Tuesday, August 16, 2011

SKM Photography Contest Disambut meriah!





Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.


Community Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) telah mengadakan satu pertandingan fotografi yang bertemakan ' Keharmonian dan Keamanan Malaysia' dan tarikh akhir penyertaan karya adalah pada 7 Ogos 2011 lalu. Program ini telah berjaya menarik minat seramai 170 peserta yang menghantar gambar-gambar yang mempunyai nilai estetika tersendiri dan mempunyai kepelbagaian cerita dalam menyampaikan mesej yang bertemakan ' KEHARMONIAN dan KEAMANAN MALAYSIA'. Proses pengundian telah bermula pada 8 Ogos 2011 dan bermulalah pengundian melalui menekan butang 'like'. Syabas kepada saudara Hidayat dan Ahmad Amzar yang telah bertungkus-lumus untuk mempromosikan pertandingan ini. Selain itu, usaha para peserta juga menunjukkan bahawa mahasiswa masih mampu untuk terlibat dalam aktiviti yang melahirkan rasa cinta akan negara.

Setakat ini, undian paling tinggi jatuh kepada Mohamad Lokman bin Hashim dengan 1328 undian buat masa ini, tempat kedua dirangkul oleh Mohamad Jazlan bin Johari dengan undian 1279. Tahniah buat mereka pada masa ini, teruskan usaha untuk menjuarai pertandingan ini. Walaubagaimanapun, karya-karya semua perserta memang sangat hebat dan menunjukkan keharmonian dan keamanan Malaysia. Oleh itu, menang atau kalah bukan ukuran kerana penyertaan itu telah menunjukkan cinta anda kepada negara memang patut dipuji. Terima kasih kepada peserta yang telah menyertai pertandingan ini. Tahniah juga kepada Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) yang telah menganjurkan pertandingan ini.

Akhir kata, teruskan mengundi dan sokonglah yang terbaik!! Sebelum itu, mari kita lihat syarat-syarat pertandingan Photo Keamanan ini. Terima Kasih juga kepada yang telah mengundi karya-karya itu. Undi anda amat berharga. Jadi, teruskan mengundi dan sokonglah mereka.


Pertandingan Photo Keamanan




Tema : Malaysia Harmoni dan Aman
Anjuran : Suara Keamanan Mahasiswa (SKM)

Syarat Pertandingan

1. Pertandingan adalah TERBUKA kepada semua rakyat Malaysia.

2. Penyertaan adalah PERCUMA.

3.Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital atau analog termasuk kamera telefon bimbit.

4. Segala kos yang terlibat dalam menyertai pertandingan ini adalah ditanggung sendiri oleh peserta.

5. Karya foto mestilah dihantar dengan menggunakan FORMAT JPEG/JPG atau PNG Saiz gambar mestilah tidak melebihi 640 x 480 pixels.

6. Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah karya asli oleh peserta.

7. Suntingan atau ubahsuai minima seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan sharpening terhadap foto menggunakan sebarang perisian computer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs dan gambar dimanipulasi adalah TIDAK DIBENARKAN.

8. Huraian mengenai foto mestilah disertakan dan tidak melebihi 10 patah perkataan.

9. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu (1) foto dalam setiap penyertaan kerana hanya satu (1) hadiah sahaja boleh dimenangi bagi setiap penyertaan tersebut.

10. Setiap foto yang dihantar bagi tujuan pertandingan akan menjadi hak milik pihak penganjur dan peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan foto tersebut pada pertandingan lain.

11. Pihak penganjur juga berhak untuk menentukan samada gambar yang dihantar layak untuk bertanding atau tidak.

Tarikh Tutup Penyertaan

1. Semua penyertaan boleh di e-mail kepada urusetia bermula 24 JULAI 2011 hingga 7 OGOS 2011. Tempoh proses undian “LIKE” bermula 8 OGOS 2011 hingga 22 OGOS 2011.
2. Karya foto boleh di e-mail kepada:
skm.mastercontest@gmail.co​m bersama dengan butiran diri berikut:
(nama,kad pengenalan, alamat & no.tel)

Hadiah

1. Hadiah berupa wang tunai akan dimasukan ke dalam akaun pemenang, selewat-lewatnya seminggu selepas keputusan di umumkan.

Johan : Wang Tunai RM 300 + Hadiah Sampingan
N.Johan : Wang Tunai RM 200
Ketiga : Wang Tunai RM 100
5x hadiah saguhati : RM 50

Keputusan Pertandingan

1. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang mendapat bilangan "LIKE" facebook paling banyak sekali.
2. Keputusan akan diumumkan di laman Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) pada 23 OGOS 2011 JAM 12.30 AM setiap pemenang akan dihubungi bagi tujuan penerimaan hadiah.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh berhubung dengan urusetia admin SKM:
Facebook Ibnu Sina



Sekian. Wassalam.

4 comments:

  1. kpd psrta je ke yg ucap t.ksih n thniah?kepd yg mengundi gmbar2 tersebut? yg bersusah payah memilih gmbo2 yg terbhaekk............wlbagaimanapun..thniah wat pemenang stkt ini.

    - a3mir, UNIMAS

    ReplyDelete
  2. ye tak ya plak..huhuhuhu..kepada yang mengundi bukan tahniah je..terima kasih banyak2x..

    ReplyDelete
  3. sama2 kami ucapkan ...barula rase di hargai..yela..tanpa kami takdela org nk tau sape no 1, no 2 n etc...

    ReplyDelete
  4. kat atas kan da ada mention thanks kepada semua pengundi,peserta dan penganjur kan..klau takda jom sama2 kita ingatkan..:-)

    ReplyDelete