Wednesday, December 29, 2010

Larangan PKR Tidak Wajar


Tindakan kerajaan PKR Selangor mengeluarkan arahan pengharaman penggunaan logo 1Malaysia di premis perniagaan di seluruh negeri itu mendapat reaksi yang pelbagai termasuk dari Kumpulan Rakan Siswa Malaysia(Karisma).

Larangan yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor ini dikhaskan kepada iklan dan kain rentang itu telah mencetuskan perasaan tidak senang dalam kalangan mahasiswa universiti tempatan.

Presiden Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (Karisma), Abu Na'im Bakri dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia berkata, pihaknya mewakili semua Kelab Karisma dari 22 universiti awam dan swasta seluruh Malaysia menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan tersebut. Hal ini kerana semangat 1Malaysia bukan sahaja telah memupuk keharmonian dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa, malah masyarakat luar turut menyedari kepentingan semangat 1Malaysia.

Beliau melihat tindakan kerajaan negeri Selangor ini lebih bermotifkan politik. Demi kepentingan politik singkat pakatan pembangkang di Selangor, mereka sanggup memperjudikan nilai keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia hari ini dan generasi akan datang.

Walaupun menyedari gagasan 1Malaysia merupakan pendekatan terbaik yang dibawa oleh barisan kepimpinan negara dalam mewujudkan perpaduan rakyat pelbagai kaum, namun kerana perbezaan ideologi politik maka gagasan itu ditolak tanpa alasan yang munasabah.

"Gagasan itu diwujudkan bagi melahirkan kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya berusaha memahami dan menerapkan kefahaman ini ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat," katanya.

Gagasan 1Malaysia merupakan pendekatan perpaduan tanpa memihak kepada sesuatu kumpulan agama atau bangsa tertentu. Ia menerapkan konsep penerimaan dan juga kesaksamaan. Gagasan 1Malaysia merupakan ikon terbaik kerana mencerminkan nilai-nilai aspirasi yang menjadi platform kepada negara untuk mencapai wawasan negara maju.

Abu Na'im berpendapat, gagasan itu adalah baik kerana ia tidak membezakan apa juga fahaman politik, tidak membuat perbandingan antara kaum, keturunan serta agama.

Justeru, katanya, semestinya semua pihak perlu bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan gagasan 1Malaysia itu.

Menurutnya, nilai-nilai aspirasi yang terdapat dalam konsep 1Malaysia iaitu Budaya Berprestasi Tinggi, Budaya Inovasi, Budaya Ketepatan, Budaya Ilmu, Kebijaksanaan, Kesetiaan, Ketabahan dan Integriti telah berjaya menjadi model penyatuan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

"Timbulnya isu pengharaman logo 1Malaysia ini adalah berpunca daripada perasaan pihak pembangkang yang tidak suka akan perpaduan yang telah sekian lama menapak dalam sanubari rakyat negara kita.

"Pihak pembangkang juga gentar dengan konsep dan gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri. Justeru itu, pimpinan pembangkang mengambil tindakan untuk memutarbelitkan isu perpaduan ini," tambahnya.


28 DISEMBER 2010, UTUSAN MALAYSIA

Tuesday, December 28, 2010

Kembalikan Maruah Bola Sepak






Sekalung tahniah diatas kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan yang telah berjaya membenam skuad bola sepak dari negara jiran iaitu Indonesia dengan 3-0, jumlah jaringan yang disifatkan sebagai 'garang' pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ahad 26 Disember lalu.

Secara tidak langsung, sebelah kaki telah membawa Malaysia sebagai juara Piala Suzuki AFF 2010. Persoalan menang atau kalah di Gelora Bung Karno bagi saya sudah menjadi perkara kedua.

Apa yang dilihat lebih penting ialah semangat dan daya juang yang tinggi meyakinkan saya bahawa maruah bola sepak negara kembali gah.Ditambah pula dengan semangat 1 Malaysia yang jelas terpancar dalam skuad bola sepak negara.

Apa tidaknya, selain dari barisan pemain yang mempunyai kesefahaman dan keserasian yang jitu, di barisan pengurusan pula ternampak jelas apabila ledakan gol di gawang lawan,aksi spontan K.Rajagopal, Dato' Subahan Kamal dan pembantu jurulatih berpelukan sambil melompat kegembiraan meraikan jaringan tersebut.

Aksi ini mengimbau kembali ingatan saya ketika era kegemilangan bola sepak negara sewaktu zaman Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh singh dan R.Arumugam yang beraksi cemerlang suatu masa dahulu.

Sekiranya semangat 1 Malaysia ini boleh diaktifkan dalam sukan termasuklah di padang perlawanan bola sepak, mengapa tidak ia disemarakkan dalam diri dan jiwa rakyat Malaysia?

Kami di Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) berasa bangga dengan skuad kebangsaan. Malah kami melihat sendiri secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil persembahan hebat dan bertenaga oleh anak didik K.Rajagopal sepanjang 90 minit perlawanan dilangsungkan.

Jadikanlah skuad kebangsaan dan pihak pengurusannya sebagai ikon semangat 1 Malaysia kerana ia menjadi kebanggaan segenap lapisan rakyat Malaysia.

Sekalung tahniah untuk Sultan Pahang, Sultan Haji Ahamad Shah, yang sanggup mencemar duli turun ke padang untuk memastikan tindakan tegas diambil berhubung gelagat segelintir penyokong yang menggunakan pancaran laser.

Gelagat ini tidak sepatutnya berlaku. Malah cara ini langsung tidak sihat dalam kita ingin meningkatkan mutu sukan bola sepak negara.

Dalam masa yang sama, kawalan emosi para pemain yang baik serta ketenangan jurulatih K.Rajagopal yang sentiasa tersenyum serta memberi isyarat positif dalam meyakinkan pengadil berhubung insiden itu membuatkan pengadil utama dari jepun,Toma Masaaki yang bertugas memberi respon baik dan beberapa minit kemudian perlawanan diteruskan semula.

Syabas dan tahniah juga buat penyokong yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil malam itu yang tidak mengenal erti penat lelah dalam memberikan sokongan kepada para pemain negara.

Inilah sikap yang perlu dicontohi oleh sekalian penyokong malah rakyat Malaysia. Semangat 1Malaysia dengan salah satu daripada 8 nilai iaitu Budaya Berprestasi Tinggi perlu ada dalam diri setiap rakyat Malaysia keseluruhannya.

Apa yang lebih membanggakan lagi, jika ingin dibandingkan K.Rajagopal dengan jurulatih Indonesia yang berasal dari Austria, Afred Riedl dan jurulatih Vietnam, Henrique Callisto yang merupakan anak kelahiran Portugal itu, membuktikan bahawa anak Malaysia mampu melakukan yang terbaik.

Jika Datuk Misbun Sidek menerima gelaran Datuk kerana kesungguhan beliau mendidik Dato' Lee Chong Wei, mengapa tidak pingat ini diberikan juga kepada jurulatih skuad kebangsaan K.Rajagopal walaupun kejayaan Malaysia mungkin ada yang beranggapan masih sedikit.

Tetapi bagi kami generasi muda khususnya warga KARISMA yang terdiri daripada 19 buah IPTA/IPTS seluruh Malaysia melihatkan ia adalah permulaan yang sangat baik. Kegemilangan bola sepak negara telah menyatukan rakyat Malaysia untuk berbangga dengan apa yang skuad Harimau telah tunjukkan.

Airmata kegembiraan yang jelas kelihatan di wajah para penyokong Malaysia pada malam itu jelas membuktikan betapa besarnya kebanggaan mereka kepada skuad negara.

Sekalung doa menjadi iringan untuk Skuad Kebangsaan. Semoga perlawanan akhir kedua di Jakarta malam esok menjadi medan terbaik untuk Malaysia membuktikan kemampuannya.
Malaysia Boleh!


28 DISEMBER 2010, UTUSAN MALAYSIA

Tindakan Kurang Bijak Haram Logo 1Malaysia


Tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia disifatkan sebagai satu langkah yang kurang bijak. Jika dilihat sebelum ini pada ketika 1Malaysia diutarakan, kerajaan PR mendakwa tentang konsep 1Malaysia ini seolah-olah ditiru daripada konsep Malaysian Malaysia yang diperkenalkan oleh DAP yang membawa konsep kesamarataan.

Namun apabila usaha berterusan untuk memperkenalkan dan memahamkan serta menerapkan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan disambut baik oleh masyarakat, ia dilihat menggugat politik mereka lantas melatah dengan menolak konsep tersebut.

Baru-baru ini Ketua Pembangkang serta beberapa kepimpinan pakatan pembangkang digantung daripada persidangan dewan rakyat akibat tuduhan tidak berasas kepada konsep 1Malaysia. Tindakan itu memakan diri mereka sendiri malah tidak kena pada tempatnya.

Dewan Rakyat merupakan dewan yang dianggap sebagai dewan yang mulia. Oleh itu sebarang tuduhan yang berunsur fitnah atau pembohongan dianggap sebagai sebuah kesalahan yang besar.

Pertuduhan yang mengaitkan 1Malaysia dengan 1Israel ini dinafikan sendiri oleh pihak Apco Worldwide. Dengan itu terbuktilah pertuduhan tersebut jelas sekali tidak disusuli dengan fakta yang benar dan jelas.

Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri selaku pengasas konsep 1Malaysia menekankan bahawa ia adalah ciptaan kita sendiri, bukanlah diciplak dari mana-mana tempat/negara sekalipun.

Kami selaku Mahasiswa yang aktif dengan Kumpulan Rakan Siswa (Karisma), tidak nampak dimana silapnya konsep 1Malaysia ini.

Secara ringkasnya, 1Malaysia membawa penekanan kepada perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa aspek utama dan nilai untuk menjadi amalan setiap rakyat dalam sama-sama membangunkan negara.

Namun kerajaan negeri Selangor tetap tidak mahu menerima gagasan ini, dengan alasan ia diasaskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Apa yang membuatkan tindakan pengharaman logo 1Malaysia ini dilihat sebagai tindakan kurang bijak adalah kerana ia mendatangkan sedikit sebanyak masalah bagi penduduk di negeri industri itu sendiri.

Sebilangan besar penduduk Selangor telah menerima konsep tersebut, ada yang telah merangka aktiviti/program dengan bertemakan 1Malaysia, logo sudah pastinya selari dengan tema, ini akan membantutkan usaha mereka untuk membuat aktiviti.

Ada juga peniaga yang menggunakan logo berkonsepkan 1Malaysia sebagai duta perniagaannya, namun pengharaman ini telah menyulitkan peniaga tersebut. Pemilik premis berkenaan telah membuat kenyataan bahawa perniagaannya merupakan perniagaan individu, janganlah sampai diheret ke kancah politik pula.

Kasihan peniaga tersebut. Kelak, apabila klinik 1Malaysia juga ingin dibawa ke Selangor, pasti mengundang masalah. Klinik 1Malaysia memberikan hak kepada rakyat, bagaimana usaha untuk kemudahan rakyat ini dapat dilaksanakan jika terdapat halangan sebegini?

Maka, Kerajaan Negeri Selangor diseru supaya dapat menimbang dan menarik balik pengharaman tersebut kerana ia jelas mendatangkan kesulitan kepada banyak pihak.

Selaku mahasiswa, kami menghormati pemimpin Kerajaan Negeri Selangor, benar juga Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai hak untuk melaksanakan pengharaman tersebut. Akan tetapi, sedarlah bahawa ia pasti akan memakan diri kerana pengharaman ini merupakan satu bentuk 'penyiksaan' terhadap rakyat.

Kumpulan Rakan Siswa merupakan gerakan mahasiswa/mahasiswi yang dianggotai oleh wakil dari 19 buah IPTA/IPTS seluruh Malaysia. Karisma menegaskan bahawa kami bukan ingin menjadi pengampu Kerajaan Persekutuan, tetapi jelas bahawa konsep 1Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk dipraktikkan.


MOHAMAD UZAIR B. HJ MOHD NOR RASHID

NAIB PRESIDEN 1, HAL EHWAL PERHUBUNGAN PUSAT (JASA)


24 DISEMBER 2010, UTUSAN MALAYSIA

Wednesday, December 22, 2010

JADUAL PERTIWI 2011 BERSAMA KOMUNITI DI SELANGOR MENGIKUT UNIVERSITI

EXCO KEBANGSAAN KARISMA

8 - 9 JANUARI 2011

SABAK BERNAM + SG BESAR


UKM

15 - 16 JANUARI 2011

HULU SELANGOR + TANJUNG KARANG


UPM

22 - 23 JANUARI 2011

KUALA SELANGOR + SELAYANG


UITM SEGAMAT, JOHOR

29 - 30 JANUARI 2011

GOMBAK + AMPANG


UMP

5 - 6 FEBRUARI 2011

PANDAN + HULU LANGAT


UTEM

12 - 13 FEBRUARI 2011

SERDANG + PUCHONG


MSU/PTPL/UNIRAZAK

19 - 20, 26-27 FEBRUARI 2011

KELANA JAYA + PETALING JAYA SELATAN+PETALING JAYA UTARA, SUBANG


UITM MALAYSIA

5 - 6 MAC 2011

SHAH ALAM + KAPAR


UM/UPSI

12 - 13 MAC 2011

KLANG + KOTA RAJA


UITM MALAYSIA, UITM SEGAMAT, UITM NEGERI SEMBILAN

19 DAN 26 MAC 2011

KUALA LANGAT+SEPANG


* SETIAP PRESIDEN KAMPUS SILA AMBIL PERHATIAN DAN DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DARI EXCO-EXCO KEBANGSAAN TERUTAMA DARI PRESIDEN KEB DAN TIMB PRES KEB




"Mahasiswa berKARISMA pewaris kepimpinan negara"

Wednesday, December 15, 2010

BARISAN PIMPINAN KEBANGSAAN KARISMA JASA

Ø PENAUNG KEHORMAT : MENTERI KPKK

Ø PENAUNG : KETUA PENGARAH JASA

Ø MAJLIS PENASIHAT :

Ø PENASIHAT : PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN JASA

Ø PRESIDEN : ABU NA’IM BIN BAKRI (UPM)

Ø TIMBALAN PRESIDEN : NURUL ‘AINI MUSLIM BT EDY MUSLIM (UITM PUNCAK ALAM)

Ø NAIB PRESIDEN :

o NAIB PRESIDEN 1 : HAL EHWAL PERHUBUNGAN PUSAT (JASA) : MOHAMAD UZAIR B. HJ MOHD NOR RASHID (UITM S.ALAM)

o NAIB PRESIDEN 2 : HAL EHWAL SISWI : NURUL SUHAIDA BT ABDUL RAHIM (UPSI)

o NAIB PRESIDEN 3 : HAL EHWAL SISWA / SIG : MOHAMAD DHIYAUDDIN B. ABD AZIZ (UM)

Ø SETIAUSAHA AGONG : SHAFIDAH BT SAAD (UPM)

Ø PEN. SETIAUSAHA AGONG I : SARAH IDHA NAWAWI (UM)

Ø PEN. SETIUSAHA AGONG II : NURKAHIRIAH BT YUSOF (UNIMAP)

Ø BENDAHARI KEHORMAT : NUR IYLIA AIMI BT MOHD NOR (UKM)

Ø PEN BEDAHARI KEHORMAT : AZFFAR ALIF B. KAMALUL AZMI (UUM)

Ø SETIAUSAHA KERJA : NOR HIDAYAD B ABDULLAH (UITM JOHOR)

Ø PEN. SETIUSAHA KERJA (PSUK I) : NUR ATIKAH BT ABDUL RAZAK (UTM)

Ø PEN. SETIAUSAHA KERJA II (PSUK II) : FARAH FARHANA ABD RAZAK (UPM)

Ø EXCO LATIHAN DAN KEPIMPINAN : AHMAD AMZAR B. SULAIMAN (UITM PUNCAK ALAM)

Ø TIMB EXCO LATIHAN DAN KEPIMPINAN : MUNIRAH NAJIHAH BT SHAARI (UIA)

Ø EXCO PELAKSANA PROGRAM TERAS KERAJAAN (PPTK) : MOHD AZUAN B. ZAINUDDIN (UNIRAZAK)

Ø TIM EXCO PPTK : NURUL HIDAYAH BINTI NAWAI (UITM SHAH ALAM)

Ø EXCO KEUSAHAWANAN : NADHIRAH BT NASIR (UIA)

Ø TIMB EXCO KEUSAHAWANAN : SULAIMAN B. MOHAMAD TAIB (UITM KUALA PILAH)

Ø EXCO PENDIDIKAN : SYAMIR ALIHAN B SHOWKAT ALI (UNIMAP)

Ø TIMB EXCO PENDIDIKAN : AGLIMAH AZAIERAH BT MOHD SOBRI (UITM JOHOR)

Ø EXCO ICT DAN MULTIMEDIA : MILERIE LANE M ASINTI (UNIRAZAK)

Ø TIMB EXCO ICT DAN MULTIMEDIA : MOHD FAHAIMI BIN ISHAK (LKW)

Ø EXCO PENERANGAN DAN PUBLISITI : NOR HIDAYAH BT SAIFUDDIN (UMP)

Ø TIMB EXCO PENERANGAN DAN PUBLISITI : WAN MOHD FARIS B. WAN MOHD ZAKRI (UKM)

Ø EXCO PERHUBUNGAN ANTARABANGSA : AHMAD NUR SIDDIQ B. ADLAN (UTEM)

Ø TIMB EXCO PERHUBUNGAN ANTARABANGSA : NURUL SAFIAH HAMIZAH BT SUHAIMI (UITM KUALA PILAH)

Ø EXCO KEAHLIAN DAN ALUMNI : MUHAMMAD MARZUQI B. ZAINAL ADLAN (UNISZA)

Ø TIMB EXCO KEAHLIAN DAN ALUMNI : FARAH NOR ANISA BT ROSLI (UUM)

Ø EXCO KEROHANIAN : MOHD FAUZIE B. MANDO (UPSI)

Ø TIMB EXCO KEROHANIAN : NANI IZREEN BT MOHD SANI (UM)

Ø EXCO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN : NIK AHMAD NADZERI FATHI (UIAM)

Ø TIMB EXCO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN : NOOR SHAFEENA BT ISMAIL (MSU-PTPL)

Ø EXCO SUKAN DAN REKREASI : MUHAMAD REZAA B.ZAINAL ARIFFIN (MSU-PTPL)

Ø TIMB EXCO SUKAN DAN REKREASI : NASRUL SYAWAL BIN SOOPAR (UMP)

Ø EXCO KEBAJIKAN DAN KESUKARELAWAN : AMEERA NADIA BT MOHD SHAFIEE (USM)

Ø TIMB EXCO KEBAJIKAN DAN KESUKARELAWAN : MOHAMAD ZAMANI B. RAMLY (UMK)

Ø EXCO PERPADUAN DAN INTEGRASI KAUM : GOH HUI KONG (UMK)

Ø TIMB EXCO PERPADUAN INTEGRASI KAUM : MURVIN SINGH (UNIMAP)

Ø EXCO PROFESIONAL MUDA & NGOS : NOR HAMIZAH BT JOHARI (UNISZA)

Ø TIMB EXCO PROFESIONAL MUDA & NGOS : KHAIRUL NABILAH BT ARIFFIN (UTEM)

Ø EXCO TUGAS-TUGAS KHAS : IQBAL (UTM)

Ø TIMB EXCO TUGAS-TUGAS KHAS : HAIRUL AZWAN BIN SAAD (USM)

Ø EXCO GENERASI KEDUA : MOHD AZMERRUDDIN B. ABDULLAH (UKM)

Ø TIMB EXCO GENERASI KEDUA : IVAN JUKSUAN (UNIMAP)

*** SEMUA JAWATAN & ROMBAKAN ADALAH DIPUTUSKAN OLEH MAJLIS PENASIHAT***

Tuesday, December 14, 2010

PROGRAM KEM PENGUKUHAN BINA BANGSA & TOT FASILITATOR 1 MALAYSIA
















Program Kem Pengukuhan Bina Bangsa dan TOT Fasilitator 1 Malaysia ini dianjurkan oleh pimpinan KARISMA Kebangsaan, Jabatan Hal Ehwal Khas, dan INMIND. Program ini telah diadakan pada 8 hingga 11 Disember 2010 di Kem Bumi Jati, Selangor. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu kehormat kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pengalaman dalam usaha untuk melahirkan pemimpin masa depan. Program Perkampungan Bakti Siswa 1 Malaysia KARISMA (PERTIWI) di Kg. Sabak Bernam telah memberi impak yang mendalam kepada penduduk setempat. Ini kerana kehadiran KARISMA telah disedari oleh penduduk sebagai salah satu perantara dalam memahami konsep gagasan 1 Malaysia. Presiden KARISMA Kebangsaan berkata melalui program ini kita dapat melatih mahasiswa agar berilmu, berbudaya, dan mempunyai cita-cita tinggi selari dengan 8 nilai aspirasi 1 Malaysia. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program kali ini.