayahanda KARISMArian..Terima Kasih!

HARI INTERAKTIF KARISMA UPSI

Adalah amat penting agar keakraban dan sikap saling kenal mengenali sesama kita khususnya ahli KARISMA sentiasa dipupuk supaya ia bertambah teguh dalam satu ikatan kasih sayang dan tulus ikhlas. Masa yang diluangkan bersama pada Hari Interaktif KARISMA ini adalah merupakan satu pelaburan yang amat penting demi memastikan kemesraan dan jalinan di antara ahli-ahli kita pada masa akan datang sentiasa utuh dan tidak akan putus buat selama-lamanya.

















KARISMA COoL!

Wednesday, June 13, 2012

OPKIM SEMARAK KARISMA UiTM SEGAMAT DI FELDA PALONG TIMUR 1



“MAHASISWA BERKARISMA PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA”,   begitulah motto yang dilaung-laungkankan oleh barisan peserta Kumpulan Rakan Siswa  (KARISMA) , UiTM Segamat semasa mengikuti  Program OPKIM SEMARAK dianjurkan oleh KARISMA sendiri dengan kerjasama Pengurusan Felda Palong Timur 1.  Program ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta dengan kehidupan sebenar masyarakat FELDA dan semestinya untuk merapatkan silaturrahim antara ahli KARISMA.  Program ini dilihat sebagai satu medium kepada perkongsian pengetahuan dan pengalaman hidup masyarakat FELDA yang tidak  mungkin dapat diperoleh di sudut meja kuliah.

Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Felda Palong Timur 1, Johor.  Para pelajar yang terlibat seramai 50 orang. Selain itu, jawatankuasa KARISMA yang terlibat juga berpeluang bertukar-tukar pendapat, pandangan dalam konteks kehidupan sebenar  bersama-sama pihak urusetia Felda Palong Timur 1.
Program ini secara keseluruhannya dapat dijayakan dengan baik serta dapat meningkatkan keyakinan diri peserta  dengan pendekatan yang lebih efektif dengan aktiviti kekeluargaan yang dapat memupuk jalinan ukhuwah di kalangan masyarakat seterusnya mematangkan jiwa dan corak pemikiran ahli KARISMA. Setelah mendapat maklum balas dari para peserta, secara keseluruhan semua pelajar berasa berat hati dan pilu apabila terpaksa berpisah dengan keluarga angkat masing-masing.  Justeru, kita melihat objektif dan matlamat program ini telah tercapai apabila rata-rata masyarakat FELDA memberi maklum balas positif termasuk ahli-ahli KARISMA sendiri.















KARISMA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Opkim Semarak ini.  Laungan ‘Mahasiswa Berkarisma Pewaris Kepimpinan Negara’ kini telah terpahat di jiwa setiap KARISMA yang telibat dengan program ini.

Rakan Siswa Sentiasa Bersamamu!

PROGRAM HARI KELUARGA KARISMA DAN PELANCARAN KELAB KARISMA UiTM KUALA PILAH


          
     Program Hari Keluarga KARISMA merupakan salah satu daripada aktiviti dalam universiti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua golongan pelajar di dalam Kumpulan Rakan Siswa JASA (KARISMA) di UiTM Negeri Sembilan. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah platform kepada semangat setia kawan dan muhibbah antara mahasiswa. 

    Pengarah Program, Mohd. Syaifullah bin Mohd Pini berkata program seperti ini telah memberi impak secara terus kepada para peserta yang terlibat terutama pada AJK Pelaksana kerana hanya melalui aktiviti yang santai, karismarian dapat berkenalan dengan lebih dekat tanpa memerlukan masa yang panjang, katanya ketika di temuramah.

Sekitar di Program...









Rakan Siswa Hebat!