





TEAM KARISMA UKM
Birthday girl- ShafilaHEBAT DAN MEMBANGGAKAN....Tahniah dan syabas kepada Team Karisma UKM kerana turut bersama-sama dengan pihak Kolej Ungku Omar UKM menjayakan majlis tersebut. Seramai 400 orang hadir dan hampir kesemua ahli Team Karisma UKM berhimpun untuk menghayati bacaan sajak dengan nilai patriotik yang tinggi. Antara pendeklamatornya adalah Ustaz Tahar, Ustaz Adenan, Abg Aji, Prof. Madya Dr. Shamsul Adabi, Ust. Hj. Wan Adam dan lain-lain lagi. Atas kesempatan itu jugak, bagi menggemparkan lagi suasana malam tersebut, semua ahli Team Karisma UKM berkesempatan naik ke atas pentas untuk bersama-sama dengan Abg Aji bagi menyanyikan lagu tema KARISMA- Warisan dan menunjukkan formasi Gempur kepada sekalian hadirin yang hadir. Sebagai kemuncaknya, Pengarah Unit Gerak Saraf JASA, Ustaz Taharudin Yacob telah menyerahkan 20 Jalur Gemilang kepada Pengetua Kolej Ungku Omar UKM. Majlis yang selesai tepat jam 12 malam dikejutkan lagi dengan kek hari jadi yang dibawa oleh Komander Dexel (Sdr. Hafiz Tahar) bersama fasilitator yang lain bagi menyambut ulangtahun kelahiran ke 20 adik Shafila Saparudin iaitu salah seorang dari ahli Team Karisma UKM.