Tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia disifatkan sebagai satu langkah yang kurang bijak. Jika dilihat sebelum ini pada ketika 1Malaysia diutarakan, kerajaan PR mendakwa tentang konsep 1Malaysia ini seolah-olah ditiru daripada konsep Malaysian Malaysia yang diperkenalkan oleh DAP yang membawa konsep kesamarataan.
Namun apabila usaha berterusan untuk memperkenalkan dan memahamkan serta menerapkan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan disambut baik oleh masyarakat, ia dilihat menggugat politik mereka lantas melatah dengan menolak konsep tersebut.
Baru-baru ini Ketua Pembangkang serta beberapa kepimpinan pakatan pembangkang digantung daripada persidangan dewan rakyat akibat tuduhan tidak berasas kepada konsep 1Malaysia. Tindakan itu memakan diri mereka sendiri malah tidak kena pada tempatnya.
Dewan Rakyat merupakan dewan yang dianggap sebagai dewan yang mulia. Oleh itu sebarang tuduhan yang berunsur fitnah atau pembohongan dianggap sebagai sebuah kesalahan yang besar.
Pertuduhan yang mengaitkan 1Malaysia dengan 1Israel ini dinafikan sendiri oleh pihak Apco Worldwide. Dengan itu terbuktilah pertuduhan tersebut jelas sekali tidak disusuli dengan fakta yang benar dan jelas.
Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri selaku pengasas konsep 1Malaysia menekankan bahawa ia adalah ciptaan kita sendiri, bukanlah diciplak dari mana-mana tempat/negara sekalipun.
Kami selaku Mahasiswa yang aktif dengan Kumpulan Rakan Siswa (Karisma), tidak nampak dimana silapnya konsep 1Malaysia ini.
Secara ringkasnya, 1Malaysia membawa penekanan kepada perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa aspek utama dan nilai untuk menjadi amalan setiap rakyat dalam sama-sama membangunkan negara.
Namun kerajaan negeri Selangor tetap tidak mahu menerima gagasan ini, dengan alasan ia diasaskan oleh Kerajaan Persekutuan.
Apa yang membuatkan tindakan pengharaman logo 1Malaysia ini dilihat sebagai tindakan kurang bijak adalah kerana ia mendatangkan sedikit sebanyak masalah bagi penduduk di negeri industri itu sendiri.
Sebilangan besar penduduk Selangor telah menerima konsep tersebut, ada yang telah merangka aktiviti/program dengan bertemakan 1Malaysia, logo sudah pastinya selari dengan tema, ini akan membantutkan usaha mereka untuk membuat aktiviti.
Ada juga peniaga yang menggunakan logo berkonsepkan 1Malaysia sebagai duta perniagaannya, namun pengharaman ini telah menyulitkan peniaga tersebut. Pemilik premis berkenaan telah membuat kenyataan bahawa perniagaannya merupakan perniagaan individu, janganlah sampai diheret ke kancah politik pula.
Kasihan peniaga tersebut. Kelak, apabila klinik 1Malaysia juga ingin dibawa ke Selangor, pasti mengundang masalah. Klinik 1Malaysia memberikan hak kepada rakyat, bagaimana usaha untuk kemudahan rakyat ini dapat dilaksanakan jika terdapat halangan sebegini?
Maka, Kerajaan Negeri Selangor diseru supaya dapat menimbang dan menarik balik pengharaman tersebut kerana ia jelas mendatangkan kesulitan kepada banyak pihak.
Selaku mahasiswa, kami menghormati pemimpin Kerajaan Negeri Selangor, benar juga Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai hak untuk melaksanakan pengharaman tersebut. Akan tetapi, sedarlah bahawa ia pasti akan memakan diri kerana pengharaman ini merupakan satu bentuk 'penyiksaan' terhadap rakyat.
Kumpulan Rakan Siswa merupakan gerakan mahasiswa/mahasiswi yang dianggotai oleh wakil dari 19 buah IPTA/IPTS seluruh Malaysia. Karisma menegaskan bahawa kami bukan ingin menjadi pengampu Kerajaan Persekutuan, tetapi jelas bahawa konsep 1Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk dipraktikkan.
MOHAMAD UZAIR B. HJ MOHD NOR RASHID
NAIB PRESIDEN 1, HAL EHWAL PERHUBUNGAN PUSAT (JASA)
24 DISEMBER 2010, UTUSAN MALAYSIA
Setinggi2 tahniah diucapkan kepada saudara UZAIR. Diharap ahli-ahli KARISMA akan sentiasa peka dan tidak leka dengan isu-isu semasa yang memerlukan pandanngan dan suara mahasiswa khususnya suara KARISMA!
ReplyDeleteikhlas, aini
JASA DAN INMIND MERAKAMKAN PENGHARGAAN SYABAS ATAS PENULISAN ARTIKEL YANG TEGAS DAN BERPRINSIP OLEH KARISMA BERHUBUNG ISU PENGHARAMAN LOGO 1 MALAYSIA DI SELANGOR...
ReplyDeleteTAHNIAH SEKALI LAGI DI UCAPKAN KEPADA SAUDARA UZAIR!
SYABAS KARISMA ATAS USAHA YANG DILAKUKAN....
ReplyDeletesyabas UzEY....
ReplyDelete