Friday, August 28, 2009

CADANGAN IDEA UNTUK PENGANJURAN PROGRAM TEAM KARISMA


SEMBOYAN TELAH BERBUNYI DAN GENDANG TELAH DIPALU!!!!! Kepada semua ahli Team Karisma, untuk memastikan penglibatan besar anda dalam menjayakan program yang benar-benar sesuai dan dinamik, Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengharapkan agar anda semua dapat memberikan saranan mahupun cadangan yang bernas bentuk-bentuk program yang sesuai untuk disertai, dianjur mahupun dikendalikan oleh golongan muda khususnya mahasiswa. Idea dan buah fikiran anda bolehlah disalurkan melalui ruangan komen yang disediakan dan ia akan dibentangkan kepada YBhg. Ketua Pengarah JASA, Dato' Fuad Tan Sri Hassan.Sebagai wira dan wirawati bangsa sumbangan anda adalah perlu dan sangat bermakna buat negara.


Sila maklumkan nama ringkas dan universiti anda setiap kali membuat saranan idea. Berikanlah cadangan program sebanyak mana yang anda rasa boleh dan jika ada penambah baikan idea dari rakan-rakan, sila komen supaya hasil terbaik dapat diperolehi. "Sedia Berkhidmat- Mahasiswa Wira Negara !!!"

13 comments:

  1. hisham loni ukm
    saya ingin cadangkan satu program sahsiah diri kepada para pelajar tingkatan 6 supaya para pelajar dapat menyemai semangat cintakan negara semakin tinggi dan sedar orang melayu berada di tahad yang paling bawah sekali dalam carta di malaysia...sebagai langkah segera tindakan program sahsiah diri akan memberikan ruang pengetahuan kepada mereka terhadap keadaan yang berlaku sekarang dan bukan marah pada kerajaan secara membabi buta...saya harap pihak karisma dapat memberi respoden terhadapa pandangan saya ini...

    ReplyDelete
  2. bgus3 cdgan kwn kite 2..

    sy plop nak cdangkan supaya karisma menganjurkan hari keluarga..
    (kat tepi pantai ke)hehe..
    kat sana bleh la kite adakan pertandingan yg best2.

    dengan ini bolehla lahirkan mahasiswa yg sihat bukan dri segi intelektual tp dr segi tubuh bdn jga..

    btul x???btul x??

    ReplyDelete
  3. saya setuju porgram yg hisham cadangkan, pastu bila dia org masuk universiti..abang dan kakak karisma kan ada, kita sambutlah dia orang supaya nilai jatidiri mereka berterusan. kita gempur dia org dari sekolah lg. cintakan negara tu sebahgian dr iman tauuuu...

    ReplyDelete
  4. mcm best gak dgr cdgn hisham loni tu...
    sekurang2nyer..
    bdk2 form 6 x la hanya di anggap sekadar student pra-u yang memakai uniform sek..
    org kate....."melentur buluh biarla dari rebungnye " even dak2 form 6 tu dah separuh rebung separuh buluh...haha

    GEMPUR!! PERWIRA

    ReplyDelete
  5. salam, cadangan saya adalah untuk mengadakan aktiviti kemanusiaan ataupun aktiviti amal masyarakat. wat satu program collaboration ngan mana2 badan kebajikan then kite sume akan jalankan aktiviti yg bersifat kemanusiaan.
    anak yatim ke, org2 tua, disable n so on yg berkaitan. so, dptlah gak pengalaman dan kesedaran masyarakat dalam diri kite. 2 je wat masa nie.. thanks.. =p

    ~syazwan syahmiel~ uiam

    ReplyDelete
  6. salam,

    saye pula berpendapat agar kite juga menumpukan aspek2 cinta akan alam sekitar sepeti kempen jimat beg plastik,penanaman semula pokok,prog.pendidikan kehijauan..dll.
    ini juga akan memupuk sifat kasih sayang kpd makhluk ciptaan tuhan


    satu lagi cerita mengenai race lepas raye..
    cadangan yg bagus

    >tapi diharapkan tempat lebih adventure n meriangkan

    1.sunway lagoon
    2.genting
    3.kota a'famosa (tmpt rekreasi)
    4.bukit merah
    5.cherating


    ini hanyalah cadangan,diharap pihak yg bertanggungjawab dapat menimbangkannya.

    qistina adawiah...uiam

    ReplyDelete
  7. Salam. Semua cadangan saudara/i akan diambil kira oleh pihak kami dan akan ditimbangkan untuk pelaksanaan. Semua team KARISMA adalah diminta untuk menyumbangkan sebanyak mungkin cadangan dan idea bernas dan kreatif mewakili golongan muda. Setiap idea dan cadangan anda akan kami hargai. Pemberi idea-idea terbaik akan dianugerahkan dengan ganjaran berbaloi!!!. Anugerah Pingat khas untuk idea terbaik. Lagi Surprise besar utk team KARISMA. Tugasan ini juga adalah kerja berpasukan mengikut team universiti masing-masing, kita sama-sama saksikan team universiti mana yang akan memberikan idea-idea dan cadangan terbaik bagi melaksanakan program generasi muda. selamat berjuang !!!. (us. nan)

    ReplyDelete
  8. hisham loni ukm...
    saya mencadangkan team karisma perlu membuat program ke arah perubahan pemikiran masyarakat supaya masyarakat sedar terhadap situasi semasa kerana pada hari ini mahasiswa perlu turun ke desa terutama di negeri2 yang di lihat pemikiran masyarakatnya yang di hasut oleh golongan tertentu untuk kepentingan mereka....mahasiswa perlu berjuang dalam menyelamatkan maruah negara supaya tidak tergadai dan jatuh pada tangan mereka yang hanya boneka kepada golongan tertentu...saya harap pihak karisma dapat melaksanakan program ini dengan kadar yang cepat supaya dapat menyelamatkan keadaan yang berada pada tahad yang kritikal....
    dan 1 lagi team karisma perlu menyedarkan mahasiswa tentang keadaan semasa....
    SALAM PEJUANGAN DARI TEAM UKM...GEMPUR..

    ReplyDelete
  9. salam..
    bagus gak cadangan abe hisham tu..
    tapi...
    be4 kite turun padang...y not kite lihat dulu pemikiran2 rakan2 kite yang lain kat u masing2.
    pandangan2 mereka yang tak terdedah kepada karisma ataupun organisasi penggerak bangsa yang lain..
    dalam kita tak sedar, kadangkala pemikiran dan pandangan diorang lebih agresif daripada masyarakat sekeliling.
    saya rasa kita perlu lakukan satu aktiviti yang dapat melibatkan pelajar kampus lain di setiap universiti..
    pertambahan tenaga kerja dan buah fikiran serta pandangan menjadikan sesuatu aktiviti di luar kampus lebih berjaya....
    satu ikatan rumpun yang mampan lebih teguh dan kuat daripada satu ikatan rumpun yang banyak kelompangan.

    saya sekadar berkongsi pendapat dan idea yang idea...
    sama ada dipertimbngkan u diklaksana atau x...terpulang pada JASA.
    sekian.....:)

    ReplyDelete
  10. hisham loni.ukm
    abg rasa abg x sempat dah nk join program2 karisma kerana abg akan habis belajar x lama lagi....abg sekadar memberi cadangan dan idea..
    dan adik2 semua melaksanakan cadangan ini..ok harap semua team karisma ukm akan lebih memberi fokus kerjasama dan faham dengan situasi...
    dan tahniah kerana telah berjaya anjurkan majlis reunion karisma...dan jangan lupa hari sabtu ni ada wayang pacak...sape x g siap....
    hehehe

    ReplyDelete
  11. nape tak buat pogram pemimpin turun padang bersama student.cth kan kita nak buat pogram khidmat masyarakat ke ajak la menteri skali jd anak angkat dengan masyarakat kat kampung.tu barula nama dia 1 malaysia : rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

    p/s kalau nak wat ajak menteri wat kat kg kita dulu tau, kat melaka. kita 1 negeri dgn abg aji. abg ajipun kena jd anak angkat kat kampung kita skali ye.

    ReplyDelete
  12. hisham loni
    sekarang ni...kita perlu melaksanakan program untuk selamatkan orang melayu...kita sudah tidak ada masa untuk berdiam diri....sebagai mahasiswa saya berasa bersalah jika tidak bertindak untuk selamatkan orang melayu...
    harap sangat2 pihak karisma boleh mengadakan program mejelajah malaysia sebagai satu cara untuk membedah minda orang melayu supaya mereka...tahu apa yang berlaku sekarang...harap pihak JASA perlu laksanakan program ini secepat yang mungkin...
    saya sedia untuk bersama-sama denagan pihak JASA dalam melaksanakan program ini...

    ReplyDelete
  13. Salam.... kepada semua pemberi cadangan untuk penambahbaikkan program remaja & mahasiswa IPT, anda adalah dikehendaki memperkenalkan diri dan dari universiti mana agar memudahkan pihak KARISMA mengenalpasti dari mana datangnya cadangan tersebut. Walaubagaimanapun usaha anda memberikan cadangan adalah teramat kami hargai. ( Us. Nan )

    ReplyDelete